Sunday, December 5, 2010

PC korang JANTAN atau BETINA?



Memang agak kelakar juga bila aku baca satu e-mail yang di'foward'kan oleh kawan internet aku. Tajuknya pun dah buat aku jadi tak sabar-sabar nak baca. Jantan atau betina PC korang? Memang pelik kan? Benda yang tak hidup ni, ada ker jantan betinanya. Hairan aku. Kalau korang semua nak tahu, try baca artikel pendek kat bawah ni :

. . . . . . . . . . . . .


Jgn xtau.....laptop pun ada jantina...

So, nak tahu tak jantina laptop yg selalu dingadap tiap2 hari tu? jantan ke betina....hehehehehe

Buat je step kt bwh ni...

  1. Buka notepad dan paste ayat ini dalam notepad : CreateObject("SAPI.SpVoice"). Speak "I love YOU"
  2. Selepas itu tekan save. Ubah save as type kepada All Files (pastikan korang save di desktop supaya senang nak cari/buka nanti).
  3. Save as = love u.vbs
  4. Close notepad apabila habis save. Then double click file tadi (love u.vbs) dan akan dengar suara "i love u."

Cuba dengar btul2 suara "i love u" tu....suara lelaki ke perempuan?
Kalau dengar lelaki maknanya laptop korang tu jantan dan begitu le sebaliknya....


Macam mana? Korang nak cuba kat PC korang ker? Kalau dah cuba, please leave ur comment kat bawah yer....hehe.

Saturday, December 4, 2010

Kisah Benar: Hachiko - Anjing Legenda Jepun Yang Setia Menunggu Tuannya Yang Telah Mati


Susuk tubuh yang Anjing baka Akita Inu yang tegap ini lahir pada 10 November 1923, Sewaktu berumur 2 bulan, Hachiko dibawa ke rumah Profesor Ueno di Shibuya. Profesor Ueno bekerja di Universiti Tokyo di dalam bidang pertanian. Prof. Ueno suka memangggil Hachiko dengan panggilan Hachi yang bermaksudCahaya. Nama 'Ko' yang ada di belakang nama ( Hachi-ko ) adalah nama tambahan untuk orang Jepun yang bermaksud "Anak".
Dengan demikian Profesor mengakui Hachiko sebagai keluarganya serta teman terbaiknya. Hachiko menggemari makanan Yakitori (sate ayam). Selama satu tahun lebih Hachiko selalu menunggu kepulangan sang profesor di Stesen Keretapi Shibuya. Hachiko sudah terbiasa dengan menunggu kepulangan profesor yang bekerja di kota Tokyo. Dan pada tanggal yang bersejarah inilah segala-galanya bermula...Ini membuktikan bahawa perancangan manusia takkan pernah sama dengan Tuhan...


21 Mei 1925, Profesor Ueno terkena stroke ( angin ahmar ) di tempat dia bekerja. Profesor meninggal di Universiti Tokyo sebelum sempat pulang menemui Hachiko. Oleh kerana Profesor Ueno telah mati, maka saudara Ueno, telah mengambil alih tugas menjaga Hachiko.... Hachiko hidup dengan saudara Ueno dan rumahnya terletak beberapa batu dari Stesen Shibuya, tempat kebiasaan Hachiko menunggu kepulangan tuan kesayangannya...

Pada suatu hari Hachiko merasa kesepian, dia lari dari rumah barunya menuju ke Stesen Keretapi Shibuya dengan harapan dapat bertemu dengan tuannya ( yang telah pun mati.... )
Seorang tukang kebun yang mengenali Profesor Ueno yang bernama Kikuzaburo Kobayashi melihat berhari-hari Hachiko yang setia menunggu tuannya yang tak kunjung tiba seperti biasa...Apabila melihat akan kesetiaan seekor anjing kepada tuannya, Kikuzaburo berasa kagum dan beliau selalu memberi makan kepada Hachiko sesuai dengan apa yang diberi profesor, yakitori.

