Wednesday, October 27, 2010

Kasih ayah

Kehidupan di perantauan pasti mengundang rindu yang tak terhingga pada keluarga di kampung. Dari kecil sehingga dewasa, aku tidak pernah berjauhan dengan mereka. Namun begitu, setelah tamat SPM dan mendapat tawaran ke IPTA, aku terpaksa juga merantau ke negeri orang. Aku memulakan hidup sebagai anak perantau di Kelantan selama 2 tahun dan seterusnya di Kuala Lumpur hampir 4 tahun. Beratus-ratus kilometer jauh daripada keluarga di kampung. Di sinilah aku survive sendirian. Makan, minum, pakai, sakit dan kerja-kerja lain aku urus sendiri. Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar daripada mak, aku mampu buat semua kerja dengan mudah. Mujurlah aku jenis manusia yang berdikari dan tidak terlalu bergantung pada orang lain.
Keadaanku yang mengalami batuk-batuk yang tidak sembuh-sembuh ketika ini, membawa aku mengingat kembali memori berpuluh tahun yang lalu. Ketika itu aku masih berada di sekolah rendah. Suatu malam aku tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana batukku telah menyerang tanpa henti. Memang perit. Tidurku yang enak ketika itu terganggu. Mesti 'bengang' bukan. Tapi apa boleh aku lakukan. Sakit tetap datang juga. Keadaanku yang masih lali akibat mengantuk, masih sempat menangkap butir suara emak dan ayahku yang risau apabila mendengar batukkan anaknya. Lalu, ayahku bangun dari pembaringan, menuju ke dapur mencari sesuatu untuk dijadikan penawar untukku. Aku sungguh terharu dengan melihat keadaannya yang tidak berapa sihat akibat penyakit parkinsonnya. Ayahku sanggup bangun dari tidurnya semata-mata mahu melihat anaknya sembuh. Ayahku menyapu kapur yang telah dicampur asam jawa ke leherku supaya batukku reda. Alhamdulillah, selepas disapu ubat tersebut, aku mampu tidur dengan nyenyak sehingga ke subuh.
Itulah pengorbanan seorang ayah. Walaupun ayahku tidak melambakkan kemewahan kepadaku, tetapi aku tahu dia sangat menyayangi aku, begitu juga adik-beradikku yang lain. Ayahku selalu menggembirakan anak-anaknya. Melebihkan bahagian makanan untuk anak-anaknya. Biarlah ayah makan sikit, yang penting anak-anak dapat makan dengan puas. Begitu juga ketika aku masih di sekolah rendah, ayahku lah yang menggosok baju, menghantar dan mengambil aku dari sekolah. Sebelah malam kalau ayah tidak bekerja, dia akan mengajar aku mengaji Al-Quran. Ayahku ingin anak-anaknya berjaya di dunia dan juga di akhirat. Sehingga kini, ayahku masih melakukan beberapa kerja rumah. Pagi-pagi lagi ayahku sudah bangun, memasukkan baju-baju kotor ke dalam mesin basuh. Membasuh pinggan mangkuk di sinki dan membuang sampah ke tempat pembuangan sampah di belakang rumah.
Jika dikenang kembali, sudah beribu-ribu jasa ayahku padaku. Tapi aku hanya mampu membalas segala pengorbanannya dengan kiriman doa setiap kali solatku, semoga ayahku berada di bawah naungan Allah SWT. Aku akan berusaha membahagiakannya, menggembirakan hatinya dengan kejayaanku dan menjadi anak yang taat kerana dengan kasih sayangnya, telah membawa kebahagiaan dalam hidupku

Tuesday, October 26, 2010

Suratan atau kebetulan

Aku tak sangka, banyak-banyak nombor, nombor 46 ni yang aku suka. Bukan saja nombor matrik aku (nombor pelajar di IPT), tapi nombor ni sama dengan nombor pelumba Moto GP dunia. Siapa lagi kalau bukan Valentino Rossi. Aku bukan nak bangga apa pun dengan persamaan ini, tapi just suka-suka nak cari persamaan-persamaan yang berkaitan degan hidup aku. Hehehe...patut la aku minat giler ngan motorbike...






EOS 60D daripada Canon



Sesiapa yang meminati dunia fotografi, sudah pasti mengidam untuk memiliki kamera DSLR (Digital Single-lense Reflex). Aku pun tak terkecuali. Kalau dapat miliki kamera ni, merupakan satu nikmat. Ye la...dah nama minat. Mesti teruja kan..??
Tapi yang menjadi masalah bagi aku (masih belajar), ia satu perkara yang mustahil sebab harga kamera DSLR mencecah ribuan ringgit. Mana nak dapat kos untuk membelinya. Lain la kalau dah kerja dan ada pendapatan sendiri. Barulah mampu miliki.
Namun begitu, sebagai peminat dan pendatang baru dalam bidang ini, bukan bererti kita perlu menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk mendapatkan kamera yang benar-benar bagus. Kamera DSLR yang baru daripada Canon ini, EOS 60D merupakan pilihan terbaik. Selain ringan, ia juga memiliki skrin yang boleh dilaras dalam pelbagai arah. EOS 60D merupakan olahan serta pelengkap kepada model sebelumnya iaitu EOS 50D, bukan pengganti tetapi lebih merupakan model pilihan yang lebih baik. Berikut merupakan beberapa kelebihan kamera EOS 60D :

