Friday, October 8, 2010

Komanwel 2010, New Delhi

Ketika berhenti rehat selepas slot 1 (forum pendidikan-IKON'10) pagi tadi, semua peserta mendapat akhbar Utusan Malaysia secara percuma. Alhamdulillah..sebab FL tak sempat baca utusan Malaysia online. Masuk dewan, FL terus cari berita sukan. Sekadar mengikuti perkembangan sukan komanwel 2010 yang sedang berlangsung di New Delhi, India. Tahniah FL ucapkan kepada semua atlit-atlit Malaysia yang berjaya memenangi pingat dalam acara masing-masing dengan jumlah keseluruhan 10 pingat (8 oktober 2010), 3 pingat emas, 3 pingat perak dan 4 pingat gangsa. Ketika ini, Malaysia berada di tangga ke-7 dalam kedudukan pungutan pingat. Bagi yang tidak berjaya, cuba lagi di lain waktu. Anda telah buat yang terbaik untuk diri anda dan negara Malaysia.
Tapi, FL hanya tertarik dengan sukan badminton dan skuasy sebab FL memang meminati sukan badminton. Manakala, skuasy pula, FL kagum dengan kejayaan yang diraih oleh pemain nombor 1 dunia, Datuk Nicol David yang menjuarai Kejohanan Skuasy Dunia sebanyak lima kali sepanjang kariernya. Komanwel 2010, Datuk Nicol David sedang menghampiri kilauan emas apabila menewaskan pilihan keenam dari Australia, Kasey Brown 11-6, 11-3, 11-3. Pada perlawanan akhir nanti, Datuk Nicol David akan bertemu musuh tradisinya, Jenny Duncalf dari England.
Bagaimana pula nasib seorang lagi pemain nombor 1 dunia (badminton), Datuk Lee Chong Wei? Adakah beliau akan layak ke perlawanan akhir? Sama-sama kita nantikan.
Setiap kali Datuk Lee Chong Wei melangkah ke perlawanan akhir di mana-mana perlawanan, hati FL mesti berdebar-debar. Begitu juga sukan komanwel di New Delhi. Sudah tentu sebagai rakyat Malaysia, FL mengharapkan kejuaraan di pihak Datuk Lee Chong Wei, memandangkan beliau telah menjuarai terbuka Jepun dengan mengalahkan musuh tradisinya, Lin Dan. Tetapi, "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu", bukan?. Walaubagaimanapun, FL harap beliau akan buat yang terbaik dan bersedia daripada aspek mental dan fizikal dalam perlawanannya nanti. Semoga Datuk Lee Chong Wei akan mara ke perlawanan akhir seterusnya menyumbang satu lagi pingat emas buat kontijen Malaysia. FL hanya akan menanti pertembungan Datuk Lee Chong Wei dengan mana-mana pemain perseorangan China di final nanti, sama ada Lin Dan atau Cheng Jin.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!