Tuesday, October 26, 2010

EOS 60D daripada Canon



Sesiapa yang meminati dunia fotografi, sudah pasti mengidam untuk memiliki kamera DSLR (Digital Single-lense Reflex). Aku pun tak terkecuali. Kalau dapat miliki kamera ni, merupakan satu nikmat. Ye la...dah nama minat. Mesti teruja kan..??
Tapi yang menjadi masalah bagi aku (masih belajar), ia satu perkara yang mustahil sebab harga kamera DSLR mencecah ribuan ringgit. Mana nak dapat kos untuk membelinya. Lain la kalau dah kerja dan ada pendapatan sendiri. Barulah mampu miliki.
Namun begitu, sebagai peminat dan pendatang baru dalam bidang ini, bukan bererti kita perlu menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk mendapatkan kamera yang benar-benar bagus. Kamera DSLR yang baru daripada Canon ini, EOS 60D merupakan pilihan terbaik. Selain ringan, ia juga memiliki skrin yang boleh dilaras dalam pelbagai arah. EOS 60D merupakan olahan serta pelengkap kepada model sebelumnya iaitu EOS 50D, bukan pengganti tetapi lebih merupakan model pilihan yang lebih baik. Berikut merupakan beberapa kelebihan kamera EOS 60D :

  1. Memiliki penderiaan CMOS 18 mega pixel (saiz APS-C) bersama imej empat DIGIC berkuasa tinggi.
  2. Capaian kelajuan ketika merakam imej iaitu sehingga 5.3 kerangka (frames) sesaat atau merakam 58 keping imej bersaiz besar sesaat mahupun 16 imej berterusan untuk format RAW juga dalam masa sesaat.
  3. Memiliki jarak merakam yang lebih dinamik daripada ISO 100-6400 mebingkat sehingga 12,800 bagi memastikan kualiti gambar yang dirakam tetap jelas walaupun dalam keadaan cahaya yang malap mahupun gelap.
  4. Menawarkan aplikasi kreativiti binaan bagi memudahkan jurugambar menguruskan imej sebelum dan selepas merakam imej. Set sahaja mana-mana aplikasi kesan khas warna seperti Kesan Khas Kamera Mainan, Pemfokusan Lembut dan Kesan Khas Miniatur, rakam serta simpan dalam format jpeg mahupun RAW. Malah, kita juga boleh mengecilkan terus saiz fail gambar yang boleh diterima oleh e-mail melalui kamera ini.
  5. Lebih mesra pengguna seperti aplikasi Automatik Kreatif dan mod program seperti Gaya Gambar. Selain itu, rakaman gambar juga bertambah menarik dengan adanya aplikasi paparan secara langsung dan mod pengesan wajah (Face Detection Mode) memudahkan pengguna mencari sudut gambara yang terbaik.
  6. Antara pembaharuan paling ketara ialah skrin LCD mudah laras dan keupayaan untuk digerakkan pada segenap arah. Namun begitu, penggunaan LCD mudah laras tersebut tidak menghalang penggunaan aksesori lain. Contohnya tripod atau slot bateri tambahan (battery grip). Malah, pengguna boleh menambah mana-mana aksesori kamera bertaraf profesional dan masih boleh mendapatkan sudut rakaman gambar yang fleksibel melalui kelebihan skrin LCD tersebut.
  7. Bonus kepada peminat kamera pelbagai fungsi; EOS 60D turut dilengkapi dengan kebolehan merakam video pendek dengan format HD penuh (1920x1080), HD tersedia (1280x720) dan format televisyen biasa (640x480). Ia juga boleh digunakan dalam mencipta video pendek dalam bentuk fail MOV untuk videografi terbaru. Malah, kerangka imej boleh diselaraskan untuk kelajuan 24 kerangka sesaat sehingga 30 kerangka sesaat mengikut piawaian rakaman video anarabangsa.
Oleh itu, kepada peminat-peminat fotografi yang baru nak berjinak-jinak dalam bidang ini, tidak perlu risau untuk memiliki kamera DSLR yang terbaik. EOS 60D mampu memberi kepuasan yang maksimum kepada anda semua kerana sifatnya yang begitu dinamik, pelbagai fungsi dan kos yang amat rendah.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!