  1. Memiliki penderiaan CMOS 18 mega pixel (saiz APS-C) bersama imej empat DIGIC berkuasa tinggi.
  2. Capaian kelajuan ketika merakam imej iaitu sehingga 5.3 kerangka (frames) sesaat atau merakam 58 keping imej bersaiz besar sesaat mahupun 16 imej berterusan untuk format RAW juga dalam masa sesaat.
  3. Memiliki jarak merakam yang lebih dinamik daripada ISO 100-6400 mebingkat sehingga 12,800 bagi memastikan kualiti gambar yang dirakam tetap jelas walaupun dalam keadaan cahaya yang malap mahupun gelap.
  4. Menawarkan aplikasi kreativiti binaan bagi memudahkan jurugambar menguruskan imej sebelum dan selepas merakam imej. Set sahaja mana-mana aplikasi kesan khas warna seperti Kesan Khas Kamera Mainan, Pemfokusan Lembut dan Kesan Khas Miniatur, rakam serta simpan dalam format jpeg mahupun RAW. Malah, kita juga boleh mengecilkan terus saiz fail gambar yang boleh diterima oleh e-mail melalui kamera ini.
  5. Lebih mesra pengguna seperti aplikasi Automatik Kreatif dan mod program seperti Gaya Gambar. Selain itu, rakaman gambar juga bertambah menarik dengan adanya aplikasi paparan secara langsung dan mod pengesan wajah (Face Detection Mode) memudahkan pengguna mencari sudut gambara yang terbaik.
  6. Antara pembaharuan paling ketara ialah skrin LCD mudah laras dan keupayaan untuk digerakkan pada segenap arah. Namun begitu, penggunaan LCD mudah laras tersebut tidak menghalang penggunaan aksesori lain. Contohnya tripod atau slot bateri tambahan (battery grip). Malah, pengguna boleh menambah mana-mana aksesori kamera bertaraf profesional dan masih boleh mendapatkan sudut rakaman gambar yang fleksibel melalui kelebihan skrin LCD tersebut.
  7. Bonus kepada peminat kamera pelbagai fungsi; EOS 60D turut dilengkapi dengan kebolehan merakam video pendek dengan format HD penuh (1920x1080), HD tersedia (1280x720) dan format televisyen biasa (640x480). Ia juga boleh digunakan dalam mencipta video pendek dalam bentuk fail MOV untuk videografi terbaru. Malah, kerangka imej boleh diselaraskan untuk kelajuan 24 kerangka sesaat sehingga 30 kerangka sesaat mengikut piawaian rakaman video anarabangsa.
Oleh itu, kepada peminat-peminat fotografi yang baru nak berjinak-jinak dalam bidang ini, tidak perlu risau untuk memiliki kamera DSLR yang terbaik. EOS 60D mampu memberi kepuasan yang maksimum kepada anda semua kerana sifatnya yang begitu dinamik, pelbagai fungsi dan kos yang amat rendah.

Sunday, October 24, 2010

7 semester di UM

Sedar tak sedar, hampir 7 semester jugak aku menyabung nyawa menuntut di UM ye. Emmmm...cepat sungguh masa berlalu. Terasa baru je daftar masuk sini. Macam-macam dugaan yang aku dah lalui. Gembira, sedih, gementar, stress dan macam-macam lagi la. Nasib baik ada ramai kawan yang mengisi rutin hidup aku di kampus. Pergi shopping sama-sama, main bowling, makan, ke kuliah, buat assingment, travel sana sini. Memang betul la cakap orang, time belajar la paling best. Bila dah keje, dah lain suasananya.

Sepanjang semester aku di UM, aku tinggal di Kolej Kediaman Kinabalu (8), kolej yang terbest sekali. Hehehe....Bayar yuran lebih kurang RM1***, dapat makan 3 kali satu hari. Poket kering pon, masih boleh makan sedap-sedap lagi.

Sekarang dah banyak perubahan UM buat. Tambah baik prasarana yang dah sedia ada dan tambah bangunan lagi. Salah satunya, bangunan yang gambar di atas ni. Tapi, setakat ni tak tahu plak bangunan apa yang diaorang bina. Bila dah siap sepenuhnya baru tahu kot. Cantik senibina bangunan tu. Ada unsur-unsur Islamic (pandangandari depan) sikit.


