Thursday, November 7, 2013

Berat badan naik semasa cuti sekolah.

Assalaamualaikum...

Lagi seminggu nak cuti sekolah. Yeppppee! Cuti lama tu. Sebulan dua minggu. Jumaat minggu depan nak balik dah. Eee...tak sabor rasanya.

Okeh..berbalik pada tajuk entri kali ni. Bila cuti sekolah je mesti aku banyak makan. Bukan ala kadar, tapi banyak2 kadar makanan tu. Terutamanya makanan feberet aku. Tak pikir dah risiko lepas tu. Paham2 je la ye bila makan banyak ni apa akan terjadi. Hehe.

Aku ni memang hantu bihun sup. Bihun sup utara yang menjadi pilihan. Kan aku orang Kedah. Hehe. Apa yang best bihun sup ni? Meh sikit nak story. Bihun sup ni yang bestnya kat kuah tu. Dia guna daging n tulang. Memang sedap la nak dibandingkan dengan sup ayam. Pastu letak cabai tu banyak2 dalam kuah. Pergh! Tak toleh kiri kanan dah.


Ni ABC poojaan hati aku. Aku makan kat Pekan Rabu. Ada banyak2 gerai kat bawah tu. Wajib minum ni setiap kali p Aloq Staq. 


Yeah! Mocha in the car. Haha. Memang sodap sehingga menjilat straw uollz. Hehe.



Ni menu wajib aku tiap kali balik semenanjung. Dapat pekena satu atau dua pinggan dah ok. Dulu masa study kat UM, aku selalu makan kat Setapak KL. Memang charkueyteaw kat situ terbaekkk. Sapa2 yang dok area KL wajib pegi. Pelanggan pun tak penah putus. Sanggup diaorang berbaris panjang semata-mata nak makan charkueyteaw je. Kat situ guna sistem "first come first serve". Jadi, kita takkan sakit hati bila order lambat sampai atau orang yang sampai kemudian dapat dulu. Selain tu jugak, kita boleh order ikut saiz yang kita nak. Ada small, medium n large. Pilih nak yang mana. Saiz macam aku ni medium pun dah kenyang alhamdulillah. Hehe.


Lepas aku habis study, aku selalu pegi makan kat Ghani Charkueyteaw di Pekan Kuala Nerang plak. Setiap kali balik kampung mesti pegi. Selagi tak pegi makan, selagi tu la aku dok ajak family teman. 

Disebabkan aku tak control makan masa tu, jadi berat badan aku pun semakin bertambah. Setakat 1 kg tu memang tak kisah sangat. Ni 3 kg dalam sebulan korang tau. Tu la akibat makan ikut nafsu. Ish..ish. Korang jangan buat macam ni ye. Seksa jiwa raga tau nak singkirkan balik lemak 3 kg tu. Tak berjaya sampai sekarang. Huhu.

Harap2 cuti tahun ni aku dapat maintain berat aku. Walaupun tak dapat nak turunkan balik, tapi tak bertambah tu dah bersyukur sangat. Tapi risau gak ni sebab banyak kenduri kawen. Kalau kenduri kawen mesti ada banyak makanan kan. Dapat makan free plak tu. Saper yang tak nak.

8 comments:

  1. sedap2 lah kak .. hehehehe lapar pulak tngk .. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap pun...kat sarawak tak der tu..hehe

      Delete
  2. char kuew tiaw ngan bihun sup mengancam

    ReplyDelete
  3. wow.. terliur tgk ABC tu.. dah lama x pekena ABC,.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap..share dua orang ni sbb abc tu bnyk..hehe

      Delete
  4. Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm..terima kasih sudi follow blog yg xseberapa ni..

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!