Sunday, October 10, 2010

Format baru PMR, UPSR mulai tahun 2016

Sedang FL membelek akhbar Kosmo online (10.10.2010), FL tertarik dengan satu laporan tentang peperiksaan UPSR dan PMR. Maklumlah, ia berkaitan dengan FL, bakal pendidik. Jom ikuti laporan ini....

SYDNEY - Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan menggunakan format baru mulai tahun 2016, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar).

Beliau berkata, peperiksaan bagi pelajar tingkatan tiga akan dibuat melalui penilaian berasaskan sekolah manakala peperiksaan UPSR bagi murid tahun 6 akan mempunyai bentuk dan format yang agak berbeza.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kementerian perlu mengambil masa untuk melaksanakan sistem penilaian yang baru itu kerana pelajar yang ada dalam sistem sekarang tidak boleh dibebani dengan format baru.

"Pelajar yang telah ada dalam sistem sekarang tidak perlu kita hadapkan dengan ujian baru kerana mereka telah berada dalam sistem ini.

"Tapi kohort yang baru masuk mungkin pada 2011, maka ujian yang pertama ialah pada 2016," katanya kepada wartawan Malaysia di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!