Thursday, July 29, 2010

Emosi memudaratkan kesihatan..??

Ada enam jenis emosi yang apabila dibiarkan akan memudaratkan kesihatan. Misalnya, marah yang berlebihan dapat menyebabkan sakit jantung. Takut yang berlebihan menyebabkan kemurungan. Kebimbangan yang berlebihan memudaratkan buah pinggang. Sedih yang berlebihan menyebabkan sakit pada paru-paru. Gembira yang berlebihan menyebabkan sakit jantung. Malu yang berlebihan menyebabkan penyakit ulser dan penyakit hati. Maka dengan mengawal emosi, badan akan menjadi bertambah sihat.

Sumber : 365 tip sihat gaya Rasulullah SAW, Dr. Mohammad Ali Toha.

Sunday, July 25, 2010

3 games only RM 10

Hari Jumaat yang lepas, aku bersama sahabat-sahabatku yang lain ramai-ramai serbu pusat bowling Mid Valley. Happy..!!! dapat lepas gian. Dah lama tak main. Kami semua selalu main bowling pada hari Jumaat sebab tak ramai orang. Bertuahnya kami bertujuh. kebetulan pada hari tu ada promotion. 3 games hanya RM10 dan kasut RM 2. Jenuh jugak kami nak main. Habis sakit tangan. Tak larat nak habiskan game.

. . . . . .

Hari jumaat. Tapi ada juga kaum muslimin yang main bowling. Tak pergi solat Jumaat ke..??? Musafir barangkali...Kalau bukan, maknanya mereka tidak solat Jumaat lah. Emmmm...Memang ini satu fenomena yang biasa dilihat. Tapi tiada kesedarankah mereka sebagai umat Nabi Muhammad SAW. Bukan kanak-kanak dan ramaja-remaja sahaja yang tidak solat Jumaat. Malah orang dewasa pun ada. Bagaimana mereka hendak menjadi role model kepada anak-anak mereka...kepada golongan muda...

. . . . . .

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : "Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali (berturut-turut), maka Allah SWT mengecap hatinya (sebagai munafik atau orang-orang yang melengahkannya)". -riwayat Ahmad-
Mahukah kita menjadi munafik..???

Thursday, July 22, 2010

Syariat : menjaga kesihatan

Bagaimana memperoleh tenaga? Emmmm...sudah tentu melalui makanan dan juga minuman. Tenaga amat perlu bagi manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Selain itu, kita juga bukan sahaja dapat menikmati khasiat dan zat daripada makanan serta minuman tersebut, malah dapat menggunakan semaksimum mungkin tenaga yang dihasilkan bagi mencari kekuatan diri dalam meneruskan kehidupan di bumi ciptaan Alla SWT ini.

. . . . . . .

Namun begitu, berapa ramaikah manusia yang menitikberatkan penjagaan kesihatan. Terdapat ramai lagi yang suka memilih makanan mengikut selera masing-masing tanpa memikirkan kesesuaian makanan itu untuk dimakan, terutama dari segi kebersihan, khasiat dan kehalalnya menurut syariat Islam. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman, makanlah barang-barang yang bersih daripada apa yang telah kami kurniakan kepada kamu". (riwayat Muslim).

. . . . . . .

Islam begitu syumul (menyeluruh) dalam pemilihan makanan yang bersih dan halal. Allah SWT telah berfirman dalam surah al-Nahl (ayat 114-115), maksudnya :
"Makanlah apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda yang halal lagi bersih. Bersyukurlah dengan nikmat-nikmat Allah jika kamu benar-benar menyembah Allah. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang sembelihan bukan kerana Allah. Maka, sesiapa yang di dalam keadaan yang terpaksa memakannya, sedang ia tidak sengaja dalam mencarinya, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

. . . . . . .

Makanan yang halal dan bersih perlulah diikuti dengan peraturan memakannya sebagaimana yang disarankan oleh agama Islam. Junjungan besar kita, Muhammad SAW telah menyarankan agar perut manusia diisi dengan satu per tiga air, satu per tiga makanan dan satu per tiga udara. Ini amat bertepatan dengan metod ilmu sains dan kesihatan sendiri, itulah yang amat sesuai diamalkan oleh setiap manusia. Jika kita semua mengikut saranan Bagida SAW, insya-Allah kita dapat merasa nikmat kenyang dan memperoleh kesihatan tubuh badan yang baik di samping mendapat rahmat Allah SWT.

. . . . . . . .

Daripada aspek penjagaan kesihatan, Islam turut melarang berlebih-lebihan dalam mengambil apa jua makanan dan minuman. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Tiada bahaya yang lebih dibenci Allah daripada perut yang dipenuhi dan ketat dengan makanan yang halal". Oleh itu, makanlah sekadarnya seperti mana yang telah disarankan oleh Rasulullah SAW iaitu makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang supaya kita tidak memperoleh kemudaratan.

Saturday, July 17, 2010

Rutin kuliahku bermula...

Cepatnya masa berlalu. Dua bulan di rumah, diri sibuk dengan periuk belanga,
menyediakan juadah untuk keluargaku tercinta. Sekarang sudah seminggu kembali
ke kampus, menempuhi saki baki semester. Sunyi..?? Sudah tentu. Hampir 23 tahun
ke sana sini dengan adik kembarku, kini terasa kesunyian tanpa dia di sisi.
Alhamdulillah, dia berjaya menamatkan pengajiannya selama 6 semester di bumi
Malaya. 7hb Ogos 2010, aku dan keluargaku akan meraikan hari bersejarah buat adik
kembarku. Tahniah Kak Ngah ucapkan.
. . . .
Namun, hidup harus diteruskan!! Lambat laun akan terbiasa dengan situasi ini.
Takkan nak selamanya berkepit berdua. Anggap ini sebagai latihan apabila adik
kembarku mendirikan rumah tangga kelak dan aku menjalani kehidupan sebagai
seorang pendidik (insya-Allah). Teringat hari yang lepas, mak cik di dewan makan
berkata:"sian dia sorang-sorang". Aku hanya tersenyum dengan kata-katanya.
. . . .
Terima kasih sahabat-sahabatku yang sentiasa mendampingiku, menceriakan
hidupku seharian, sudi 'melepak' berbual kosong, berkongsi cerita. Itulah harga
sebuah persahabatan. Sukar dicari di mana-mana. Semoga persahabatan kita kekal
selamanya. Amin...