Thursday, November 14, 2013

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2013.

Assalaamualaikum...

Okeh fine! Laju2 update cerita semalam sebab takut tak sempat. Haha. Hari ni ada perhimpunan dan jamuan. Pastu nak siapkan keja yang belum settle lagi. Esok dah nak balik semenanjung dah. 

Syukur2 alhamdulillah selesai jugak majlis anugerah semalam. Walaupun simple je tapi tetap meriah. Aku berasa lega dan hepi sangat bila tengok hasil bimbingan aku dan kawan aku untuk tarian tradisional Melayu. Memang tak ada pengalaman pun  nak ajar tarian  ni, tapi dapat buat setakat yang mampu itu dah memadai.



Ni tugas tetap aku kat sekolah kalau ada majlis yang melibatkan pegawai dari PPD sebagai tetamu VIP. Jadi emcee untuk bahasa Malaysia. 





Aku berkecimpung dalam dunia emcee ni selepas kena jadi bidang terjun untuk majlis penangguhan pesta MSSR yang lepas. Masa tu kawan aku yang selalu jadi emcee tak dapat hadir awal sebab dia ada sambutan Cap Goh Meh. Jadi, aku pun try n error la. Tapi tak sangka la aku ada bakat terpendam tu. Haha. Ramai cikgu2 sekolah puji suara aku kuat dan sebutan BM aku jelas. Ha...lepas tu memang tak ada chance nak elak la.







Alhamdulillah tahun ni dapat anugerah guru perkhidmatan cemerlang. Terima kasih kepada kawan2 yang mengundi. In sha Allah tahun depan giliran kawan2 pulak.


Selepas majlis selesai, kami bergambar dulu sebagai tanda kenangan.


Berkahirnya majlis anugerah maknanya sesi persekolahan 2013 akan melabuhkan tirainya. In sha Allah ada umur yang panjang tahun depan berjumpa lagi. Peace no war!

2 comments:

  1. Seronoknya majlis anugerah cemerlang. Teringat zaman sekolah rendah dulu. Saban tahun asyik dapat hadiah. Naik sekolah menengah, semakin banyak saingan. Tak dapat dah. hehe/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..tu la.akak sek ren selalu, sek men kdg2..ni la 1st time naik amik hadiah bla dh besar

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!