Tuesday, May 4, 2010

KENTANG BANTU HALUSKAN KULIT

Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Maka usia kita semakin bertambah, begitu juga dengan kulit wajah kita turut menjadi lebih berusia. Jika tidak dijaga dengan baik sedari awal, tidak mustahil wajah kita akan nampak lebih tua daripada usia sebenar. Mengerikan bukan?

. . . . . .

Apa kata anda mencuba kaedah tradisional untuk merawat kulit wajah supaya lebih segar, halus dan bermaya. Di sini ada tip untuk dikongsikan dengan anda semua. Anda perlu mengikut panduan di bawah :

  • ambil beberapa biji kentang, kupas dan cuci hingga bersih.
  • parut kesemua kentang-kentang tadi.
  • tos dan perah kentang tadi.
  • gunakan air perahan kentang tadi dan gunakan untuk mencuci muka atau pada bahagian kulit yang bermasalah.
  • bilas dengan air.
  • amalkan setiap malam sebelum tidur selama seminggu dan anda akan lihat perbezaannya.

Cun dan cantik di hati

"Jika anda sedang marah, janganlah berbicara. Mohonlah perlindungan Allah SWT daripada gangguan syaitan dan ubahlah posisi anda. Jika sedang berdiri, duduklah. Sekiranya masih marah, berwudhuklah dan perbanyakkan zikir pada Allah".

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN

Dalam Al-Quran Allah SWT berfirman yang bermaksud :
" Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terang-terangan, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya)". ~Surah Fatir : 29-30~

Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah SAW, mafhumnya :
"Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya : “Bagaimana menghapuskan karat tersebut"? Jawab Nabi SAW : "Banyakkan menyebut mati dan membaca Al-Quran".

Rumah yang jika dibaca di dalamnya Al-Quran, akan dikunjungi para Malaikat dan dijauhi syaitan serta selesa kehidupan ahli rumah tersebut; banyak kebaikan dan kurang kejahatan; dan ada pun rumah yang tidak dibaca di dalamnya Al-Quran, dikunjungi para syaitan dan dijauhi para Malaikat. Tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut, sedikit kebaikan dan banyak kejahatan.

Hadith riwayat Abu Umamah Al-Bahili r.a., di mana Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
"Bacalah Al-Quran, maka sesungguhnya dia akan datang di hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya...." (Hadith ke 1338 Sahih Muslim)

Selain daripada mendapat pahala dan rahmat daripada Allah SWT, membaca Al-Quran juga dapat membuang segala resah dan kerunsingan dalam hati kerana setiap ayat-ayat Al-Quran itu merupakan penawar segala penyakit hati dan ketidaktenteraman jiwa. Jadikanlah membaca Al-Quran itu sebagai amalan wajib seharian agar kita dapat mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan juga sebagai bekalan amalan di akhirat nanti.