Tuesday, April 29, 2014

Trip to Miri (part 1).

Assalaamualaikum..

Dah lama nak story pasal percutian aku dengan kawan2 di Miri. Hari ni baru tertunai. Hehe. Bukannya apa, kena cari masa yang sesuai. Baru la ilham nak menulis tu ada. 

Sebut pasal Miri kan, memang aku tak pakar sangat bab jalan ataupun tempat2 yang menarik yang boleh dilawati. Bila orang tanya, aku jawab kat Miri tu ada taman buaya je. Lepas tu orang minyak banyak la. Kan Miri tu kawasan petroleum. Hehe.

Tapi hakikatnya, kat Miri tu banyak tempat yang menarik jugak. Kalau nak tau kena baca entri ni sampai habis ok!

Kitaorg janji berjumpa kat airport sebab situ je senang cari. Dah salam laga2 pipi, baru kitaorg gerak cari hotel.  Terpaksa la guna khidmat Encik Google Maps. Baru la jumpa dengan hotel yang berpatutan. Pilih hotel bajet je sebab nak buat tempat tido n tempat mandi. Banyak masa keluar jalan2. Hotel tu area Merdeka Hotel. Bilik kira ok jugak. Yang kitaorg check in ni RM85 semalam. Ada 2 katil queen. Cukup2 dengan kitaorg 4 orang. Kalau korang datang Miri, cari je Cossy Inn. Bawah tu banyak kedai2 makan.



Tempat pertama kitaorg pegi ialah Restoran Muara. Isi perut dulu. Baru ada tenaga nak jalan2 kan. Tapi masa nak cari restoran ni banyak betul dugaan. Boleh tersesat jalan dalam sejam lebih. Rupa2nya tak jauh pun dari hotel kitaorg menginap tu. Lepas tu plak, boleh aku tertinggal jam tangan kat masjid. Masa tu singgah solat asar. Nak buat macam mana xdak rezeki.

Restoran Muara ni ada 2 cawangan. Sebuah terletak di Jalan North Yu Seng. Dekat je dengan Mega Hotel. Yang kedua plak terletak berhampiran dengan muara sungai. Aku rasa sebab tu kot nama restoran ni Muara. Korang cari je belakang2 maybank. Gerenti jumpa punya.


Kalau korang nak rasa makanan orang Indon baik datang sini. Memang sedap2 belaka. Lebih2 lagi lalapan atau nasi ayam penyet. Istimewanya sambal belacan tu. Dah la banyak. Sedap plak tu. Kalau makan pakai tangan, memang bau belacan tu melekat kat tangan 3 hari 3 malam. Sanggup tak?? Hehe. Syukur sangat tercapai jugak hajat nak makan lalapan miri. Berbaloi kitaorg sesat gara2 nak makan lalapan sedap. Harga lalapan ayam baru 9 ringgit. Murah jugak kan. Selain lalapan ayam, lalapan ikan pun ada. Boleh pilih di menu nak lauk apa. 


Lepas isi tangki dengan lalapan ayam, baru ada tenaga nak jalan2. Kitaorang pegi The Grand Old Lady. Apa yang ada? 


Kat situ ada muzium petroleum. Masa kitaorg sampai, muzium tu dah tutup. So, boleh tengok sejarah petroleum kat memorial yg dibina di hadapan muzium.


Dah habis jalan2 di sekitar luar muzium tu, kitaorg santai2 kat tepi bukit tgk sunset. 


Subhanallah! Cantik sangat. Bersyukur sebab berkesempatan melihat kekuasaan Allah yg satu ni. Boleh tengok matahari tu bergerak terbenam di kaki langit. Dari jauh sayup kelihatan Laut Cina Selatan yg memisahkan aku dengan tanah semenanjung. 


Lepas solat maghrib di surau Imperial Hotel, kitaorg gerak ke Pasar Seberkas. Kiranya ni pasar malam di Miri. Macam2 ada. Sedia duit je.



Bukan setakat makanan2 panggang je ada, air, makanan kering, baju, kraftangan Sarawak, kek lapis Sarawak n macam2 lagi la. Kalau korang datang Miri, mesti pegi Pasar Seberkas. Gerenti tak mengecewakan korang. 

Apa yang tak bestnya bila bab nak cari parking. Aduiii..kalau pegi lewat sikit memang parking yg dekat2 tu akan full. Yang hairannya, hari minggu banyak lak parking. Kalau di semenanjung, hari minggu tu la parking penuh sebab ramai orang keluar.


Masa tengah jalan2 tu, terjumpa la benda alah ni. Apa lagi. Sorak keriangan la aku. Bukannya apa, dah lama cari. Ntah la. Aku berkenan sangat dengan benda manik tu. Harga asal RM28. Minta kurang dapat la RM20. Itupun mungkin sebab aku beli keychain tu sama kot. Dia kasi less lagi la.

Dah puas jalan2, tengah malam baru sampai hotel. Tu pun sesat lagi. Maklumlah, keluar siang, balik malam. Mana nak ingat jalan. Huhu.

Monday, April 21, 2014

Tanjung Lobang Beach, Miri.

Assalaamualaikum..

Hi guyz! Dah lama tak buat keja fotografi ni. Jadi bila berkesempatan ke pantai, aku cuba2 nasib. Tak sangka bakat fotografi aku tu masih ada. Hehe.

Aku sempat snap beberapa gambar sunset di Pantai Tanjung Lobang Miri. Subhanallah! Memang cantik sangat2. Takjub dengan kuasa Allah. 





Kawan2 aku yang jadi model sebab aku malas nak main air laut tu. Takut kasut yang aku pakai rosak kalau kena air masin. Hehe.