Tahun 1928, Stesen Shibuya telah diubahsuai rekabentuknya secara total. Ketika pengubahsuaian stesen itu sedang rancak berjalan, Hachiko telah menyelusup ke setiap kedai-kedai tetapi ianya telah robohkan untuk pengubahsuaian....Namun, Hachiko tetap setia menunggu tuannya dan Kikuzaburo nampak Hachiko selalu dan menunggu di salah sebuah tempat di stesen berkenaan yang masih elok keadaannya.
Salah satu posisi Hachiko menunggu tuannya di Stesen Shibuya yang sempat dirakam

Di tahun yang sama, ada seorang pengkaji anjing jenis Akita dimana dia adalah murid Profesor Ueno. Dia kebetulan melihat "pemandangan" menarik tentang Hachiko yang pada ketika itu sedang duduk menunggu kepulangan tuannya, yang juga anjing jenis Akita. Dia mengamati bagaimana Hachiko menunggu tuannya di stesen keretapi. Murid Ueno itu mendapat maklumat tentang Hachiko yang setia menunggu tuannya. Dia pun mula menulis artikel tentang Hachiko.
Berita tentang Hachiko pun mulai tersebar di seluruh Jepun. "Faithful Old Dog Awaits Return of Master Dead for Seven Years" adalah berita yang dimuat di harian Asahi pada 4 Oktober 1933. Hachiko pun semakin dikenali dan semakin tersohor hingga seluruh pelosok Jepun.




Tahun 1934 patung Hachiko didirikan di depan Stesen Shibuya. Stesen tersebut yang mengalami kerosakan akibat pada tahun 1948 akibat perang dunia ke II. Hachiko telah mati pada 8 March 1935. Di saat hampir mati, Hachiko masih setia menunggu Profesor Ueno di pintu keluar Stesen Shibuya yang kini dinamakan sebagai PINTU HACHIKO SHIBUYA. Posisi patung Hachiko adalah duduk seperti 70 tahun lalu menunggu Profesor Ueno pulang. Patung Hachiko sendiri kini terdapat 3 buah, satu di Shibuya, Akita serta tempat kelahiran Hachiko Odate.


Kisah Hachiko juga telah diabadikan di dalam novel, buku cerita, dokumentari haiwan dan filem....Di antaranya filem yang berjudul Hachiko lakonan Richard Gere.....

Bagaimana untuk elakkan keracunan


Makanan boleh menjadi racun jika ia didatangi sejenis mikro-organisma, toksin dan bahan-bahan kimia. Berikut disenaraikan makanan yang paling mudah diserang bakteria.

  1. Susu atau makanan tenusu seperti keju dan krim.
  2. Masakan berlemak seperti nasi lemak, nasi beriyani, mi dan sebagainya.
  3. Roti dan kuih muih.
  4. Makanan laut seperti kerang.
  5. Daging lembu, ayam dan ikan.
  6. Makanan dalam tin yang telah kemik atau berkarat. Makanan yang luput tarikh juga boleh menyebabkan keracunan.
Kredit dari majalah Rapi, bil.146/08/2010

