Monday, April 8, 2013

Realiti sebenar seorang guru

Assalaamualaikum...

Rata-rata org cakap keja cikgu ni senang. Keja sampai tengah hari. Pastu dah boleh balik rumah. Orang lain yang keja ofis, ptg baru balik rumah. Ya betul. Memang tengah hari dah balik. Macam aku 12.40 tgh hari dah balik rumah. Mandi, solat, makan dan rehat. Tapi, lepas tu pegi semula ke sekolah. Kelas tambahan, aktiviti gerko (setiap petang rabu), siapkan keja yang terbengkalai dll. See!

Pasal tugas guru plak, org cakap keja cikgu senang. Mengajar ja lah. Ya betul tu. mengajar tu dah tanggungjawab dan tugas yang paling utama sebagai guru. Sebenarnya, kerja2 lain pon cikgu kena buat jugak. Rekod kehadiran murid, jumlahkan kehadiran dan setiap hujung bulan kira peratusan kehadiran murid ke sekolah (bagi guru kelas). Semak buku pelajar, jalankan PBS. Sediakan eviden dan soalan2 ujian. Marking paper exam yang bertimbun-timbun. Dah dapat result, key in dalam sistem SPPBS dan SAPS. Buat analisis pencapaian murid, kenal pasti masalah murid yang tidak mencapai sasaran. Then, cari jalan penyelesaian. See!

Sebelum mengajar, setiap cikgu mesti buat rancangan pengajaran harian terlebih dahulu. Tulis kat buku yang sudah disediakan. Setiap hari. Tulis tangan ok. Bukan taip komputer. Kalo taip tak apa la. Boleh copy, paste and edit. Lenguh tangan usah kira la. Lagi2 kalo sehari perlu ajar 3-4 kelas. Setiap kelas satu RPH. See!

Bila ada aktiviti ko-kurikulum, cikgu2 bertungkus lumus memastikan aktiviti tersebut berjalan lancar. Sukan tahunan, majlis bla..bla..latih murid untuk pertandingan, perkhemahan etc. Tu semua memerlukan komitmen yang tinggi daripada seorang yang bergelar guru. See!

Alaaaa...cikgu best la. Dapat cuti lama2. Cuti? Cikgu pegi kursus plak. Kadang2 hari cuti pon ada cikgu yang pegi sekolah. Siapkan keja yang tak pernah habis. Weekend plak ada kelas tambahan, latihan rumah sukan, meeting dll. See!

Ha..tu baru sebahagian je! Lain jawatan, lain tugasnya. Itulah realiti sebenar seorang guru. Bukan macam cikgu zaman dulu-dulu. Banyak tugas yang perlu dilaksanakan. Mengeluh? Mesti la. Tapi, diikhlaskan jua hati sebab semua itu adalah tanggungjawab. Yang penting, kena pandai urus masa sebaiknya. In sha Allah semua akan ok!

Psssstt : apa pun pekerjaan kita, ikhlaskan hati. Mestilah lillahi ta'ala. Baru kita akan rasa enjoy dgn tugas kita...peace! :)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!