Thursday, October 1, 2015

Throwback : Wedding reception my cousin.

Assalaamualaikum...


Alhamdulillah. Dah kawen pun sepupu aku sorang ni. Sepupu yang paling rapat antara sepupu2 yang lain. Ingat lagi masa kecik2 dulu. Kalau teloq ayam dalam reban tok hilang mesti tak dak keja orang lain dah. Memang keja dia. Suka sangat makan teloq ayam mentah. Aku sendiri pun geli geleman. Sampaikan tok terpaksa sembunyi kalau sepupu aku ni mai bercuti di kampung. Haha.


Tapi, tu cerita zaman kanak2 dulu. La ni semua dah besaq2 belaka. Dah pakat jadi anak dara. Umuq pun dah hampir 30. Huahua. Dah kawen pun dia 16 September lepas. Alahai...tinggai aku ja ni yang belum lepas. In shaa Allah coming soon. Doakan!

Saturday, August 22, 2015

Bertugas untuk PSKPP peringkat bahagian Miri tahun ni.

Assalaamualaikum...

Alhamdulillah selesai sudah tugasan bahagian hadiah untuk pertandingan badminton PSKPP peringkat bahagian Miri tahun ni.


Muka hepi dah habis sbb lepas tu boleh p jalan2 cari makan. Gilaaaaa lapaq kot masa dok tunggu pemain menghabiskan match. Lega depa main liga. Kalah, kalah la. Menang, menang la. Hehe.


Friday, August 21, 2015

Friday, May 22, 2015

Angan-anganku dulu kini menjadi kenyataan...

Assalaamualaikum...


Dulu kan selalu berangan nak jadi cikgu. Jaga exam. Edar kertas ujian dari meja ke meja. Lepas tu bagi arahan suruh murid-murid semak kertas soalan takut ada muka surat yang tertinggal. Bila murid start menjawab, cikgu round kat lorong-lorong meja murid. Hehe.

La ni bila jadi cikgu, dapat dah merasa semua tu. Edar kertas soalan. Suruh murid-murid semak kertas soalan tu. Then, masa murid-murid start menjawab aku jalan-jalan di setiap lorong meja. Make sure budak jawab dengan baik. 

Peringatan. Tak salah nak berangan. Tapi kena berusaha ke arah angan-angan itu. Jadikan ia satu kenyataan suatu hari nanti. Jangan angan-angan Mat Jenin dah la ya...

Syukur. Alhamdulillah! Kini aku seorang cikgu.

Selamat hari guru!

Saturday, April 11, 2015

Hadiah comel daripada Michele...

Assalaamualaikum....


Hari guru lambat lagi. Tapi aku dah dapat hadiah advance daripada murid. Sebulan sebelum 16 Mei dah dapat. Hehe.

Anyway, thanks very much cikgu ucapkan kepada Michele sebab bagi hadiah comel ni.  

Tadi ada latihan tarian n  masa break, cikgu tengah taip sms dia cakap "nah cikgu! Untuk cikgu". Oh my...im speechless sangat. Tak tau nak gambarkan perasaan tu macam mana.

Aku belek harga. Fuh!!! Nasib baik murah ja. Kalau tidak berat hati nak terima. Takut membebankan dia pulak. 

Tuesday, April 7, 2015

Roti bakar legend...

Assalaamualaikum...


Bertahun-tahun makan, tak pernah rasa jemu...

Roti bakaq dalam belanga...

Buh teluq sikit pastu bakaq...

Sapu planta...

Memang suka buat lagu tu sejak zaman sekolah lagi...

Tu yang nama roti bakar legend..

Ngeeeee...

Monday, April 6, 2015

Meatball cheese meleleh...

Assalaamualaikum...


Siang tadi tetiba nafsu nak sangat makan meatball dengan cheese. Mungkin tekak orang puasa sama kot. Pantang nampak makanan terus tergoda kannnn...

