Thursday, November 20, 2014

Bergambar dengan budak sepet.

Assalaamualaikum..

Semalam dapat bergambar dengan budak2 sepet. Malam2 gambaq tak berapa nak clear. Nasib baik mak aku lahirkan aku masa bulan terang. Kalau tak, memang kelabu la. Hehe.


Danny Tan bin Mohd. Nazri Tan. Baru tahun 3. Nakal ya amat. Tak boleh dok diam dalam kelas. Tapi ustazah tak jadi nak marah lama2 sebab dia suka buat aksi cute n manja. Cayaaaq hati aii tau.


Nurrul Qistina. Satu2nya murid Islam tahun 6. Tinggi daripada aku nih. Taun depan nak masuk form 1 dah. Macam2 la aku dok pesan kat dia. Suruh pakai baju kurung n tudung kat sekolah menengah nanti. Alhamdulillah dia angguk mengiyakan kata2 aku.

* belakang (dari kiri) : mei fang, shalini.
* depan (dari kiri) : easther, angelyn, audrey n ashley.

Dorang semua ni ialah murid2 kelas tambahan aku. Setiap petang khamis gigih aku ajar BM kat dorang ni supaya pandai. Habis semua kena paksa cakap BM dalam kelas. No chinese language!

* Tie Jou Jin..budak mata sepet n bam bam..

Budak ni aku paling geram sebab kulit dia putih melepak bak hanggg. Takkan terbakaq kalau berjemur kat padang walaupun panas terik. Kalau aku la kan, memang kena gigih tonyoh daun alovera 44 hari 44 malam. Kihkih..


Sebelah kiri namanya Sim Sze Ren. Dia adalah antara murid yang aku selalu tegur pasal rambut. Bila nampak panjang skit aku akan suruh dia trim supaya hensem. Bila dia dah potong rambut baru kan, mai sekolah terus tunjuk kat aku rambut baru dia sambil sengih2. 

Tuesday, November 18, 2014

Peringatan bersama : Bacalah al-Quran kerana ia pemberi syafaat di akhirat kelak.

Assalaamualaikum..

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Menciptakan.." [al-'Alaq : 1]


Masa kecik2 dulu mak ayah mesti hantar anak2 mereka mengaji al-Quran..
Kerana anak yang soleh adalah bekalan mereka di akhirat nanti..

Tapi, kenapa bila sudah dewasa ada yang meninggalkan al-Quran..??
Kenapa leka dengan dunia sehingga lupa pada al-Quran..??

Ayuh lah rakan2 sekalian..
Tak usah tunggu masa free baru nak baca..
Bacalah al-Quran sehingga kita dijemput oleh Izrail..

Kerana..

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud :

"Bacalah al-Quran kerana ia akan datang pada hari akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya".

Monday, November 17, 2014

Hidup tidak selalunya bahagia..

Andai kita bahagia..
Bersyukurlah..

Andai kita diuji dengan derita..
Bersyukurlah jua..

Jika bahagia itu kita kecapi..
Jangan lupa..
Jangan leka..
Bahawa bahagia itu pasangannya derita..

Kerana hidup tidak selalunya bahagia..
Sesekali diuji tanda kasih daripadaNya..

Pahatkan sabar di dada..
Supaya iman tetap utuh kepadaNya..

Ingatlah..
Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang sabar..

Dengan kesabaran itu kita dapat rasai betapa manisnya derita..

Ustazah jahat!

Assalaamualaikum..

Masa perhimpunan mingguan tadi kitaorang cikgu2 ada buat undian guru yang paling diminati. Jadi murid2 kena pilih 3 orang guru yang dorang minat.

Lepas tu masa kelas pendidikan Islam dengan budak tahun 1, aku borak2 kosong sambil pantau dorang buat latihan dalam buku. Maka aku pun tanya la budak 3 orang tu siapa yang dorang pilih. Jadi, berebut-rebut la pakat nak bercerita yang dorang pilih si polan n si polan. Alhamdulillah, nama aku pun termasuk gak. Hehe. Undi dah bocor tu.

Tapi, yang sorang tu pelik skit. Disuruh pilih 3 orang. Yang dia pilih cuma sorang je cikgu. Aku tanya kenapa pilih satu. Dia jawab, cukup la tu satu ja. Konpius ustazah yang dia ni paham arahan ke tak. Huhu.