Kalau ada kelapangan, aku dan kawan-kawan suka jalan-jalan makan angin kat tasik varsiti. Best..!!! Sesiapa nak berkayak pon boleh. Hanya bayar RM3 seorang. Terasa nak makan KFC plak, pelajar-pelajar UM tak payah risau. Restoran KFC dekat ja ngan kawasan kampus. Boleh jugak, sambil-sambil isi minyak kat Shell, singgah sekejap pekena snack plate ke atau x-meal.

Saturday, October 23, 2010

I-City

Khamis yang lepas, sempat singgah sekejap di I-City sebab kawan-kawan yang lain tak pernah pergi. Kalau kira hari tu, dah 2 kali aku pergi I-City. Best jugak la. Aku ni jenis yang suka tengok lampu-lampu yang ada kat I-City tu. Cantik-cantik semua. hehe...berapa la kerajaan Selangor keluar bajet untuk elektrik tu semua eh..? Tapi bagus jugak. Ada peluang pekerjaan untuk rakyat Selangor. Jaga parking, kaunter tiket nak masuk I-City, safari world dan rumah salji. Semua tu pakai tenaga manusia. Dapat jugak income budak-budak tu ye. Masa aku pergi kali ni, nampak jugak perubahannya. Banyak kedai-kedai baru dibuka; restoran, kedai-kedai mainan dan bermacam-macam lagi. Ada jugak replika-replika binatang diaorang dah ubah. Harimau, dinasour, zirafah dan lain-lain semua ditempatkan dalam Safari World. Nak masuk kena bayar tiket. Kawan cakap sebelum ni semua free je. Maybe diaorang nak cover bil elektrik kot. Kan?


peace..!!!

Ha....!!! aku pon dok tercari-cari replika rama-rama ni. Rupa-rupanya diaorang dah buang. Tinggal pokok-pokok ru je. Emmm....Lepas tu aku ngan kawan-kawan masuk rumah salji. OK la...tempat tu nice.

my twin & butterfly

Friday, October 22, 2010

Hargailah 'dia'


Hidup tanpa cinta pasti membosankan. Ia kan? Kerana cintalah membuat hidup kita penuh keceriaan. Cinta jugalah mengajar seseorang manusia untuk menghargai apa yang mereka miliki. Merasai kemanisan kasih sayang yang sedia wujud dalam diri setiap insan secara fitrah. Pernahkah anda merasai kemanisan cinta daripada orang yang mencintai anda? Best kan?
Tapi, tidak semua insan bernasib baik. Ibu kehilangan anak. Isteri kehilangan suami. Anak-anak kecil menjadi yatim piatu. Wanita-wanita dipermainkan lelaki-lelaki 'buaya', begitu juga sebaliknya. Emmmm...macam-macam kan? Bak kata orang : "ini dah lumrah alam. Ada yang baik dan ada yang buruk". Ya! Memang betul. Sebab tu kita perlu persiapkan diri kita menghadapi sebarang kemungkinan. Hidup tidak semestinya sentiasa indah kerana ujian Allah sentiasa ada untuk setiap manusia.
Bila kita sendiri yang melihat kesedihan insan lain yang terpaksa berdepan dengan saat-saat getir, barulah kita akan terfikir; inilah kuasa cinta. Terasa tidak sanggup untuk menghadapi kehilangan insan-insan tersayang. Aku sendiri pernah menyaksikan bagaimana sang kekasih menghadapi insan yang disayangi terlantar di katil hospital. Tidak diketahui nasib di kemudian hari. Bermacam-macam andaian bermain di fikiran. Air mata menjadi peneman hari-hari yang dilalui. Siapa yang sanggup kehilangan insan yang disayangi? Tetapi, sakit tetap datang. Hari sihat tetap akan datang juga. Namun, sebagai hambaNya yang kerdil, kita hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakkal. Selebihnya, Dia yang menentukan. Semoga masih ada sinar pelangi yang akan mewarnai kehidupan.
Oleh itu, kepada sang pencinta, hargailah apa yang anda miliki. Sayangilah 'dia' sepenuh hati. Jagalah 'dia' dengan sepenuh jiwa ragamu. Lindungilah 'dia' daripada ancaman bahaya. Kerana, sekali anda menyakitinya, belum tentu anda akan merasai semula nikmat cintanya.

Wednesday, October 20, 2010

You are the best..!!!



