Assalaamualaikum...
Nak balik kampung cuti sekolah bulan lima nanti tapi tiket belum booked. Kerap jugak aku online Air Asia atau MAS Airlines. Mana tahu tetiba ada promosi. Boleh la berjimat sikit.
Tetapi nampaknya, nasib tidak menyebelahi aku lagi kali ni. Still tak ada promosi bahkan semakin hari semakin naik la pulak. Bulan-bulan lepas sekitar RM4++ dan RM5++. Malam ni dah jadi RM6++. Huhu.
Bukan tak nak beli awal-awal. Bulan-bulan lepas lari bajet sikit sebab banyak perkara yang memerlukan duit. Beli barang dan keperluan rumah, bayar deposit rumah sewa dan jugak sewa rumah. Bulan mac lepas housemate aku pindah keluar. Jadi, aku kena beli periuk, tong gas, dapur gas, peti ais dan kelengkapan lain lagi.
In sha Allah..rezeki nak balik tu ada. Cuma aku perlu bersabar ja. Harga mahal sikit tak apa la. Yang penting dapat jumpa mak ayah kan.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!