Okeh tak kisah la dia pilih sorang ke 2 orang ke atau 3 orang. Yang penting dia ada pilih jugak kan. Lepas tu aku tanya nama cikgu tu, tapi dia tak reti nak sebut nama penuh. Maklum lah budak2 tahun 1 payah skit nak ingat nama cikgu yang panjang2. Dia just sebut teacher english sbb cikgu tu ajar english kat kelas dorang.

Aku tak puas hati n tanya lagi. Dia ulang jawapan yang sama macam tadi gak. Dia pilih teacher english. Lepas tu aku tanya, kenapa tak pilih ustazah? Dia jawab apa tau. Dia kata :

........ustazah jahat!

Haish! Tang mana jahatnya ustazah tu Hadzeem oi. Dah kamu nakal, memang la kena marah. Cuba kamu baik2 je dalam kelas, tak der la ustazah nak suka2 hukum kamu. Huhu.


Monday, November 10, 2014

Senja di bumi Marudi.

Assalaamualaikum..

Waktu senja di Marudi..
Sekarang pukul 6.12 petang dah masuk waktu maghrib..


Time : 6.12 p.m.
Date : 09/11/2014 (16 Muharram 1946H)
Location : Kg. Cina, Pekan Marudi, Sarawak.

Thursday, November 6, 2014

Mohon jodoh yang baik.

Assalaamualaikum..



Cuti sekolah akan bermula tak lama lagi. Kurang lebih 2 minggu je..
Masa ni bakal2 pengantin dah mula buat jemputan. Ada yang jemput di fb dan ada yang kirim kad jemputan ke rumah. Paling baguih boleh bagi by hand kad jemputan tu..

Tahniah aku ucapkan kepada kawan2 yang sudah bertemu jodoh. Aku tumpang gembira dengan kebahagiaan mereka..
Dan tahniah juga kepada aku dan kawan2 
yang belum bertemu jodoh kerana kita sudah berusaha, cuma Allah belum bukak hijab jodoh kita lagi..

In sha Allah bila Allah kata kun fayakun, giliran kita plak yang jemput sanak saudara, jiran tetangga, rakan taulan ke walimatul urus kita dan pasangan nanti kan..

Jom semua teruskan berdoa dan berdoa. Tingkatkan usaha. Jangan give up.


Friday, October 31, 2014

Zaman kanak-kanak itu sangat indah bila dikenang.

Assalaamualaikum...


Tengah hari tadi masa on the way balik dari sekolah, aku tercium bau tanah. Rasa fresh je. Rupa2nya ada orang tengah buat kerja2 mengorek tanah kat bukit sebelah sekolah aku. Untuk pengetahuan korang, sekolah aku terletak di atas bukit. Sebab tu aku perlu naik tangga yang tinggi setiap hari melalui pintu belakang. 

Masa tengah jalan tu, sambil tengok kato korek tanah, tetiba teringat memori zaman kanak-kanak dulu. Kalau masa tu ada backhoe ke kato ke bulldozer ke tengah tolak pokok atau korek tanah, aku memang tak akan lepaskan peluang tengok. Macam menonton pesta gamaknya. Ralit n boleh duduk kat tepi tu berjam-jam. Hehe.

Suatu hari tu, jiran aku tebang n tolak hutan kat tanah dia. Kebetulan hutan tu dekat dengan rumah. Sebelah je. Lepas dorang habis buat kerja2 tu semua, aku n kawan2 excited sangat tengok tanah yang bertimbun-timbun. Tak sabar rasanya nak main gelongsor kat situ. Bila dapat peluang, ya Allaah..rasa macam main kat taman tema je tau. Tapi yang ni versi kuno. Hehe. Punya la main tak ingat dunia. Baju kotor tak kisah dah. Kalau mak marah ke beleter ke, pekakkan telinga je la. Yang penting hati hepi. Hehe. 

