Monday, April 29, 2013

Kemas pusat sumber sekolah.

Asslaamualaikum...

Hari ni sepetang aku bersama guru dan beberapa pengawas PSS bertungkus lumus mengemas pusat sumber sekolah buat pertama kalinya untuk tahun 2013. Ini semua adalah permintaan khas daripada guru besar sempena hari terbuka sekolah yang akan diadakan pada hari rabu ni.

Ekceli, dah lama "big bos" suruh hias apa yang patut, tapi hari ni baru ada masa terluang untuk buat semua tu. Jadi, kami hanya buat sekadar yang mampu. Kemas buku-buku dan susun semula di rak mengikut nombor siri. Walaupun tak ada transformasi yang gempak gitu, sekurang-kurangnya sedap sikit mata memandang kan. Hehe.

Anyway, yang nampak transformasinya di sini adalah papan kenyataan atau notice board. Tukar background yang black2 tu dengan kertas warna glowing2 gitu. Pastu tambah sikit bunga-bungaan bergantungan yang berwarna pink. Itupun, aku guna bunga yang dibeli masa awal tahun hari tu. Konon-kononya nak hias kelas tahun 1. Tapi tak jadi sebab tak ada tempat nak gantung bunga tu.

Itulah usaha kami setakat hari ni. Belum siap sepenuhnya lagi. In sha Allah akan disambung kemudian hari. Apa-apa hal, jom layan gambar PSS sekolah aku yang tak seberapa ni..=)







No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!