Betul kata orang, teman ketika suka mudah dicari. Tetapi untuk mencari teman ketika suka dan duka, bertahun-tahun kita mencari belum tentu kita akan ketemui. So, nak nilai persahabatan kita dengan seseorang tu ialah berdasarkan kesanggupannya menghulurkan pertolongan apabila kita berada dalam kesusahan. Contohnya, ketika kita window shopping, kebetulan terjumpa dengan barang yang kita cari-cari. Nak beli, duit tak cukup dalam wallet. Kalau tinggalkan barang tu kat situ, nanti takut orang lain pulak yang kebas. Melepas kita...huhu. Bila kawan kita tengok muka kita yang gelisah tu, maka dia pun offer lah : "macam ni la...kau guna dulu duit aku. Nanti kau bayar balik." Inilah baru dikatakan best friend. Tapi kalau dah guna duit orang tu, jangan buat-buat don't know lak. Bayar ler...hehe.
Bagi hidup aku pulak, dah tentu berbagai-bagai ragam kawan-kawan yang dah aku temui. Ada yang suka mintak tolong kita. Tapi, tiba giliran kita susah, tak nak tolong pulak. Ada jugak yang selalu bersama kita sama ada susah atau senang. Emmmm....itupun umur aku dah dewasa baru jumpa kawan yang macam tu. Apapun, aku bersyukur sangat-sangat sebab ada 'dia'. Susah senang, bersama. Baru-baru ni, teman aku tu kasi pinjam sekejap handphonenya sebab handphone aku rosak akibat jatuh dari tingkat atas katil double decker ('dia' pakai dua handphone). Memang mati terus handphone aku. Nasib baik handphone murah jer..hehe. Tak la sayang sangat. Sanggup 'dia' bagi pinjam handphonenya, padahal 'dia' pun nak guna jugak untuk contact kawan-kawan 'dia'. Tapi, selepas handphone aku sampai dari kampung, pulangkan balik la handphone tu kat 'dia'. Tak buat harta sendiri punya...hehe. Apapun, thanks Sue. Ang memang the best..!!!!

Merawat demam


Keadaan cuaca yang tak menentu sekarang, aku percaya ramai yang mengalami demam. Aku sendiri pun dah terkena tempias demam tu. Maklumlah, kehidupan sebagai pelajar menyebabkan aku banyak terdedah dengan cuaca luar. Panas terik macam mana sekalipun, aku terpaksa juga ke kuliah. Begitu juga apabila hujan lebat mencurah bumi (hehe..ayat skema). Paling teruk, kalau demam kita tu disusuli dengan sakit kepala yang amat sangat. Tapi, apa yang aku nak kongsikan di sini, beberapa petua apabila kita diserang demam (cara tradisional sebab aku tak berapa suka makan ubat medical..hehe) :

1. Amik beberapa helai daun bunga raya, kemudian ramas daun tersebut dalam air. Then, jelum air ramasan daun tu kat kepala. Insya-Allah, panas dan sakit kepala anda akan berkuarangan.
2. Ataupun, anda boleh gunakan daun bunga melur. Caranya sama seperti anda menggunakan daun bunga raya.

Selamat mencuba ye..=)

Bunga Raya


gambar bawah - Bunga Melur (Jasminum Sambac)

Saturday, October 16, 2010

Kenaikan pangkat paling cepat

Salim secara tiba-tiba dipanggil ke bilik pengarah.

Pengarah : "Awak tahu kenapa saya panggil kamu ke sini?"
Salim : "Tahu tuan, untuk kenaikan pangkat saya kan?"
Pengarah : "Kamu belum setahun di sini, masuk sini kamu jadi 'Despatch', seminggu kemudian kamu jadi 'Sales', sebulan kemudian kamu saya lantik jadi 'Sales Manager', dan setelah tiga bulan, kamu saya lantik jadi Wakil Pengarah. Bulan ini saya pencen kamu gantikan saya ya?
Salim : "Terima kasih tuan..."
Pengarah : "Itu saja yang boleh kamu katakan?"
Salim : "Laaa...., Ayahkan dah janji kelmarin?"

Friday, October 15, 2010

Bila nak kahwin


Bila umur dah menginjak dewasa ni, ramai yang dok soseh-soseh pasai kahwin. Jadi topik hangat jugak la masa awal-awal semester hari tu...Pegi dewan makan, sembang topik kahwin (ada yang jeles ngan kawan-kawan yang dah kawin). Kat fakulti, sembang tentang kahwin gak...kahwin..kahwin. Lama-lama, diam macam tu ja. Dah boring agaknya. hehe...Emmmmm...aku sendiri pon penah jugak orang dok gura-gurau, tanya-tanya. Dah berpunya ke belum..??Ang bila lagi..?? Wanita-wanita lain yang belum ada calon, mesti alami benda yang sama kan..? Balik kampung hari tu, pak menakan dan mak menakan dok sakat-sakat. Ye la...adik dah ada calon dan tunggu nak buat majlis ja. Akaknya belum ada lgi..hehehe...langkah bendul ni..(best aper dapat hadiah). Macam-macam soalan orang tanya...

"Yang ni dah ada ka dak gi nih..?"~pakngah~

"Masiha bila lagi nak kawin..?~kawan-kawan~

"Buat kenduri sekali ngan Masita la.."~kawan-kawan~



~oh...di manakah jodohku..??~

Apa lagi yang aku boleh buat..???sengih ja la..hehe...aku bukan tak nak kahwin. Tapi belum sampai seru lagi...(aik!!boleh ka macam tu..??). Habiskan belajar dan dapat dulu segulung ijazah. Baru boleh fikir tentang jodoh (p/s : jangan terpengaruh yer...). Nak cari calon suami macam mana..???