Seingat aku, masa tu aku baru sekolah tadika atau tahun satu. Budak2 kannn..sentiasa ada idea kalau bab2 main ni. Ntah macam mana suatu hari, kitaorang terjumpa telur burung n timbul idea nak rebus. Kitaorang yang budak2 perempuan ditugaskan untuk cari tin2 kosong. Bila jumpa tu kasi cuci bersih2 n isi air. Budak2 laki plak ditugaskan mencari ranting kayu untuk nyalakan api. Memang real tau kitaorang main masak2. Hehe. Bertepuk tangan aku bila tengok air dah mula mendidih. Excited! Bila dah make sure telur tu dah masak, kitaorang pun kopek kulit telur2 tu beramai-ramai. Konon2 nak explore la macam mana rupa telur burung yang telah direbus. Sebelum ni penah rebus telur ayam, itik atau puyuh je kan. Tapi, kitaorang tak makan pun telur tu sebab geli geleman. Paling kesian bila jumpa janin dalam salah satu telur2 tu. Riuh rendah panggil kawan2 mai tengok. Memang pengalaman yang sangat berharga kalau diingat balik. Tak pasal2 jadi arwah anak burung tu kitaorang kerjakan. Huhu.

*ihsan google.

Tak cukup dengan aktiviti masak-memasak, kitaorang main perang2 plak. Masa tu tengah jadi trend main benda macam gambar di atas. Kitaorang panggil "caplong". Pelurunya guna buah cenderai muda. Yang masih warna hijau tu. Boleh dikatakan setiap petang la kitaorang main perang2. Budak2 perempuan macam aku ni, abang masing2 yang akan tolong buatkan. Gigih sangat abang aku tu siapkan 2 caplong untuk adik2 kembar dia ni. Hehe. Tempat tu memang sangat2 strategik nak main perang2 sebab boleh berlindung di belakang pokok2 yang tumbang untuk elakkan diri daripada serangan musuh. Kunun2 kubu la. Hehe.

Dah nama budak2 kann..otak tu sentiasa berjalan kalau masuk bab main. Ada je idea2 yang nak buat. Walaupun, kadang2 mak bising, tapi buat jugak. Yang penting hati hepi. Hehe. Alhamdulillah, tak der kemalangan yang teruk berlaku masa main. Setakat calar atau luka skit2 tu biasa la. Anak kampung mana boleh lembik.

Thursday, October 30, 2014

Rutin harian aku di Marudi.

Assalaamualaikum..

Entri kali aku nak citer pasal rutin harian aku kat sini. Ekceli, tak ada apa2 yang menarik pun atau luar biasa ke apa ke. Cuma mungkin suatu hari nanti bila aku tak mengajar lagi di sini, dapat la aku baca balik setiap catatan2 dalam blog ni sebagai pengubat rindu kan.


Kalau hari sekolah, seperti biasa aku akan keluar rumah paling awal jam 6.30 pagi n paling lewat jam 6.45 pagi. Walaupun jam masih awal, tapi cuaca dah cerah benderang. Mula2 posting sini tak biasa jugak dengan perubahan waktu yang awal sejam berbanding di semenanjung. Terasa susah nak atur jadual tidur n bangun. Tapi, alhamdulillah lama2 tu berjaya jugak aku biasakan diri. 

Nasib baik bila balik bercuti di kampung, aku dapat biasakan diri ikut waktu di semenanjung. Cuma satu perkara je kat sini (Sarawak) yang kadang2 aku terbawak-bawak bila balik ke Kedah iaitu tabiat tidur awal. Hehe. Maklumlah, di sini aku memang perlu tidur awal sebab waktu gelap n cerahnya awal. Lagipun, senang aku nak bangun solat subuh pagi2 n tak mengantuk masa dalam kelas nanti. Pernah aku ditegur oleh mak sedara masa kat kampung, dia cakap "eh, awal kak ngah tidoq!" Bayangkan masa tu jam baru pukul 9 malam, tapi aku dah rasa mengantuk n bila landing je atas katil, terus lena tau. 


Turun je dari rumah, perkara pertama yang aku akan buat ialah bertegur sapa dengan aunty yang pakai baju hijau dalam gambar tu. Sebenarnya, dia la tuan tuan rumah yang aku menyewa di sini. Dia ni bukannya sekadar peramah je, tapi mesra alam ya amat. Pantang kami berjumpa atau berselisih kat mana2, pasti dia akan tegur. Tak pun aku yang tegur dia dulu. Hehe. 