KPLI/j-Qaf


Jam menunjukkan angka 1.14 pagi, tapi mataku masih belum mengantuk. Kenapa? Kerana hatiku tersangat gembira. Mengapa? Alhamdulillah adik kembarku berjaya melepasi ujian MTeST untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI/j-Qaf). Bersyukur sangat-sangat kepada Allah SWT. Sudah tertulis rezeki adikku berjaya dalam ujian tersebut. Ini semua kerana perancanganNya. Mulut dan hati berkata tidak meminati bidang perguruan, tetapi ketentuan Allah SWT mengatasi segalanya.
Petang sehari sebelum ujian MTeST, adikku menerima panggilan daripada bapa saudara kami. Katanya, adikku berjaya mendapat tawaran menduduki ujian tersebut. Kelam kabut jugak adikku waktu itu. Beliau hanya membuat persediaan ala kadar sahaja sebab masa terlalu suntuk. Itulah yang dinamakan rezeki. Kita merancang, tapi Allah SWT yang tentukan.
Berbekalkan niat yang ikhlas dan tawakkal kepada Allah SWT, adikku dengan penuh keyakinan melangkah juga kaki ke Institut Pendidikan Guru kampus Darul Aman, Jitra. Katanya, semua berjalan lancar semasa hari ujian tersebut. Syukur sekali lagi kepada Allah SWT dipermudahkan segalanya dalam tempoh 2 jam 30 minit. Adikku berjaya menjawab kesemua soalan yang diberi.
Beberapa minggu menanti, baru hari ini (3 Disember 2010) keputusan ujian tersebut keluar dan alhamdulillah adikku berjaya. Aku lantas menghubunginya untuk menucapkan tahniah. Bila ditanya, apa rahsia hang? Dia hanya tergelak kecil. Menjawab secara bergurau, "tengok orang la". Tapi aku dapat membuat kesimpulan bahawa tawakkal dan yakin sahaja kepada Allah SWT, insya-Allah semua lancar.
Selepas ini, adikku perlu pula menempuhi satu temuduga MEDSI 22 Disember nanti. Ia dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan tujuan untuk menapis calon-calon yang betul-betul berkelayakan menjadi seorang guru sebab cabaran guru dalam bidang pendidikan pada masa sekarang sangat mencabar kewibawaan. Pelbagai anasir-anasir luar sudah menular di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Oleh itu, sebelum menjadi guru, wajib bagi setiap guru pelatih membuat persediaan dari aspek mental dan fizikal. Lengkapkan diri dengan sebanyak mungkin ilmu selagi mampu semoga kita tenang menghadapi situasi getir dan berjaya menangani masalah yang berlaku.
Aku doakan semoga adikku berjaya dalam temuduga itu nanti dan menjadi seorang pendidik yang berkualiti. Begitu juga dengan aku kerana mendidik anak bangsa merupakan satu kebajikkan sebagai hambaNya dan wajib bagi aku untuk menunaikannya sebaik mungkin selagi terdaya. Bukan ganjaran gaji yang menjadi keutamaan aku, tetapi tanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu menjadi matlamat yang paling utama kerana aku percaya, setiap perkara yang kita lakukan ke jalan Allah SWT, pasti ada ganjaran yang akan diperolehi. Oleh itu, betulkan niat dan ikhlaskan hati semoga kita menjadi guru yang berkualiti serta memberi manfaat untuk pembangunan ummah.

Friday, December 3, 2010

Beli tiket


Lebih kurang jam 8.40 malam, aku mula bergerak menuju ke Hentian Duta menaiki kenderaan empat roda untuk membeli tiket balik ke kampung 6 haribulan nanti. Inilah pertama kali aku beli tiket di saat akhir. Kebiasaannya, lagi 2 hingga 3 minggu nak balik, aku dah beli. Mungkin sebab sekarang ramai pelajar IPT dah pulang ke kampung halaman masing-masing. So, aku tak perlu risau tentang kehabisan tiket bas.
Sampai saja di Hentian Duta, aku pun terus menuju ke kaunter tiket Mara Liner. Alhamdulillah tak berlaku kesesakan jalan raya sepanjang perjalanan. Tapi, abang yang kat kaunter rehat/solat pulak. Hampir sejam jugak aku tunggu. Sedang asyik menunggu, kawanku ternampak ada satu lagi kaunter yang jual tiket bas dari KL ke Pendang dan Kuala Nerang. Oh...itu lah bas ekspres baru yang sepupu aku selalu sebut. Bas Cosmic berwarna merah delima. So, aku pun ke kaunter tiket tersebut dan terus membelinya. Nasib baik ada kosong lagi pada hari tersebut. "Berapa harganya kak?", aku pun bertanya. "RM43 dik", jawab penjual tiket tersebut. Wah, murah sikit daripada Mara Liner! Cuma beza RM0.80 ja. Inilah 1st time aku naik bas lain selain Mara Liner pulang ke kampungku di negeri Kedah. Harap-harap semua berjalan dengan lancar.