Tak kisah la macam mana pun. Yang penting dapat puaskan napsu aiiii ni. Huahua. Lepas sekolah tadi terus p beli barang nak masak meatball cheese tu. Adehhhh...gigih kau jalan jauh2 semata-mata nak beli bahan tu je. Panas2 plak tu. Hehe.

Petang lepas solat asar terus start buat. Mak aiiiii...punya la susah nak bukak penutup sos prego ni sebenornya. Maklumlah, 1st time guna dalam masakan. Aiiii ni kan bab2 makanan mat saleh memang tak selera sangat. Ntah kenapa baru hari ni je teringin nak makan. Mengada kannnn!!!!

Ekceli, aku tak tahu pun bahan khusus nak masak meatball cheese ni. Agak2 je macam buat pizza tu. Hentam saja labu. Hehe. Nahhhh...sekali bila dah masak, menjadi pun. Kemain hepi u ollzzzz. Sedap plak. Rugi kalau korang tak try buat.

Ni aku kongsi resepi hentam kromo aku tu. Boleh la sekali sekala nak fefeeling meatball ikea. Nak pegi ikea jauh lerrrr. Aiii kat sarawak. Ikea kat Damansara sana. Huhu.

Bahan-bahan :

8 ketul meatball
2 sudu besar pes sos prego
1 biji tomato dipotong dadu
2 slice cheese
Mentega/planta

Cara membuatnya :

Sapu sedikit mentega/planta pada aluminium foil.
Susun meatball. Then, tuang sos prego, tabur tomato n susun chesee di atasnya.
Bungkus bahan-bahan tadi. Kemudian, bakar di atas kuali/non-stick pan. Bakar dalam oven pun boleh.
Masak selama 15-30 minit. Then, sedia untuk dihidang.

Pesanan penaja :

Kalau guna kuali ke, non-stick pan ke..better tutup dengan tudung periuk ye supaya cepat masak bahan kat dalam tu. Ngeee...

Sunday, April 5, 2015

Senja bertamu...mendamaikan hati nan rawan...

Assalaamualaikum...

Location : Marudi Sarawak...
Date:  05042015...
Time : 06.25 petang...

Nun jauh di sana kelihatan Grand Hotel berdiri nan megah...
Ditemani sang pelangi...
Sungguh mengasyikkan...


Sang mentari mula memecil diri...
Terbias cahaya di angkasa...
Betapa damainya hati bila menyaksikannya...


Dari sudut yang berbeza...
Subhanallah...


Ungu lavender langit senja...
Cantik terbias warna mentari...
Betapa indahnya alam ciptaan Tuhan...

Thursday, April 2, 2015

Kerabu udang in the house...

Assalaamualaikum...


Malam ni malas nak masak menu yang berat2. Kalau boleh nak sesimple yang mungkin. Lagi cepat siap lagi bagus. Hehe. 

Pikir punya pikir maka timbul idea nak buat kerabu udang. Biasanya orang makan kerabu sotong kan. Tapi kali ni aku nak ubah sikit. Try guna udang plak. Tapi masih tak guna belacan dalam menu ni sebab aku alergik ngan belacan. Huhu.

Jom cek bahan...

10 ekor udang -dibuang kulit dan direbus sebentar
Air rebusan udang
2 ulas bawang merah -dihiris
4 biji cili padi -dihiris
Halia sebesar syiling 50 sen -dihiris
4 biji limau kasturi -diambil jus
Sedikit gula dan garam
*kalau nak buh belacan sikit pun boleh

Cara-caranya :

Satukan bawang, cili, halia, jus limau, gula, garam n sedikit air rebusan udang. Gaul sehingga sebati semua bahan.
Susun udang di dalam pinggan. Kemudian, tabur bahan2 yang digaul tadi.
Siap sedia untuk dihidang.

Tuesday, March 31, 2015

Aktiviti lepas mengaji..

Assalaamualaikum...

Ni la aktiviti anak murid aku kalau dah habis ngaji...


Kalau tiga2 orang mai...


Jadi macam ni la...


Monday, March 30, 2015

Puding koktail berkuah...

Assalaamualaikum...