Bagi aku kalau tinggal di tempat orang atau dengan bahasa yang mudah hidup merantau, kita mesti sentiasa berbuat baik n beramah mesra dengan masyarakat sekililing. Bila berjumpa dengan orang jangan sombong atau meninggi diri. Nanti kalau ada perkara yang tidak diingini berlaku pada kita, merekalah orang pertama yang akan menghulurkan bantuan. Nak harap family sendiri memang tak la sebab mereka jauh di semenanjung. Tapi, jangan terlalu mesra alam ye. Perlu berpada-pada jugak. Terutama bagi kaum wanita yang masih bujang trang tang tang tu. Tersilap mesra takut ada yang terbekenan. Susah jugak kalau perkara lain yang timbul nanti. Apa2 pun kita kena sentiasa berhati-hati n amalkan membaca ayat kursi setiap kali keluar rumah. Letakkan kebergantungan itu pada Allah. In sha Allah hidup kita akan selamat walaupun di mana kita berada.


Yang ni pasar atau orang di borneo panggil tamu. Mula2 tu payah sangat nak biasakan diri sebut tamu n kadang2 blur bila kawan2 cakap beli kuih kat tamu. Susah payah pikir kat mana ek tempat tu. Hehe. Maklumlah, mana biasa panggil macam tu sebelum ni kan. Yang aku biasa sebut, PASAR atau MARKET je. Perkataan MARKET tu sila sebut versi orang2 veteren utara noh. Kalau aku rajin skit, memang aku pegi tamu dulu sebelum ke sekolah. Beli la kuih seringgit dua buat alas perut. Jadi bila masuk kelas tu tak der la bertukar jadi mak tiri dalam citer bawang putih bawang merah kalau budak2 buat hal kan. Biasanya bila perut kosong, angin kus2 tu mudah datang. Hehe. 


Aku pegi sekolah tak perlu naik kenderaan bagai. Cukup dengan menggunakan perkhidmatan yang Allah bagi ni. Syukur alhamdulillah masih sempurna n cukup bilangan. Hehe. Lagipun aku menyewa dekat dengan sekolah. Jalan kaki naik tangga ni pun tak sampai 5 minit. Tapi kannnn...ya Allahhhh, semput aihhhh bila sampai ka atas tu. Hehe.


Sesi persekolahan bermula pukul 7.20 pagi sampai la pukul 12.40 tengah hari. Lepas tu dah boleh balik. Tapi, kadang2 aku balik lewat jugak ke rumah sebab nak siapkan kerja yang tertangguh. Kalau belum siap tulis lesson plan untuk mengajar esok, aku settle dulu. Mesti siapkan di sekolah jugak. Aku memang jenis yang tak bawak balik buku lesson plan ke rumah. Bagi aku, kat rumah adalah masa untuk beristirehat n bersantai menonton tv sambil makan2. Hehe. Cuma kalau ada kerja2 lain yang tak dapat disiapkan di sekolah, baru aku akan gigih angkut bawak balik ke rumah. 


Lagi satu, sebagai pejalan kaki tegar, payung merupakan salah satu alat yang wajib aku bawak dalam handbag selain handphone, wallet, air n ipad. Hehe. Bukannya apa, ini merupakan salah satu langkah keselamatan jugak. Boleh elakkan daripada cahaya matahari terus ke kulit. Nanti satu hal plak nak kena tempek krim pemutih malam2 sebelum tido. Huhu.

Sunday, October 26, 2014

Potato Fritters.

Assalaamualaikum..

Masa hari tu kan terjumpa la resepi potato fritters kat fesbuk. Ya Allaaah. Terlioq tak tau nak habaq. Teringin la tu maknanya. So, pagi2 weekend macam ni baru ada kesempatan nak buat. Hehe. Kalau weekdays, kirim salam la nak manjakan tekak masak2 gempak macam ni tau. Hehe. Ada je aktiviti kat sekolah. Hampir setiap petang macam tu. Bila balik rumah badan dah keletihan. Semangat pun semput2 je nak masak.

Jadi, aku buat la sikit untuk melepaskan keinginan tekak ni. Agak-agak sorang makan. Then, lepas siap goreng aku makan panas2 sambil cicah sos cili. Panas plus pedas, memang terangkat kauuuu..hehe.

Nak cuba boleh follow resepi kat bawah ni ye. Potato fritters versi aku sendiri sebab aku ada ubahsuai sikit. Mana yang ada dalam peti sejuk tu, aku campak je dalam adunan. Hehe.

Bahan-bahan : 

1 biji kentang (saiz besar).
1 biji cili besar *dirincik halus.
2 ulas bawang merah *ditumbuk.
4 sb tepung jagung.
3 sb tepung gandum.
2 biji telur.
Sedikit garam.
Minyak untuk menggoreng.

