Sunday, November 10, 2013

Grimm : cancel ke malam ni?

Assalaamualaikum...


Masa dulu cerita Grimm ni main pukul 12 malam. Masa aku bercuti kat kampung sempat tengok 2-3 episod sebab cerita ni seminggu sekali je keluar tv. Mula2 tengok terus terpikat sebab ceritanya best n suspen. Bila balik sini aku dah tak follow sebab pukul 12 tu dah lewat. Kiranya macam pukul 1 kat semenanjung. Lagipun esok tu nak kena bangun awal sebab subuh pukul 5 pagi. Pastu takut kat sekolah mengantuk plak. Nanti cikgu ke mana, anak murid pun ke mana. Hehe.

Tapi sekarang dah tukar ke pukul 10 n habis pukul 11. Kiranya tak lewat sangat la kan aku tido. Yang kali ni tak tahu la ulangan ke atau musim baru. Aku layan je. Lagipun ada episod yang aku tak penah tengok. 

Aku ni nampak je lemah lembut gitew. Tapi tersangat minat dengan cerita2 yang thriller n suspen macam ni. Sanggup follow tiap2 minggu tau. Sorang2 plak tu. Hehe. Tapi kekadang tu, ter"miss" jugak sebab letih sangat atau mata ni terlalu mengantuk.

Malam ni pun tunggu jugak. Tapi takder pun dari tadi. Ada MyGempak plak. Haish! Ni yang geram ni. Takper2...tunggu kejap lagi. Kalau takdak p tidoq okeh!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!