Nindiaaaa...sekali sekala layan tekak!!!! Maka terhasillah puding koktail berkuah. Hahahaha. Lepas sekolah tadi terus p cari bahan kat kedai. Tapi tepung kastard habis plak. Malas nak p kedai jauh. So, aku ubah skit daripada resepi yang aku biasa buat sebelum ni...

Jom cek resepi...

Bahan kuah :

1 tin susu sejat
1 sudu besar gula
Sedikit garam 

* semua bahan di atas disatukan n dididihkan sebentar di atas api kecil. 
  
Isi-isi koktail : 

Jelly
Buah-buahan campuran

* masa nak makan satukan semua isi. Then siram dengan kuah koktail tu. Hehehe...

Selamat mencuba...

Thursday, March 26, 2015

Mee kari Bunga Raya memang terbaik!!!

Assalam...

Seriously, aku sebenarnya tak minat sangat makan mee kari. Dalam 2-3 tahun sekali pun payah nak makan. Hehe. Tapi, lepas posting kat sini, aku dah mula jatuh cinta dengan mee kari. Kawan2 la yang suggest aku makan mee kari kat sebuah kedai ni. Pergghhh!!! Memang ternyata sedap. Terbaik la!!


Sunday, March 1, 2015

Sepetang bersama anak2 didikku...

Assalaamualaikum...

Tinggal seorang diri di perantauan memang boring. Aku tak nafikan kadang2 rasa alangkah bestnya kalau aku dapat posting dekat dengan family atau sudah berumah tangga. Tapi apakan daya, rezeki aku di sini di bumi kenyalang. Bab jodoh pulak in sha Allah coming soon. Hehe. Perancangan Allah itu lebih baik daripada perancangan hambaNya.


Apabila tinggal berjauhan dengan family, orang2 sekeliling memainkan peranan yang sangat penting. Antaranya ialah anak2 didikku. Mereka adalah antara insan2 yang menyerikan kehidupan aku di sini. Dengan kehadiran mereka, sekurang2nya kerinduan aku pada kampung halaman dan family akan berkurangan sedikit. Tak la rumah rasa sunyi ja kan.

Alang2 dorang datang rumah aku lepak2 lepas habis Kem Bestari Solat, petang kelmarin aku ajak dorang pegi minum n makan2 kat cafe yang ada di pekan Marudi. Bukan main teruja n hepi lagi budak2 tu. Maklumlah dapat makan free n dapat jalan2. Hehe.


Tengah tunggu order. Ustazah snap sekeping dua gambaq buat kenangan. 


Sekali dapat makan memang tak pandang dah kiri kanan. Makan sampai licin semua. Ustazah makan sikit2 ja. Tengok dorang semangat makan pun dah kenyang. Aku tanya lagi, mau tambah? Masing2 pakat geleng kepala. Mau tak kenyang air segelas besar plak tu. Hehe.


 Lepas perut kenyang, aku ajak dorang jalan2 kat taman permainan. Tak jauh pun dari rumah sewa aku. Pekan Marudi tak besar mana. Jalan kaki pun boleh sampai ke tempat kita nak pegi. 


Masa ni kitaorang naik buaian sama2. Bukan main laju lagi dorang hayun. Ustazah plak pening pala. Maklumlah, benda2 macam ni dah lama aku tinggal. Hehe. Masa kecik2 dulu ja suka naik buaian. Kadang2 kalau pegi rumah orang yang ada buaian pun aku bantai ja naik. Nasib baik tuan rumah spoting.

Buaian macam ni la kitaorang naik. Best la plak..

* sumber google.

Thursday, January 29, 2015

Cium ustazah...

Assalamualaikum..

Ni cerita petang tadi. Seperti biasa, aku akan suruh budak2 salam cium tangan semua masa nak balik. Jadi tadi, bapak Si Izzuddin dan Aniq dah sampai nak amik dorang balik.

Yang Si Aniq, adik tu dah berlari keluar tanpa salam dengan aku. Yang aku plak dah laung cakap tak salam ustazah lagi.

Sempat la si abang tu panggil adik dia...