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara : kerana hartanya, kerana keturunanya, kerana kecantikkan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

Walaupun hadis ini menyebut tentang ciri-ciri perempuan yang ingin dikahwini seorang lelaki, tetapi Islam itu sendiri menyeru kepada semua umatnya sama ada lelaki atau perempuan yang ingin berkahwin supaya memilih pasangan masing-masing kerana pegangan agamanya dahulu barulah keturunan, harta dan kecantikkannya. Insya-Allah mahligai perkahwinan yang akan dibina akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Kebaikan senaman pagi

Ada apa pada pagi sabtu dan ahad. Apa lagi tidur tak bangun-bangun la...kan..kan...hehe. Ye la...tak perlu ke ofis, tak perlu ke kuliah. Biasa la tu. Kita nikan manusia biasa ja. Aku pon pernah jugak macam tu. Biasanya kat rumah la bila cuti semester yang berbulan-bulan tu. Tiap-tiap pagi, selepas solat subuh, aku akan bawak sebijik bantal dan landing depan tv. Kalau weekdays, aku akan tonton MHI. Weekend lak aku suka tengok Nasi Lemak Kopi O (best bila Aziz Desa jadi pengacara). Sambil-sambil menonton tu, sempat jugak aku terlelap depan tv. Maklumlah, pagi-pagi kan sejuk. Hehehe...Lepas menonton tv, baru aku mula kemas rumah. Basuh pinggan yang bertimbun dalam sinki. Sebagai kakak sulong, kena la tunjuk teladan yang baik kepada adik-adik...(rajin ni..boleh buat menantu..huhu). Letih memang la letih. Rumah besar (bukan bangalow ponn..), yang wat keja dua orang ja, aku ngan twin. Mak biasanya urus pokok-pokok bunga dia. Pagi-pagi dah pegang cangkul. Tapi, mengemas rumah juga satu rutin yang baik untuk kesihatan sebab kita banyak melakukan pergerakan. Boleh mengeluarkan peluh. Lemak-lemak yang bertimbun pon boleh cair. Tak caya, try la buat. Bukannya apa, nanti bila dah tua, pangkat nenek-nenek takla sakit sana-sini kan.


Ada yang rajin "banyak" tu, diaorang akan melakukan senaman pagi-pagi. Jogging kat taman ke...main badminton ke...ke gym atau sebagainya. Banyak kebaikan senaman waktu pagi ni. Antaranya kita dapat meningkatkan metabolisme dan mengekalkan keadaan ini selama beberapa jam, (kadangkala boleh ia boleh kekal sehingga 24 jam). Secara tidak langsung, kita membakar kalori sepanjang hari hanya kerana kita bersenam di waktu pagi. Sebenarnya keadaan ini terjadi kerana peningkatan oksigen dan pengaliran darah di dalam tubuh kita. Bahkan penyelidik mendapati orang yang rajin bersenam pada waktu pagi adalah orang yang sentiasa konsisten dalam regim diet dan kecergasannya.



Jadi, malam sebelum tidur tu, kunci jam loceng yang bunyi kuat tu..senang sikit nak bangun. Mulakan senaman di waktu pagi. Insya-Allah tubuh badan kita akan sentiasa sihat. Dah tua nanti tak la dapat penyakit 'tiga serangkai'. Ahaks..!!

Sunday, October 10, 2010

Format baru PMR, UPSR mulai tahun 2016

Sedang FL membelek akhbar Kosmo online (10.10.2010), FL tertarik dengan satu laporan tentang peperiksaan UPSR dan PMR. Maklumlah, ia berkaitan dengan FL, bakal pendidik. Jom ikuti laporan ini....

SYDNEY - Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan menggunakan format baru mulai tahun 2016, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar).

Beliau berkata, peperiksaan bagi pelajar tingkatan tiga akan dibuat melalui penilaian berasaskan sekolah manakala peperiksaan UPSR bagi murid tahun 6 akan mempunyai bentuk dan format yang agak berbeza.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kementerian perlu mengambil masa untuk melaksanakan sistem penilaian yang baru itu kerana pelajar yang ada dalam sistem sekarang tidak boleh dibebani dengan format baru.

"Pelajar yang telah ada dalam sistem sekarang tidak perlu kita hadapkan dengan ujian baru kerana mereka telah berada dalam sistem ini.

"Tapi kohort yang baru masuk mungkin pada 2011, maka ujian yang pertama ialah pada 2016," katanya kepada wartawan Malaysia di sini semalam.

10.10.2010

Hari ini tanggal 10.10.10. Seratus tahun sekali sahaja datang. Rata-rata orang mengambil tarikh 10.10.10 sebagai hari perkahwinan. Termasuklah angkasawan Malaysia, Datuk Dr. Syeikh Muszaphar Shukor dan juga pelakon Aqasha yang akan melansungkan perkahwinan mereka.
Sedang aku dok sibuk nak tonton Maher Zain dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O, FL tertarik dengan satu slot tentang keistimewaan nombor.