Sorry yer Mara Liner. Bukan nak beralih kasih, tapi dah lama tunggu orang kat kaunter tak datang-datang jugak. So, aku pun beli la tiket bas lain. Dah memang rezeki company bas Cosmic.
Selama 7 semester aku belajar, hanya bas Mara Liner sahaja menjadi pilihan aku sebab ia satu-satunya bas ke destinasi yang paling dekat dengan rumah aku, Kuala Nerang. Uniknya bas ni, sebelum memulakan perjalanan, doa akan dibaca dengan tujuan perjalanan selama lebih kurang 5 hingga 6 jam selamat sampai ke destinasi.

TAMMAT


Tamatnya peperiksaan petang tadi, bermakna semester ke-7 pun dah selesai. Pelbagai dugaan dan cabaran yang telah aku tempuhi sepanjang 14 minggu kuliah (belum campur cuti). Suka dan duka bersama-sama rakan seperjuangan menimba ilmu di bumi UM membuat diriku lebih matang.
Selepas ni, aku akan bercuti selama 3 minggu. Masa cutiku akan aku habiskan di kampung. Bermula semula rutin kebiasaanku; mengemas rumah, cuci pinggan mangkuk, memasak dan sebagainya.
Di samping itu, sempena cuti persekolahan hujung tahun, memenuhi jemputan kenduri kahwin sudah menjadi kemestian. Kesedapan gulai kawah boleh membuatkan aku jadi mengidam. Ditambah pula dengan batang pisang (bahagian dalam batang yang lembut) yang dicampur dengan gulai daging, membuatkan sesiapa pun tidak akan melepaskan peluang menikmatinya sebab time kenduri kendara sahaja dimasak sebegitu. Nak masak harian kat rumah, alamatnya kempunan la. Bukannya apa, kena rajin banyak. Nak tebang pokok pisang lagi, nak proses ambil bahagian dalam batang yang lembut tu, memang amat-amat menguji kerajinan seseorang. So, bila ada jemputan kahwin, jangan lepaskan peluang ye. Perlu diingat, menghadirkan diri ke kenduri jiran merupakan satu kewajipan kita selain dapat mengeratkan silaturrahim sesama jiran tetangga.

Wednesday, December 1, 2010

Jom jadikan amalan


Minggu terakhir kuliah yang lepas, pensyarah aku telah memberi sedikit tazkirah atau dikatakan juga perkongsian ilmu yang bagiku cukup bermakna. Pensyarah aku namanya Dr Lukman seorang pensyarah di Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Orangnya kecil molek dan berasal dari Kelantan. Kata beliau : "Kita beri tazkirah sikit la sempena hari jumaat ni". Selepas mendengar katanya, kami semua tersenyum senang. Teruja kali.
Di sini aku dengan senang hatinya nak berkongsi dengan anda semua tentang apa yang aku dapat pada hari tersebut. Antara perkongsian yang diberi oleh ustaz ialah tentang amalan membaca surah al-Waqiah dan juga surah al-Kahfi :

1. Membaca Surah al-Waqiah di setiap malam Jumaat. Fadhilatnya, dia akan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.

2. Membaca Surah al-Kahfi selepas solat subuh pada tiap hari jumaat. Fadhilatnya, mukanya akan berseri-seri sehingga jumaat akan datang.

Walaupun, hanya sekelumit cuma, aku harap perkongsian ini akan memberi manfaat kepada semua. Sama-samalah kita menjadikan ia satu amalan harian disamping bacaan-bacaan ayat al-Quran yang lain, yang mana ianya mempunyai pelbagai keistimewaan.

