Dulu kan selalu berangan nak jadi cikgu. Jaga exam. Edar kertas ujian dari meja ke meja. Lepas tu bagi arahan suruh murid-murid semak kertas soalan takut ada muka surat yang tertinggal. Bila murid start menjawab, cikgu round kat lorong-lorong meja murid. Hehe.
La ni bila jadi cikgu, dapat dah merasa semua tu. Edar kertas soalan. Suruh murid-murid semak kertas soalan tu. Then, masa murid-murid start menjawab aku jalan-jalan di setiap lorong meja. Make sure budak jawab dengan baik.
Peringatan. Tak salah nak berangan. Tapi kena berusaha ke arah angan-angan itu. Jadikan ia satu kenyataan suatu hari nanti. Jangan angan-angan Mat Jenin dah la ya...
Syukur. Alhamdulillah! Kini aku seorang cikgu.
Selamat hari guru!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!