Asslaamualaikum...
Perjalanan dari Miri-Marudi atau Marudi-Miri mengambil masa lebih kurang satu jam lebih dengan menggunakan jalan darat. Aku perlu menempuhi jalan berbukit bukau. Walaupun agak mencabar, tapi bagi aku ia satu pengalaman yang susah nak dapat bila balik ke semenanjung. Orang perempuan seperti aku mana ada ikut aktiviti mencabar ni. So, inilah peluang yang sesuai bagi aku. Pada mulanya, memang aku berasa sukar jugak. Lama kelamaan alhamdulillah, ok. Dah menjadi satu kebiasaan pula. Sepanjang aku kat sini, kalau nak ke airport atau balik Marudi, tak pernah aku naik MAS Wing tau. *nampak tak jiwaku begitu kental. Hehe
Selain tu, aku perlu menyeberangi dua batang sungai iaitu Sungai Arang dan Sungai Baram. Kereta-kereta atau motosikal diangkut dengan menggunakan sebuah feri untuk menyeberangi sungai tersebut. Bukan kat Penang je ada feri tau, Marudi pun ada. Tapi tak la sebesar feri kat Penang tu. Tambang pulak kalo tak silap aku RM15 sebuah kereta. Itu yang aku nampak masa driver 4x4 yang aku naik tu bayar kat pengendali feri.
Ok la...Tak perlu kot aku bercerita panjang. Tengok je gambar kat bawah ni. Kalau nak jelas, silalah zoom ye. =)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!