Saturday, November 27, 2010

EXAM + STUDY + FACEBOOK + BLOG

Hujan nak turun.lalala...Petang-petang suram begini menyebabkan kebosanan mudah melanda diri bagai tsunami. Sebab style aku study, tak boleh nak straight. Kena sulam jugak dengan perkara-perkara lain. Apa lagi yang boleh aku buat selain bermain facebook dan blog. Benda tu yang paling senang nak buat. Notebook dah ada kat tepi. Just on dan sign in. Sekadar tengok-tengok pun dah cukup bagi aku untuk menyahkan kebosanan yang sedang menguasai diri ini.hehehe...


Exam Fiqh Mawarith 2 Disember jam 3.00 petang. Last paper for this semester. Lepas tu...yahhhooooo....lalalala

My notebook yang dah banyak berjasa bagi aku. Takder dia, susah aku nak hidup....

Sending fail


Entri kali ni aku nak cerita tentang salah satu tabiat aku, bila sms ngan orang dah tak ingat nak cek kredit handphone. Tahu-tahu dah RM0.00 sebab sending fail. Aduh...dah la tengah sedap-sedap sms ngan kawan. Aku bukannya apa, kesian la kat si penerima sms tu sebab segala pertanyaannya tak terjawab gara-gara kredit handphone aku. Tu la...lain kali tak yah guna prepaid ni. Akibatnya macam ni la. huhuhu...
Tapi kena ingat jugak, kalau ada bajet lebih tak per la nak guna line. Bil boleh mencecah ratusan ringgit kalau tak pandai manage. Ye la....syok dok guna sebab takder had. Lagipun orang macam aku ni masih student. Tak boleh nak berlagak kaya. Tak boleh pakai dah pepatah 'biar papa asal bergaya'. Kita susah bukannya orang lain nak bagi duit belanja kat kita kan. Sendiri-sendiri tanggung la...So, berjimat cermatlah seadanya. Tapi kalau nak bergaya dan kaya, boleh buat bussiness. Income mesti masyuk punya...

Friday, November 26, 2010

Zoo 2007

Pengalaman pertama pergi zoo. Masa ni memang aku jalan-jalan sungguh. Ade jer aktiviti setiap minggu. Dulu masuk ke zoo kena bayar RM15 je. Sekarang dah up sikit rasanya. Itulah yang aku dengar daripada kawan-kawan yang pergi baru-baru ni.
Memang aku teruja tengok binatang-binatang dalam zoo. Paling aku suka, zirafah. Suka tengok bulu matanya yang lentik tu. Tak payah pakai maskara pun.





Thursday, November 25, 2010

IWAN

Budak kecik ni lah 'musuh' tradisi aku kat kampung. hehehe...Bukannya aper, aku suka lawan mulut ngan dia sebab dia ni memang mulut pot pet. Ada ja idea nak cari 'gaduh'. Paling best, kalau aku dapat jelingan mautnya. Dia lah penghibur aku masa cuti semester. Tak der dia kat umah, memang sunyi sepi. Tiap-tiap pagi aku suka panggil nama dia....emmmm....kak ngah rindu IWAN la....huhu




Chinese New Year 2010 di Mid Valley

Petang-petang macam ni boring jugak kalau tak der keje nak buat. So, aku pun mencari 'kerja' untuk mengisi masa boring ku..hehe. Teringat gambar-gambar lama dalam folder yang aku simpan baik-baik. Setiap gambar yang aku simpan ada kenangan tersendiri. Yang pasti tak der jual kat mana-mana kedai gambar. Sedang asyik aku belek-membelek, terjumpa lah gambar-gambar yang aku capture masa jalan-jalan di Mid Valley februari yang lalu. Aku edit sikit sana sini...nah...jadilah macam ni...






