Friday, October 22, 2010

Hargailah 'dia'


Hidup tanpa cinta pasti membosankan. Ia kan? Kerana cintalah membuat hidup kita penuh keceriaan. Cinta jugalah mengajar seseorang manusia untuk menghargai apa yang mereka miliki. Merasai kemanisan kasih sayang yang sedia wujud dalam diri setiap insan secara fitrah. Pernahkah anda merasai kemanisan cinta daripada orang yang mencintai anda? Best kan?
Tapi, tidak semua insan bernasib baik. Ibu kehilangan anak. Isteri kehilangan suami. Anak-anak kecil menjadi yatim piatu. Wanita-wanita dipermainkan lelaki-lelaki 'buaya', begitu juga sebaliknya. Emmmm...macam-macam kan? Bak kata orang : "ini dah lumrah alam. Ada yang baik dan ada yang buruk". Ya! Memang betul. Sebab tu kita perlu persiapkan diri kita menghadapi sebarang kemungkinan. Hidup tidak semestinya sentiasa indah kerana ujian Allah sentiasa ada untuk setiap manusia.
Bila kita sendiri yang melihat kesedihan insan lain yang terpaksa berdepan dengan saat-saat getir, barulah kita akan terfikir; inilah kuasa cinta. Terasa tidak sanggup untuk menghadapi kehilangan insan-insan tersayang. Aku sendiri pernah menyaksikan bagaimana sang kekasih menghadapi insan yang disayangi terlantar di katil hospital. Tidak diketahui nasib di kemudian hari. Bermacam-macam andaian bermain di fikiran. Air mata menjadi peneman hari-hari yang dilalui. Siapa yang sanggup kehilangan insan yang disayangi? Tetapi, sakit tetap datang. Hari sihat tetap akan datang juga. Namun, sebagai hambaNya yang kerdil, kita hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakkal. Selebihnya, Dia yang menentukan. Semoga masih ada sinar pelangi yang akan mewarnai kehidupan.
Oleh itu, kepada sang pencinta, hargailah apa yang anda miliki. Sayangilah 'dia' sepenuh hati. Jagalah 'dia' dengan sepenuh jiwa ragamu. Lindungilah 'dia' daripada ancaman bahaya. Kerana, sekali anda menyakitinya, belum tentu anda akan merasai semula nikmat cintanya.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!