Thursday, August 19, 2010

Istiqomah dalam Bersedekah

Alhamdulillah, sehingga hari ini, aku masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk menunaikan solat sunat tarawih. Seperti kebiasaan, selepas rakaat keempat, seorang insan yang tidak dikenali (bagi Muslimat di balik tirai) akan memnyampaikan sedikit tazkirah atau peringatan buat jemaah di surau. Aku tertarik dengan isi kuliahnya iaitu berkaitan sedekah.

"Jika anda mempunyai RM1000, sedekahkanlah kepada fakir miskin RM100.."
"Jika anda mempunyai wang RM100, sedekahkanlah kepada mereka RM10..."
"Jika anda mempunyai wang RM10, sedekahkanlah kepada mereka RM1..."
"Begitu juga jika anda mempunyai wang RM1, sedekahkanlah kepada mereka RM0.50..."

Berapapun wang ringgit yang kita miliki, sedekahkanlah sebahagian daripadanya walaupun sedikit. Yang penting, kita istiqomah (tetap) dalam bersedekah kerana orang miskin akan berasa gembira dengan sedekah jariah kita, kita tidak akan dipandang serong oleh mereka dan sudah pasti ia melatih kita supaya bersyukur dengan rezeki yang Allah SWT kurniakan. Di bulan ramadhan ini, sama-samalah kita 'up'kan amalan kita. Mudah-mudahan ganjaran syurga kepada orang yang istiqomah dalam bersedekah...

Sunday, August 15, 2010

Aku bahagia dengan apa yang kumiliki

Jika ku renung kembali...
Betapa pilunya hati insan yang kehilangan orang tersayang....
Betapa deritanya orang yang terlantar di katil hospital...
Betapa laparnya insan yang kesempitan hidup...
Berapa ramai rakyat di Palestin yang kehilangan kebahagian, keamanan, kasih sayang....

. . . . . . . . . .

Tapi...
Aku beruntung...
Diberi kesempatan oleh Rabbi...
Menikmati usiaku dengan penuh kebahagiaan...
Punyai keluarga yang sentiasa di sisiku....
Sahabat handai yang sentiasa mewarnai ruang qalbiku...
Aku tidak sakit seperti penghuni wad...
Makan pakaiku cukup...
Tinggal di bumi Malaysia yang aman damai...

. . . . . . . . . . .

Jadi...
Kenapa aku perlu bersedih..???
Bukankah nikmat Allah sudah terbentang di ruang alam...???
Jika aku pilih kebahagiaan...
Maka bahagialah aku...
Jika ku pilih kesedihan...
Aku akan hidup dalam noktah-noktah kesedihan...

. . . . . . . . . .

Ya Allah Ya 'Alim...
Engkau ampunkanlah dosa-dosaku....
Andai aku kufur dengan nikmatMu....
Merungut di atas apa yang Engkau beri....
Menghabiskan sisa-sisa waktu dengan perkara yang Engkau tidak redhai...
Semoga aku menjadi hambaMu yang bersyukur dengan nikmatMu...

Friday, August 13, 2010

Ya...!

Salah satu tabiatku di fakulti, suka window shopping buku yang dijual di aras bawah blok A. Sedang asyik belek-membelek, mataku terpandang sebuah buku comel. Cute! Tajuknya 'Jangan Bersedih- Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia' karya Dr. 'Aidh bin 'Abdullah al-Qarni. Kata pak cik toko buku ni : "Ini edisi jimat..". Jimat..?? Memang pon. Saiz lebih kecil berbanding cetakan sebelum ni. Cetakan baru 2010 ni, harganya cuma RM10. Mudah dibawa. Tapi, bukan hanya tertarik pada bentuk fizikal buku ini, begitu juga isi kandungannya. Nah...ana nak kongsi dengan antum semua...Semoga kita sama-sama beroleh manfaat.

. . . . . .