Tuesday, November 23, 2010

Hobi yang suka-suka


Aku percaya, semua orang yang hidup kat dunia ni, ada hobi atau kesukaan masing-masing. Aku pun tak terkecuali. Hobi terbaru aku, sulaman manik dan labuci. Kebanyakkan yang aku jumpa, hanya kaum isteri atau kaum ibu saja yang minat jahit menjahit manik ni. Tapi tak bermakna juga golongan muda-mudi tidak berminat dengan hobi macam ni. Contohnya aku (masuk bakul angkat sendiri).
Kalau orang yang tak rajin, susah la. Bukan senang nak masukkan jarum dalam lubang manik yang kecil-kecil tu. Boleh rabun dua biji mata yang sudah sedia wujud sejak azali lagi. Silap haribulan kena tambah lagi 'dua mata'. Malahan ia mengambil masa yang lama. Berjam-jam jugak la nak siapkan satu design. Tambahan pulak, kita tak boleh lari daripada risiko sakit pinggang. Tapi bila dah tengok hasil sulaman kita sendiri, hati bukan main happy lagi. Baju yang pada mulanya kosong, jadi glamor serta merta dengan manik-manik dan labuci-labuci yang berkelip-kelip. Baju yang tak berapa mahal pun, nampak macam baju butik. hehe...
Sesiapa yang berminat, bolehlah belajar sendiri atau ikuti mana-mana kelas sulaman manik. Lagipun, boleh isi masa lapang kita dengan aktiviti yang berfaedah. Selain tu, boleh juga jimat kos sebab upah sulam manik ni mahal-mahal belaka. Terbeliak biji mata tengok harganya. So, ambillah inisiatif untuk belajar sulam manik dan labuci ni.
Gambar-gambar yang kat bawah ni, semua aku jahit. Aku belajar sendiri dengan berpandukan blog-blog beaders yang bercambah kat internet. Nak join kelas formal, yurannya agak mahal. Maklumlah, pelajar macam aku ni, banyak nak guna duit untuk pengajian.









Monday, November 22, 2010

Exam mode


Sekarang ni semua orang dok tumpu study. Maklumlah, final exam dah hampir. Masing-masing nak dapat senarai dekan. Aku walaupun tak setiap sem dapat dekan, tapi penah jugak merasa. Waktu tu, perasaan aku bukan main happy lagi. Seronok bila dapat CGPA tinggi ni. hehehe...
Apa-apa pun, aku doakan diri aku dan semua rakan-rakan seperjuangan selamat mengulangkaji pelajaran. Semoga kita semua dapat menjawab soalan-soalan exam dengan tenang dan baik. Remember..!!! tulis apa yang ditanya saja, bukannya tulis apa yang kita tahu. Bittaufiq wan najah...

Thursday, November 4, 2010

Tragedi banjir

Pada tarikh 1 hingga 2 November 2010 yang lalu, aku mendapat info melalui keluarga di kampung, akhbar dan facebook, kawasan tempat tinggal aku dilanda banjir. Walaupun banjir kali ini tidak seburuk banjir pada tahun 2005, namun tetap memberi kesan yang dahsyat kepada penghuni-penghuni yang mana rumah mereka dinaiki air. Penat membersihkan semula rumah daripada kesan lumpur sudah pasti. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana rumahku berada di kawasan tinggi. Tidak pernah dinaiki air walaupun sebesar mana pun banjir yang berlaku. Cuma yang menjadi kesulitan setiap kali bencana ialah terputusnya bekalan air dan elektrik. Agak sukar juga kalau keperluan asas terputus. Makan nasi pun hanya berlaukkan ikan tamban masin.
Di sini, aku ada sertakan beberapa keping gambar yang aku copy dari facebook Pusat Internet FBA, Kuala Nerang, sebab aku tidak berada di kampung ketika ini. Hanya mengikuti perkembangan dari internet. Hari ini (tarikh aku menulis post ni), air dah semakin surut. Maknanya aku dapat pulang ke kampung 6hb nanti. Alhamdulillah.