Cara-cara membuatnya : 

Sagat kentang menjadi halus2. Aku cincang je sebab tak der alat penyagat tu. Hehe.
Satukan semua bahan di atas kecuali minyak. Gaul sehingga sebati.
Panaskan minyak. Sudukan adunan n goreng sehingga garing (agak2 leper je ok supaya rangup). 
Hidangkan dengan sos n teh o panas.

Pesanan penaja :
Kalau korang nak tambah ikan bilis ke, daun bawang ke atau lada sulah pun boleh. Ikut selera masing2 okeh.

Thursday, October 16, 2014

Tips susun baju dalam almari cara saya.

Assalaamualaikum..

Dulu kan, aku selalu hadapi masalah bila nak pilih baju yang akan dipakai esok. Dah banyak pasang dalam almari tu sampai konpius nak pilih. Hehe.

Kadang2 kan berminit-minit pikir kat depan pintu almari tu. Nak pakai baju apa ni??? Nak pakai kaler apa plak esok?? Lebih kurang macam tu la berlaku kat aku.

Then, bila pegang baju tu kan terpikir plak "eh, macam dah pakai je minggu lepas!". Tak nak! Tak nak! Letak balik n ambil baju lain plak. Nampak!

Now, macam mana aku buat untuk solve this problem?? Haaaa..macam ni..

 
Aku akan ambil baju start dari kanan n baju yang baru pakai-basuh-jemur-lipat aku susun start dari kiri. Aku susun ikut turn. Jadi senang aku nak pilih. Tak perlu pikir lama2 lagi dah. Terus je ambil n iron. Besok pakai p sekolah. Senang kan??Baju pun tak lagi berulang pakai terlalu kerap. Cukup sekali pakai dalam sebulan. Hehe.

Tuesday, October 14, 2014

Takwim persekolahan 2015 dah keluar!!

Assalaamualaikum..

KPM dah keluarkan takwim persekolahan tahun depan..
Jadi..
Kakak2..adik2..abang2..
Yang dok jauh nun di seberang sana, boleh dah kalau nak booking tiket flight tu..hehe



Yang ni bagi negeri2 yang cuti hari Jumaat n Sabtu..





Kabinet baru.

Assalaamualaikum..

Dulu kan..
Gantung baju2 kurung kat sini je..
Kesian kan..


Tapi..
Sekarang ni aku dah pakai kabinet@almari untuk simpan baju2 aku tu..


Biasala..
Barang yang dah lama mesti diganti yang baru..
Apatah lagi kalau barang yang lama tu dah rosak kan..

Akceli, masa mula2 masuk rumah ni, memang tak dak full funiture pun..
Single bed sebijik tu semata-mata..
Yang lain kena beli sendiri..

Bila nak gantung baju2 kurung yang banyak pasang tu kan, aku beli besi yang berkaki pat tu..
Kononnya nak jimat la..
Mana tau aku tak lama duk sini..hehe

Tapi, bila dah roboh rabak bagai..
Terpaksa ler beli kabinet baru untuk simpan baju2 aku tu ha..

Tapi masih tak mau membazir ye..
Tak mau..
Tak mau..
Jadi, cukuplah sekadar almari hat kecik toet tu ja..

Friday, October 10, 2014

Gendang 24 musim.

Assalaamualaikum..

Siyes aku cakap..
Bunyi gendang2 ni macam guruh tau..
Macam nak tercabut jantung ni ha kalau dengar..hehe
Sebijik gendang pun bunyi dah kuat..
Apatah lagi 24 bijik kan..
Sebatu dah dengar weh..








Gendang 24 musim ini sudah menjadi tradisi kat sekolah aku setiap kali ada majlis apa2..
Ia dimainkan untuk mennyambut tetamu VIP yang dijemput pihak sekolah..
Kiranya macam tanda alu-aluan gitewww..

Wednesday, October 8, 2014

Aidiladha 2014 di perantauan.

Assalaamualaikum..

Hanya gambar berbicara..











Ekceli, malas nak taip entri panjang2..hehe. 
Untuk pengetahuan korang, tahun ni aku beraya di Kuching dengan kawan2 dari semenanjung..
Alhamdulillah, dapat jugak jumpa kawan2 study dulu..
Kiranya macam mini reunion giteww...

