Friday, January 23, 2015

Warahmatullaahi wa barakaatuh..

Assalaamualaikum...

Selesai kelas tasmik pagi tadi, aku menulusuri lorong-lorong kelam untuk kembali ke bilik guru. Dalam perjalanan itu aku terserempak dengan beberapa orang murid. Mereka mengucapkan "selamat pagi cikgu" sambil menundukkan kepala sebagai tanda hormat.

Sedang aku melihat seorang murid yang beragama Islam a.k.a anak murid aku, aku senyum dan menunggu dia memberi salam. Tetapi dia hanya tersenyum padaku. Kemudian, aku memberi ucapan salam kepada dia terlebih dahulu dengan niat untuk melatih dia memberi salam bukannya hanya senyum sambil menunduk hormat seperti murid2 bukan Islam yang lain..

Ustazah.  : Assalaamualaikum..(sambil tersenyum simpul)
Hadzeem : Warahmatullaahi wa barakaatuh...

Errrkkkk!!!! Apakah??? Takkan salah menerima ajaran daripadaku??? Aduh, nak kena ajar balik ni cara jawab salam. Hehe.

2 comments:

  1. sambung salam kot, bagi lengkap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..dah biasa dgr ustazah bg salam penuh ms dlm kelas..hehe

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!