Wednesday, October 27, 2010

Kasih ayah

Kehidupan di perantauan pasti mengundang rindu yang tak terhingga pada keluarga di kampung. Dari kecil sehingga dewasa, aku tidak pernah berjauhan dengan mereka. Namun begitu, setelah tamat SPM dan mendapat tawaran ke IPTA, aku terpaksa juga merantau ke negeri orang. Aku memulakan hidup sebagai anak perantau di Kelantan selama 2 tahun dan seterusnya di Kuala Lumpur hampir 4 tahun. Beratus-ratus kilometer jauh daripada keluarga di kampung. Di sinilah aku survive sendirian. Makan, minum, pakai, sakit dan kerja-kerja lain aku urus sendiri. Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar daripada mak, aku mampu buat semua kerja dengan mudah. Mujurlah aku jenis manusia yang berdikari dan tidak terlalu bergantung pada orang lain.
Keadaanku yang mengalami batuk-batuk yang tidak sembuh-sembuh ketika ini, membawa aku mengingat kembali memori berpuluh tahun yang lalu. Ketika itu aku masih berada di sekolah rendah. Suatu malam aku tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana batukku telah menyerang tanpa henti. Memang perit. Tidurku yang enak ketika itu terganggu. Mesti 'bengang' bukan. Tapi apa boleh aku lakukan. Sakit tetap datang juga. Keadaanku yang masih lali akibat mengantuk, masih sempat menangkap butir suara emak dan ayahku yang risau apabila mendengar batukkan anaknya. Lalu, ayahku bangun dari pembaringan, menuju ke dapur mencari sesuatu untuk dijadikan penawar untukku. Aku sungguh terharu dengan melihat keadaannya yang tidak berapa sihat akibat penyakit parkinsonnya. Ayahku sanggup bangun dari tidurnya semata-mata mahu melihat anaknya sembuh. Ayahku menyapu kapur yang telah dicampur asam jawa ke leherku supaya batukku reda. Alhamdulillah, selepas disapu ubat tersebut, aku mampu tidur dengan nyenyak sehingga ke subuh.
Itulah pengorbanan seorang ayah. Walaupun ayahku tidak melambakkan kemewahan kepadaku, tetapi aku tahu dia sangat menyayangi aku, begitu juga adik-beradikku yang lain. Ayahku selalu menggembirakan anak-anaknya. Melebihkan bahagian makanan untuk anak-anaknya. Biarlah ayah makan sikit, yang penting anak-anak dapat makan dengan puas. Begitu juga ketika aku masih di sekolah rendah, ayahku lah yang menggosok baju, menghantar dan mengambil aku dari sekolah. Sebelah malam kalau ayah tidak bekerja, dia akan mengajar aku mengaji Al-Quran. Ayahku ingin anak-anaknya berjaya di dunia dan juga di akhirat. Sehingga kini, ayahku masih melakukan beberapa kerja rumah. Pagi-pagi lagi ayahku sudah bangun, memasukkan baju-baju kotor ke dalam mesin basuh. Membasuh pinggan mangkuk di sinki dan membuang sampah ke tempat pembuangan sampah di belakang rumah.
Jika dikenang kembali, sudah beribu-ribu jasa ayahku padaku. Tapi aku hanya mampu membalas segala pengorbanannya dengan kiriman doa setiap kali solatku, semoga ayahku berada di bawah naungan Allah SWT. Aku akan berusaha membahagiakannya, menggembirakan hatinya dengan kejayaanku dan menjadi anak yang taat kerana dengan kasih sayangnya, telah membawa kebahagiaan dalam hidupku

Tuesday, October 26, 2010

Suratan atau kebetulan

Aku tak sangka, banyak-banyak nombor, nombor 46 ni yang aku suka. Bukan saja nombor matrik aku (nombor pelajar di IPT), tapi nombor ni sama dengan nombor pelumba Moto GP dunia. Siapa lagi kalau bukan Valentino Rossi. Aku bukan nak bangga apa pun dengan persamaan ini, tapi just suka-suka nak cari persamaan-persamaan yang berkaitan degan hidup aku. Hehehe...patut la aku minat giler ngan motorbike...