Monday, October 6, 2014

Trip ke Kuching.

Assalaamualaikum..

Alhamdulillah tercapai jugak hasrat hati nak jalan2 kat Kuching. Dah banyak kali tertangguh. Tak tau sebab pa. Hehe. Jadi, kesempatan cuti raya haji kali ni aku booked tiket ke sana. Tekad dah.


Hari pertama, kawan2 bawak aku p Serikin. Kawan aku yang dok Sabah tu yang nak p beli barang orang pesan. Aku ikut ja. Hehe. Pasar Serikin ni kira tempat W.A.J.I.B p kalau dah ada kat Kuching n memang ramai orang semenanjung yang shopping kat situ sebab barang2 yang juai murah2. Kalau tak tahan napsu memang boleh rabak poket. Tapi, masa kitaorang p orang tak ramai sangat. Mungkin sebab besok tu nak raya kot. Kalau hari biasa, jalan pun boleh selisih bahu tau.

Pasar Serikin terletak berhampiran dengan sempadan Malaysia-Indonesia. Kalau kat semenanjung macam Wang Kelian tu. Rata2 peniaga kat sini orang Indon n orang tempatan sendiri. Perjalanan nak ke sana lebih kurang sejam dari bandar Kuching. Kawan aku bawak keta 80km/j macam tu sebab jalannya banyak selekoh n struktur jalan pun tak berapa smooth. Kalau bawak keta laju memang melantun la jawabnya. Tak dan nak sampai sana dah pening lalat. Habis tu guane nak shopping kan dah kalau lagu tu keadaannya.


Masa ni kitaorang singgah gerai yang juai kain telekung. Macam2 jenis sampai rambang mata nak pilih hat mana satu. Lawa2 plak tu. Telekung sulam yang kawan aku beli 50 hengget je. Kalau kat semenanjung mau cecah ratus hengget.


Haa..pilih jangan tak pilih kakak2 adik2. Hehe. Ni kawan2 aku dok pilih kain pelikat untuk family depa. Aku beli gak sepasang kain sarung Samarinda untuk ayah aku. Dalam 20 hengget gitew. Penjual tu cakap ori punya. Ntah la. Aku beli ja. Yang penting ada buah tangan untuk ayah aku. Kami anak beranak pompuan aku dah beli kain batik Sarawak untuk buat baju kurung. 


Aku kalau nampak benda alah ni kan memang tak lepas pandang. Kaki macam tak mau jalan ja selagi tak beli. Apatah lagi aku ni jenis orang yang SANGAT menghargai hasil kraftangan. Nak kena beli jugak. Kalau tak balik rumah dok mimpi2 plak. Harganya 48 hengget je tau. Berbaloi-baloi.


Lepas shopping kat Serikin, kitaorang gerak ke Santubong plak. Amik angin petang kat Damai Beach. Kalau drive keta lebih kurang sejam jugak la dari Serikin ke Santubong tu. Ni antara tempat wajib p kalau mai Kuching okey. 


Nak p main kat tepi pantai malas plak. Nanti tenggelam kasut sebab aku pakai heels. Jadi, bergambaq la kami kat burung besaq ni sedas dua. Hehe. Nasib baik bawak cameraman okeh!


Nak balik dah masa ni. Sambil2 tu bergambaq sekeping dua berlatar belakangkan Gunung Santubong. Cantik tau view gunung tu. Berkabus lagi. Kat situ jugak ada track pendakian bagi penggemar aktiviti lasak. Menurut apa yang diceritakan kawan aku, nak sampai puncak gunung amik masa 6 jam. Kalau nak naik atas kena booking dulu.


Kat situ ada jugak terletaknya Kampung Budaya Sarawak. Kalau masuk dalam tu boleh tengok persembahan n pameran tentang budaya etnik2 yang terdapat di Sarawak. Masa kitaorang sampai dah tutup. Jadi, tak dak peluang nak masuk ler. Amik gambaq kat depan gate pun dah ok.


Dari Santubong kitaorang ke pusat bandar. Kawan aku bawak p bergambaq kat bangunan DUN negeri Sarawak. Serius cantik bangunan tu. Belakang tu plak waterfront. Tiap2 taun depa buat regatta Kuching kat situ la.


