Sunday, March 21, 2010

KENALI SEL STEM.

Pada tahun 1963, ilmuan Kanada, Ernest A McCulloh dan James E Till telah menemui terapi sel stem atau sel induk. Sel induk ialah sel yang belum terdiferensiasi dan berpotensi terdiferensiasi menjadi sel baru serta menggantikan sel-sel yang telah rosak atau mati. Contohnya, apabila individu terluka, maka sel ini akan segera bertindak dan menggantikan sel-sel mati daripada luka tersebut.

Sel induk ini digunakan dalam dunia perubatan untuk menyembuhkan penyakit-penyakit kronik seperti leukemia, anemia dan myeloma. Lebih kurang 72 jenis penyakit dapat disembuhkan melalui sel stem. Selain itu, sel induk juga berpotensi menyembuhkan penyakit degeneratif seperti parkinson, strok atau jantung kerana ia merupakan sel awal yang mula membentuk sel-sel pada organ tubuh manusia. Sel inilah yang berdiferensiasi menjadi sel matang seperti sel otot jantung, sel saraf, sel pancreas dan lain-lain.

Terdapat dua jenis sel induk yang umum dan dikenali oleh masyarakat iaitu transplantasi sel induk sumsum tulang dan transplantasi sel induk darah tali pusat. Namun begitu, transplantasi sel induk darah tali pusat lebih popular berbanding transplantasi sel induk sumsum tulang belakang kerana, pertama : bebas daripada risiko dan rasa sakit ketika pengambilan. Kedua : transplantasi sel induk darah tali pusat mudah dan boleh digunakan pada bila-bila masa apabila diperlukan. Sel ini boleh disimpan lama di dalam cecair nitrogen yang bersuhu –80 darjah celcius. Ketiga : ia rendah risiko komplikasi semasa pengambilan sel dan keempat : kesesuaian, kerana sel induk cukup memerlukan kesesuaian hanya 3 HLA sahaja dan itu sudah ada pada setiap orang kerana setiap anak yang dilahirkan memiliki 3 HLA daripada ibu bapa masing-masing.

Sel stem juga boleh merangsang pembentukan sel-sel yang lain seperti sel darah merah (mengangkut oksigen), sel darah putih (melawan jangkitan) dan platlet (membantu dalam pembekuan darah).

Summary from :

Mazira Mohamad Ghazali (2009), Koleksi Artikel Kesihatan Cahaya, Kuala Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.