EOS 60D daripada Canon



Sesiapa yang meminati dunia fotografi, sudah pasti mengidam untuk memiliki kamera DSLR (Digital Single-lense Reflex). Aku pun tak terkecuali. Kalau dapat miliki kamera ni, merupakan satu nikmat. Ye la...dah nama minat. Mesti teruja kan..??
Tapi yang menjadi masalah bagi aku (masih belajar), ia satu perkara yang mustahil sebab harga kamera DSLR mencecah ribuan ringgit. Mana nak dapat kos untuk membelinya. Lain la kalau dah kerja dan ada pendapatan sendiri. Barulah mampu miliki.
Namun begitu, sebagai peminat dan pendatang baru dalam bidang ini, bukan bererti kita perlu menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk mendapatkan kamera yang benar-benar bagus. Kamera DSLR yang baru daripada Canon ini, EOS 60D merupakan pilihan terbaik. Selain ringan, ia juga memiliki skrin yang boleh dilaras dalam pelbagai arah. EOS 60D merupakan olahan serta pelengkap kepada model sebelumnya iaitu EOS 50D, bukan pengganti tetapi lebih merupakan model pilihan yang lebih baik. Berikut merupakan beberapa kelebihan kamera EOS 60D :

  1. Memiliki penderiaan CMOS 18 mega pixel (saiz APS-C) bersama imej empat DIGIC berkuasa tinggi.
  2. Capaian kelajuan ketika merakam imej iaitu sehingga 5.3 kerangka (frames) sesaat atau merakam 58 keping imej bersaiz besar sesaat mahupun 16 imej berterusan untuk format RAW juga dalam masa sesaat.
  3. Memiliki jarak merakam yang lebih dinamik daripada ISO 100-6400 mebingkat sehingga 12,800 bagi memastikan kualiti gambar yang dirakam tetap jelas walaupun dalam keadaan cahaya yang malap mahupun gelap.
  4. Menawarkan aplikasi kreativiti binaan bagi memudahkan jurugambar menguruskan imej sebelum dan selepas merakam imej. Set sahaja mana-mana aplikasi kesan khas warna seperti Kesan Khas Kamera Mainan, Pemfokusan Lembut dan Kesan Khas Miniatur, rakam serta simpan dalam format jpeg mahupun RAW. Malah, kita juga boleh mengecilkan terus saiz fail gambar yang boleh diterima oleh e-mail melalui kamera ini.
  5. Lebih mesra pengguna seperti aplikasi Automatik Kreatif dan mod program seperti Gaya Gambar. Selain itu, rakaman gambar juga bertambah menarik dengan adanya aplikasi paparan secara langsung dan mod pengesan wajah (Face Detection Mode) memudahkan pengguna mencari sudut gambara yang terbaik.
  6. Antara pembaharuan paling ketara ialah skrin LCD mudah laras dan keupayaan untuk digerakkan pada segenap arah. Namun begitu, penggunaan LCD mudah laras tersebut tidak menghalang penggunaan aksesori lain. Contohnya tripod atau slot bateri tambahan (battery grip). Malah, pengguna boleh menambah mana-mana aksesori kamera bertaraf profesional dan masih boleh mendapatkan sudut rakaman gambar yang fleksibel melalui kelebihan skrin LCD tersebut.
  7. Bonus kepada peminat kamera pelbagai fungsi; EOS 60D turut dilengkapi dengan kebolehan merakam video pendek dengan format HD penuh (1920x1080), HD tersedia (1280x720) dan format televisyen biasa (640x480). Ia juga boleh digunakan dalam mencipta video pendek dalam bentuk fail MOV untuk videografi terbaru. Malah, kerangka imej boleh diselaraskan untuk kelajuan 24 kerangka sesaat sehingga 30 kerangka sesaat mengikut piawaian rakaman video anarabangsa.
Oleh itu, kepada peminat-peminat fotografi yang baru nak berjinak-jinak dalam bidang ini, tidak perlu risau untuk memiliki kamera DSLR yang terbaik. EOS 60D mampu memberi kepuasan yang maksimum kepada anda semua kerana sifatnya yang begitu dinamik, pelbagai fungsi dan kos yang amat rendah.