Apa yang menarik tentang 10.10.2010?

1. Sudah tentu susunan nombornya cantik, bukan.???
2. 1+0+1+0+2+0+1+0 = 5
- 5 rukun Islam.
- 5 solat fardhu sehari semalam yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim.
- kita sebagai manusia ada 5 jari di kanan dan kiri.
3. Kita menghampiri musim haji, iaitu pada 10 Zulhijjah.
4. 365 (bilangan hari setahun) - 283 (jumlah hari sehingga 10 oktober 2010) = 82.
- mampatkan 8 dengan 2 : 8 + 2 = 10.

Saturday, October 9, 2010

Emas Datuk Nicol David

Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David memang menepati ramalan. Emas Komanwel 2010 dalam acara skuasy wanita menjadi milik beliau setelah mengalahkan pemain England, Jenny Duncalf 11-3, 11-5, 11-7 dalam perlawanan akhir di Kompleks Siri Fort, New Delhi, India. Selepas dua kali mencuba, inilah kemenangan yang diimpikan oleh beliau kerana Sukan Komanwel merupakan satu-satunya kejuaran utama yang tidak pernah dimenangi sebelum ini.

Dalam perlawanan akhir tersebut, Datuk Nicol David turut mengakui, Duncalf tidak bermain di tahap yang sebenar. Pemain England tersebut hanya memberi sedikit tentangan pada set ketiga apabila mengikat kedudukan 3-3. Namun begitu, Duncalf terus ketinggalan, untuk Nicol menamatkan perlawanan dengan keputusan 11-7. Tahniah FL ucapkan kerana menyumbang satu lagi emas buat kontijen Malaysia di Komanwel New Delhi. Semoga Datuk Nicol David terus maju.

Friday, October 8, 2010

Mencetus revolusi

Forum pendidikan dengan tema "Rela dididik sebelum mendidik" (IKON'10) yang telah berlansung di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya hari ini, telah mencetus satu revolusi kepada bakal-bakal pendidik abad 21. Apa yang FL dapat simpulkan daripada ketiga-tiga slot tadi, pelbagai cabaran dan tribulasi yang telah dihadapi oleh guru di sekolah dan juga yang akan dihadapi oleh bakal guru. Antaranya, masalah disiplin pelajar, pelajar ponteng sekolah, gejala maksiat, pelajar yang tidak cemerlang dan sebagainya. Oleh itu, bagi bakal-bakal guru, kita perlulah bersiap sedia untuk menghadapi situasi sebenar di sekolah nanti. Di sinilah kredibiliti kita sebagai guru diuji. Oleh itu, FL menyeru kepada semua bakal guru, hadapilah segala cabaran dengan tenang dan baik. Jadikan Allah SWT sebagai tempat memohon petunjuk. Insya-Allah, dengan niat yang baik dan azam yang tinggi, segalanya pasti mudah.
Namun begitu, persoalannya di sini, adakah perkara-perkara yang disebutkan tadi merupakan cabaran yang sebenar? FL bersetuju dengan pendapat panel pertama, Ustazah Salina Busrowi yang merupakan guru cemerlang SMK Dato' Harun, bahawa cabaran yang paling utama ialah, diri guru itu sendiri iaitu bagaimana seorang guru hendak membentuk dirinya supaya menjadi qudwah hasanah kepada pelajar-pelajarnya. Oleh itu, kita sebagai bakal-bakal pendidik perlualah hiasi diri dengan akhlak yang baik, mempunyai disiplin yang tinggi, beramal dengan ilmu, mencintai ilmu dan sebagainya agar dihormati oleh masyarakat.
Di sini, FL ingin kongsikan beberapa petikan kata-kata hikmah yang sempat dicatit semasa forum tersebut buat renungan kita semua, bakal pendidik abad 21 :

"Apa yang kita semai, itulah yang kita tuai".

"Guru merupakan jutawan akhirat".

"Jadilah guru secara suka, bukan suka-suka".

"Apabila kita menerima apa yang kita tidak suka, maka sukalah apa yang kita telah terima".

"Kita dihormati bukan kerana pangkat, tetapi kerana sumbangan kita".

"Letaklah diri anda sebagai guru khalifah".

"Jadilah diri yang membina kemajuan ummah dan jangan jadikan diri kita perosak ummah".

