Saturday, October 9, 2010

Emas Datuk Nicol David

Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David memang menepati ramalan. Emas Komanwel 2010 dalam acara skuasy wanita menjadi milik beliau setelah mengalahkan pemain England, Jenny Duncalf 11-3, 11-5, 11-7 dalam perlawanan akhir di Kompleks Siri Fort, New Delhi, India. Selepas dua kali mencuba, inilah kemenangan yang diimpikan oleh beliau kerana Sukan Komanwel merupakan satu-satunya kejuaran utama yang tidak pernah dimenangi sebelum ini.

Dalam perlawanan akhir tersebut, Datuk Nicol David turut mengakui, Duncalf tidak bermain di tahap yang sebenar. Pemain England tersebut hanya memberi sedikit tentangan pada set ketiga apabila mengikat kedudukan 3-3. Namun begitu, Duncalf terus ketinggalan, untuk Nicol menamatkan perlawanan dengan keputusan 11-7. Tahniah FL ucapkan kerana menyumbang satu lagi emas buat kontijen Malaysia di Komanwel New Delhi. Semoga Datuk Nicol David terus maju.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!