Izzuddin : Aniqqqq...cium ustazah dulu!!!
Ustazah.: Hahahaha..Aniqqq..abang kamu suruh cium ustazah...bukan salam..

Si Aniq plak senyum malu2 kucing gitewww..alahaiii..macam2 la pe'el budak2 ni..kadang2 sungguh mencuit hati ustazah..hehe

Monday, January 26, 2015

Meggie kari teluq tiga suku tabuq daun bawang..

Assalaamualaikum..

Balik sekolah tadi tetiba lapaq lak. Nak makan nasi malas nak masak. Sebab nak tunggu masak tu lambat sangat. Mau sejam dok kung kang kung kang kat dapuq.

So, masak ja apa yang ada. Yang cepat siap n boleh terus makan. Mujuq ada maggie kari sebungkuih kat dapuq tu. Bolehla kalau nak mengenyangkan perut. Huhu.

Nak bagi nampak sedap lagi, buat teluq separuh masak dalam kuah. Bagi teluq kuning tu cayaq2 sikit. Haha. Pastu tabuq daun bawang bagi ada aroma wangi tu. Dan tidak dilupakan jugak, perah asam limau sikit. Sebab aku lebih suka ada rasa masin n masam. Huahua. 

Makanan hat simple pun boleh jadi sedap bila makan time perut lapaq kannn...


Friday, January 23, 2015

Warahmatullaahi wa barakaatuh..

Assalaamualaikum...

Selesai kelas tasmik pagi tadi, aku menulusuri lorong-lorong kelam untuk kembali ke bilik guru. Dalam perjalanan itu aku terserempak dengan beberapa orang murid. Mereka mengucapkan "selamat pagi cikgu" sambil menundukkan kepala sebagai tanda hormat.

Sedang aku melihat seorang murid yang beragama Islam a.k.a anak murid aku, aku senyum dan menunggu dia memberi salam. Tetapi dia hanya tersenyum padaku. Kemudian, aku memberi ucapan salam kepada dia terlebih dahulu dengan niat untuk melatih dia memberi salam bukannya hanya senyum sambil menunduk hormat seperti murid2 bukan Islam yang lain..

Ustazah.  : Assalaamualaikum..(sambil tersenyum simpul)
Hadzeem : Warahmatullaahi wa barakaatuh...

Errrkkkk!!!! Apakah??? Takkan salah menerima ajaran daripadaku??? Aduh, nak kena ajar balik ni cara jawab salam. Hehe.

Thursday, January 22, 2015

Belon jadi "beyon"..

Assalaamualaikum...

Situasi pagi tadi semasa aku masuk kelas tahun 1. Cikgu telah menyekat seorang murid untuk bertanyakan buku yang diambil untuk dibaca. Cikgu dah ala2 gengster pun ada. Padahal nak nyakat budak2 je pun. Hehe.

Cikgu.     : Ini apa ni???
Ah Hong : Tak tau cikgu..(ekceli dia tak tahu nak sebut dalam BM. Budak cina kannn..)
Charles.  : Ini "beyon" (sambil tunjuk pada gambar yang aku maksudkan).
Cikgu.     : Belon la. Ataupun kapal terbang.

Charles hanya tersenyum simpul. Manakala, Ah Hong mengangguk tanda faham. Cikgu plak ketawa terkekek kekek mak iloi iloi. Hehe.

Wednesday, January 21, 2015

Dia nangga kamek..

Assalaamualaikum...

Awal pagi tadi aku kena sit in kelas tahun 1 untuk matapelajaran Bahasa Cina. Cikgu dorang cuti sakit. Lepas habis kelas tasmik, aku pun terus masuk kelas tahun 1. 

Disebabkan aku tak pandai nak ajar bahasa Cina, jadi aku mintak diaorang siapkan mewarna lukisan. Tapi hanya beberapa orang je yang perlu buat. Murid lain aku suruh diaorang keluarkan buku teks bahasa Cina n baca sendiri.