Komanwel 2010, New Delhi

Ketika berhenti rehat selepas slot 1 (forum pendidikan-IKON'10) pagi tadi, semua peserta mendapat akhbar Utusan Malaysia secara percuma. Alhamdulillah..sebab FL tak sempat baca utusan Malaysia online. Masuk dewan, FL terus cari berita sukan. Sekadar mengikuti perkembangan sukan komanwel 2010 yang sedang berlangsung di New Delhi, India. Tahniah FL ucapkan kepada semua atlit-atlit Malaysia yang berjaya memenangi pingat dalam acara masing-masing dengan jumlah keseluruhan 10 pingat (8 oktober 2010), 3 pingat emas, 3 pingat perak dan 4 pingat gangsa. Ketika ini, Malaysia berada di tangga ke-7 dalam kedudukan pungutan pingat. Bagi yang tidak berjaya, cuba lagi di lain waktu. Anda telah buat yang terbaik untuk diri anda dan negara Malaysia.
Tapi, FL hanya tertarik dengan sukan badminton dan skuasy sebab FL memang meminati sukan badminton. Manakala, skuasy pula, FL kagum dengan kejayaan yang diraih oleh pemain nombor 1 dunia, Datuk Nicol David yang menjuarai Kejohanan Skuasy Dunia sebanyak lima kali sepanjang kariernya. Komanwel 2010, Datuk Nicol David sedang menghampiri kilauan emas apabila menewaskan pilihan keenam dari Australia, Kasey Brown 11-6, 11-3, 11-3. Pada perlawanan akhir nanti, Datuk Nicol David akan bertemu musuh tradisinya, Jenny Duncalf dari England.
Bagaimana pula nasib seorang lagi pemain nombor 1 dunia (badminton), Datuk Lee Chong Wei? Adakah beliau akan layak ke perlawanan akhir? Sama-sama kita nantikan.
Setiap kali Datuk Lee Chong Wei melangkah ke perlawanan akhir di mana-mana perlawanan, hati FL mesti berdebar-debar. Begitu juga sukan komanwel di New Delhi. Sudah tentu sebagai rakyat Malaysia, FL mengharapkan kejuaraan di pihak Datuk Lee Chong Wei, memandangkan beliau telah menjuarai terbuka Jepun dengan mengalahkan musuh tradisinya, Lin Dan. Tetapi, "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu", bukan?. Walaubagaimanapun, FL harap beliau akan buat yang terbaik dan bersedia daripada aspek mental dan fizikal dalam perlawanannya nanti. Semoga Datuk Lee Chong Wei akan mara ke perlawanan akhir seterusnya menyumbang satu lagi pingat emas buat kontijen Malaysia. FL hanya akan menanti pertembungan Datuk Lee Chong Wei dengan mana-mana pemain perseorangan China di final nanti, sama ada Lin Dan atau Cheng Jin.

Thursday, October 7, 2010

fanatik Maher Zain

Kenapa aku kata fanatik MAHER ZAIN..??sebab sekarang Maher Zain berada di Malaysia sempena showcase beliau anjuran Raudhatus Sakinah dan lain-lain. Rata-rata peminat menyebut Maher Zain. Aku sendiri pun menyukai Maher Zain (hehehe) selepas aku mula mengenali dan mendengar lagu-lagu beliau sekitar awal tahun 2010. Kawan baik aku yang perkenalkan salah satu single hits beliau, iaitu 'Open your eyes'. Pertama kali dengar, aku terus jatuh cinta dengan lagu beliau. Alunan muziknya memang fresh dan liriknya mudah difahami. Suaranya juga begitu merdu. Sesiapa yang dengar alunan suaranya, pasti akan terpaut.

.
.
.

Semalam, roomate aku baru pulang daripada menonton persembahan Maher Zain di UIAM. Kata roomate aku lagi, memang peminat serbu Maher Zain masa sesi mesra bersama peminat. Fuh..!!!hebat penangan Maher Zain. Tapi aku tak pergi konsert. Just tengok wawancara Maher Zain dalam MHI (6/10/2010). FL dapat info (daripada pengacara MHI) bahawa , semasa konsert Maher Zain di Brunei (sebelum ke Malaysia), terdapat seorang penonton wanita warga Filipina telah memeluk Islam selepas menonton persembahan Maher Zain. Allahu akbar..!!! Allah itu Maha Besar, Dia memberi hidayah kepada sesiapa yang mencarinya dan kepada sesiapun yang Dia kehendaki. Itulah muzik. selagi ia tidak bertentangan dengan Islam, ia boleh digunakan untuk tujuan dakwah.

.
.
.

Dalam album 'Thank you Allah', dimuatkan 14 lagu termasuk 1 lagu bonus, antaranya :
Thank You Allaha,Ya Nabi Salam Alayka, Always Be There, For the Rest of My Life, Allahi Allah Kiya Karo, The Chosen One, Baraka Allahu Lakuma, Insha Allah, Hold My Hand, Subhana Allah,Open Your Eyes dan Awaken.

Dibawah ni, aku ada letak lirik lagu "Barakallahu lakuma" yang menjadi kesukaan anak-anak muda, terutama sesiapa yang hendak mendirikan rumah tangga. Hope you all enjoy with Maher Zain..!!


Song tittle : Barakallahu Lakuma. By : Maher Zain.