Lepas jalan2 n shopping kek lapis Dayang Salhah, haruslah isi perut yang dah berdangdut mas idayu ni. Hehe. P pekena makan nasi ayam penyet kat Medan Selera Kg. Boyan. Area waterfront tu. Sejalan dengan kedai kek lapis Dayang Salhah n kek lapis Mira. Nasi ayam penyet ni lain skit dengan nasi ayam penyet yang besa aku makan. Ayamnya dipanggang n ada sambal tumis. Sedap tau. Korang wajib rasa kalau p Kuching. Tapi harga aku tak tau plak sebab kawan aku yang belanja. Dia kata buat kenuri. Hehe. Rezeki!

Bila malam baru kitaorang balik ke rumah. Takbir raya pun kot tengah jalan ja la ikut takbir yang dengaq dari speaker surau atau masjid. Badan ni letih tak kira dah. Malam tu tidoq lena sangat. Sedaq2 dah pagi. 

Tuesday, September 30, 2014

Cerita pasal hobi lama.

Assalaamualaikum..

Ntah la sejak dua menjak ni kan, pantang betul tengok novel yang tersusun cantik atas rak. Tak kira la kat Popular ka atau Pustaka Union (Aloq Staq). Hati mesti tergedik- gedik nak beli jugak. Menyampah betul dengan hati aii ni.

Ekceli, dah lama aku tak beli novel. Masa study dulu pun baca hat kawan punya. Hehe.

Sekarang ni aku tengok melambak novel yang tajuk catchy2 ni. Mungkin sebab zaman dah berubah kot atau tu salah satu teknik pemasaran ataupun kebanyakkan pembaca di kalangan remaja yang lebih gemar novel yang santai. Tapi, tak bermakna novel yang tajuk jiwang2 ni tak der. Ader je aku tengok. Terpulang pada diri masing2 nak pilih mana satu. 


Dalam dok rambang mata tu, opkos la aku akan cari dulu novel yang aku dok aim lama dah. Macam 13 Jam A380 tu. Dah lama baca kat blog Evelyn Rose. Hati ni terpikat plak dengan jalan cerita n watak2 kat dalam tu. Jadi, peluang ke Aloq Staq masa cuti sekolah hari tu tak ku sia2kan. Hehe.

Masa mula2 masuk Popular habis semua rak aku cari tapi still tak jumpa gak novel tu. Haruslah frust weh. Maklumlah, memang aku dah lama tahan sabar nak beli n baca sampai habis cerita tu. 

Jadi, nak mengubat kekecewaan hati, aku kena beli gak satu novel lain. Tekad dah. Then, aku p kat rak best seller n nampak la novel Encik Sayang dan Miss Sweetheart. Kebetulan penulis tu femes n aku kenal masa study UM dulu. Dia ketua floor kat kolej kediaman kinabalu merangkap coursemate kepada roomate aku. Memang kenal sangat. Orangnya kecik je n sweet2 gitewww.

Walaupun dah dapat satu novel, tapi hati ni tak tenang tau sebab tak dapat 13 Jam A380 tu. Jadi, aku
cuba nasib p Pustaka Union plak. Sama aras je dengan Popular. Andddddd...tak sangka novel 13 Jam ada. Huahua. Promoter kat situ yang tolong carikan. Dah dia tanya aku cari apa. Aku jawab la cari 13 Jam. Dia sepantas kilat terus ambilkan untuk aku. Terharu weh! Memang berjodoh betul. Terus tak pikir panjang. Pegi kaunter n bayar!


Disebabkan aku tertinggal novel Encik Sayang dan Miss Sweetheart kat rumah, jadi aku mula rasa boring dok sini. Tak der bende nak buat. Masa ni mula la frust sebab tertinggal novel tu. Haish! 

Nak dijadikan cerita, kawan2 aku plan turun Miri weekend hari tu. Sorang ada urusan n sorang lagi saja2 nak pegi jenjalan. Aku apa lagi. Syok bak hanggg! Sebab boleh pesan kat dorang belikan aku novel. Hehe.

Masa dorang kat Popular, Miri, dorang whatsapp kat aku gambar2 novel yang ader. Susah jugak nak pilih masa tu. Rambang mata kot. Rasa nak beli semua ja. Haha. Tapi kan, tahan..tahan..tahan nafsu. Tak nak terlalu boros berbelanja kat novel je. Jadi, beli 2 buah pun dah cukup. Sekarang ni aku dah tak boring lagi kat sini.