Masa aku tengah bimbing budak mewarna, tetiba aku dengar suara orang menangis. Ahhhh..sudah! Kenapa plak ada budak menangis ni? Aku paling ke arah suara menangis tu. Aduh!! Windigabiah yang menangis. Haish! Buat jantung cikgu berdebar ja budak ni. Ya la. Nanti buat dia meraung, jenuh aku nak pujuk. Huhu. Dah la aku kalau bab pujuk memujuk ni lemah sket.

Aku pun pegi kat dia n tanya kenapa menangis. Dia tak leh nak cakap dah sebab tengah menangis teresa-esak. Aku tengok muka Elvis (budak lelaki yang duduk berdepan dengan Windigabiah) dah tegang masa tu. Huh..dah faham sangat. Ni tentu Si Elvis yang pukul. Aduhhh...pening cikgu.

Maka soal siasat pun bermula..

Cikgu : Kamu pukul Windi ka Elvis?
Elvis.  : Dia nangga kamek..
           *still tak mengaku secara terang-terangan..tapi cikgu dah faham sangat.
Cikgu : (pujuk Si Windi) Dah kamu jangan menangis. *sambil urut2 bahu dia.
Windi : *angguk2 je..

Fuh..lega. Nasib baik Si Windi tu tak meneruskan niat dia untuk menangis lagi. Haish. Susah jugak kalau ada budak yang kategori istimewa macam Elvis belajar dalam kelas perdana. Dia boleh membuat kacau dengan kawan2. Kadang2 cikgu pun tak dapat control dia tu. Lagi satu dia tu pantang kawan tenung muka dia, gerenti dia akan pukul. Dah banyak kali terjadi sejak minggu pertama sekolah dibuka.

Ekceli, aku n cikgu2 lain pun tak tau apa masalah Si Elvis tu. Kalau tengok memang dia kategori budak istimewa. Tapi datuk dia tak mau ikut perancangan mak ayah dia untuk masuk sekolah khas. Datuknya macam tak dapat terima yang cucunya kanak-kanak istimewa. Masih nak masuk sekolah biasa. Huhu.

Jadi, cikgu2 kat sekolah tak boleh buat apa kerana itu kehendak datuknya untuk hantar dia ke sekolah biasa. Tapi kesian la dengan budak yang macam tu sebab dia boleh ketinggalan dalam pelajaran kalau dia masih di sekolah biasa, bukan sekolah pendidikan khas. Cikgu pun serba salah nak bagi nasihat. Huhu.

Sunday, January 18, 2015

Lembaran baharu 2015.

Assalaamualaikum...

Terasa cepat 2014 melabuhkan tirainya. Masa berlalu dengan begitu pantas sehingga tidak sedar ia meninggalkan 1001 kenangan. Pelbagai rencah kehidupan yang telah aku lalui. Pahit. Manis. Gembira. Sedih. Duka. Bahagia. Derita. Sengsara.

Allah. Bukan mudah untuk aku lalui semua itu sendirian. Ada ketikanya hampir membuatkan diri ku tewas. Tetapi setiap kali memikirkan itu adalah lumrah kehidupan, aku kembali bangkit membina kekuatan. 

Membina kembali semangat dalam diri yang hampir nipis. Alhamdulillah jika hambaNya bersabar, Dia akan memberi 1001 kemanisan. Itulah janji sang Pencipta.

Biarlah 2014 dengan ceritanya. Tinggalkanlah 2014 sebagai kenangan dalam hidup. Kenangan yang akan mematangkan diri setiap insan yang merasainya. Kerana, setiap yang berlaku ada hikmah yang tidak dapat ditelahi. Hanya berserah pada yang Esa.  

Harapan dan doa mengiringi lembaran 2015 agar akan bermulalah satu episod kehidupan yang baharu. Kehidupan yang lebih bahagia dan sempurna dengan kehadiran insan yang istimewa di sisi. Yang akan memimpin tanganku bersama-sama mengharungi liku-liku kehidupan. Bersama-sama merasai manisnya hidup andai keimanan itu sentiasa dipahatkan bersama kesabaran.