We’re here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

From now you’ll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let’s raise our hands and make Dua
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

بارك الله
بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
Barakallahu Lakuma wa Baraka alikuma

Arahan dari kampung

Jam 9.57...
handphone aku bergetar diiringi ringtone message...
gurlpp...!!!ada message masuk ni...
"Salam.8-10hb ni ang free x?kak chik nak minta tolong ang g karnival kerjaya kat mid..."

.
.
.
.

Aduh...
hujung minggu ni aku perlu ke Mid Valley...
tapi tak tahu nak ajak saper teman...
kawan-kawan mesti nak buat assingment...
maklumlah dah hujung-hujung semester ni...
tapi aku perlu pergi jugak...
siapa lagi nak tolong adik kembar sendiri kalau bukan aku sendiri...
main redah je la nanti...
sebab tak tahu tempat pameran tu...

.
.
.
.

malam sebelum tu, aku kena standby kaki untuk round satu Mid Valley (rajin sangat ke aku ni nak round mall)...
kalau tidak macam nak tercabut skru...
Mid Valley bukan main besar gedabak lagi...
rumah kayaman belum tentu besar tu..hehe
harap-harap semua settle...

Sunday, October 3, 2010

Kisah Ummu Syi'ri dan al-Quran

Entri kali ni nak cerita tentang Ummu Syi'ri dan senaskah al-Quran. Siapa Ummu Syi'ri..???Nak tahu, kena baca entri ni sampai habis (saja buat-buat suspen). Kisah ini berlaku semasa aku menuntut di tahun akhir, Asasi UM Nilam Puri. Seorang ustaz yang mengajar ta'bir bahasa Arab yang hadiahkan al-Quran ni. Beliau beli semasa berada di tanah suci Makkah.

Macam mana aku boleh dapat..?? hehe...ini syair nahu bahasa Arab punya pasal la. Ustaz dah tayang al-Quran ni dalam kelas, siapa boleh hafal kesemua syair, ustaz akan hadiahkan. Alhamdulillah...semangat (pantang dicabar) nak hadiah, aku sanggup hafal 7 hingga 9 syair nahu bahasa Arab. Weekend aku start pulun hafal. Berkat bulan ramadhan, aku berjaya hafal semua. Ada sebahagian syair ustaz dah ajar dalam kelas. Yang lain, aku just try. Letak baris sendiri. Nak jumpa ustaz lain dah tak sempat (untuk betulkan baris).Tiba hari tersebut, maka FL pun perdengarkan syair tersebut dalam kelas. Malu..?? usah cakap la. Memang malu sangat. Bersyair dalam kelas. Dah la suara tak berapa sedap. Selesai je syair, ustaz puji..."ahsanti", sehinggalah FL di beri gelaran Ummu Syi'ri.

So..?? dah tau kan siapa Ummu Syi'ri..??

. . .


Aku berasa beruntung dapat belajar dengan Ustaz Kamaruddin. Beliau banyak beri ilmu tentang bahasa Arab. Selalu perbetulkan kesalahan nahu dalam kelas. Orangnya kecil molek saja, tapi ilmu, masyaallah..!! pengalamannya begitu banyak. Beliau juga pernah menjadi pengiring keturunan Rasululllah SAW semasa datang ziarah ke Kelantan. Bekas penuntut Universiti Islam Madinah. Selalu cerita tentang pengalamannya semasa bergelar penuntut universiti.

. . .


Terima kasih ustaz kerana berkongsi pengalaman dan ilmu dengan anak-anak didikmu walaupun hanya satu semester sahaja.

Sehingga ke hari ini aku masih guna al-Quran ini. Aku membacanya. Semoga aku beroleh manfaat daripadanya. Begitu juga ustaz, semoga Allah SWT sentiasa memayungi ustaz dengan payungan rahmatNya.

Saturday, October 2, 2010

Empat minggu yang terakhir

Selamat hari yang cerah...
awal-awal pagi dah bangun...
kenapa...??? awat...????

. . .

. . .

. . .


Jeng..!! jeng...!!!
ada assingment yang masih berbaki...
perlu disiapkan segera...
nak submit dalam empat minggu berbaki...
micro teaching...
presentation...
fiqh al-usrah...
teknologi pendidikan Islam...
sosiologi persekolahan...

. . .

. . .

. . .


Uish...
cepat sungguh masa berlalu...
dah tinggal empat minggu je lagi nak study week...
pastu cuti raya haji...
final exam...
hehehe...
paling best cuti semester...
sebulan bina badan kat rumah...

...

. . .

. . .

So...
sekarang perlu siapkan kerja...kerja...
pasang speed yang paling high...
bila dah siap...
boleh start pulun study for exam...

. . .

. . .

. . .

Wish FL luck..!!

Friday, October 1, 2010

IKON '10 (forum pendidikan)


SEBUAH FORUM PENDIDIKAN....
ANJUARAN KHAS PELAJAR SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM,
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA.

ANDA SEMUA DIJEMPUT HADIR..!!
SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT MANFAAT.
"RELA DIDIDIK SEBELUM MENDIDIK"