Ya....
dengan senyumanmu yang cantik, yang mengirimkan cinta dan mengutus kasih sayang bagi orang lain.
Ya....
dengan tutur kata baik anda yang dapat menjalin persahabatan yang dianjurkan syariat dan menghapus semua rasa dengki.
Ya....
dengan derma yang membahagiakan si miskin, menyenangkan orang fakir, mengenyangkan perut yang lapar.
Ya....
dengan kesediaanmu duduk bersama al-Quran seraya membaca, merenungi dan mengamalkannya, sambil bertaubat dan beristighfar.
Ya....
dengan banyak berzikir, memohon ampun, rajin berdoa dan suka memperbaharui taubat.
Ya....
dengan mendidik anak-anakmu dengan agama, mengajarkan sunnah Nabi dan memberi petunjuk tentang apa-apa yang bermanfaat bagi mereka.
Ya....
dengan rasa malumu dan hijab (penutup aurat) yang diperintahkan Allah, kerana hanya itulah cara untuk menjaga dan memelihara dirimu.
Ya....
dengan berteman bersama wanita-wanita yang baik daripada kalangan mereka yang mempunyai rasa takut kepada Allah, menyukai pengamalan agama dan menghormati norma-norma etika.
Ya....
dengan berbuat baik kepada kedua orang tuanya, menyambung persaudaraan, menghormati tetangga dan menyantuni anak yatim.
Ya....
untuk membaca sesuatu yang bermanfaat dengan menelaah buku yang menarik dan berfaedah, buku yang menyenangkan dan memberi tuntunan.

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan kembali

Alhamdulillah..syukur sangat dipermudahkan oleh Allah SWT puasaku pada 1 Ramadhan. Dapat bertahan walaupun tak bangun sahur. Bukannya apa, badan termasuk otak terlalu letih (berjihad di bilik kuliah). Aku berdoa moga-moga dapat habiskan puasa pada tahun ini. Aminn...

. . . . . .

Setiap kali Ramadhan tiba, teringat ketika zaman kanak-kanak. Masa tu umur 7 tahun belajar puasa. Memang tak tahan. Tengah hari ja dah mintak kat mak nak buka puasa. Mana taknya, buka peti ais, nampak kuih sagu. Sedap kalau makan sejuk-sejuk. Seingat aku, umur 9 tahun azam nak puasa penuh. Tapi tak kesampaian jugak. Balik sekolah, kayuh basikal 15 minit, panas terik, memang tak tahan. Sampai rumah terus buka kami tiga beradik (tak puasa 1 hari ja). Akhirnya, masa dalam darjah 4, baru dapat puasa penuh. Alhamdulillah. Memang nikmat dapat puasa penuh. Raya pon syokkkk ja. Hehehe...maklumlah, budak-budak. Time raya yang paling best..!!

. . . . . . .

Sempena Ramadhan ini, sama-sama lah kita perbanyakkan ibadah noh... Tapi harus diingat, jangan tunggu bulan Ramadhan baru nak top-up iman. Tiap-tiap hari kita perlu tambah nilai iman kita. Cuma, bulan Ramadhan ni, banyak kelebihan yang Allah berikan pada hamba-hambaNya :

Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

Sabda Nabi (s.a.w) :
Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)

. . . . . .

Begitulah kelebihan Ramadhan. So..??? Apa tunggu lagi..?? Rebutlah peluang yang ada. Mungkin ini Ramadhan terakhir kita. Siapa yang tahu..?? Sama-samalah kita perbanyakkan ibadat sunat disamping ibadat fardhu. Memperbanyakkan membaca al-Quran kerana itulah perisai Mukmin. Bersedekah dapat mendidik diri kita bersyukur di atas nikmat yang Allah kurniakan pada kita dan menghubungkan silaturrahim sesama umat. Banyakkan zikir...Berselawat ke atas Nabi SAW...

. . . . . . .

Sebelum terlupa, bulan puasa ni, jangan membazir dalam berbelanja. Bukannya apa, kalau pergi bazar Ramadhan, semua makanan kita teringin. Betul kan..?? Membazir tu kan sifat syaitan. Buat apa nak ikut perangai musuh kita. Bukan syaitan dirantai ka..??? Memang! Tapi perlu diingat, nafsu tetap kekal dalam diri kita. Ikut nafsu jahat, jahat. Ikut nafsu baik, baik lah kita.

Thursday, August 5, 2010

FESKUM 2010

Welcome back FESKUM 2010!!! Meriah memang meriah. Banyak gerai yang menjual beraneka jenis barang. Diriku sudah tentu teruja. Baju kurung, blous, tudung dan lain-lain, semua menarik perhatian. Itu nak beli. Ini nak beli. Tetapi harus diingat, jangan boros dalam berbelanja. Nanti membazir. Kan membazir tu sifat syaitan.

. . . . . . . .

Apa-apa pun, tahniahlah kepada semua graduan yang menerima degree masing-masing, terutama graduan dari Akademi Pengajian Islam. Yang belum habis belajar, pakat ramai-ramai round gerai-gerai jualan. Hehehe...

. . . . . . . .

Eh...lupa plak...my twin pon nak konvo 7hb ni. Hehehe...tahniah kak chik...insya-Allah 2011, kak ngah pulak..