Thursday, April 18, 2013

Amali solat murid tahun 1.

Assalaamualaikum...

Sudah 3 hari aku dan ustazah j-QAF buat amali wuduk dan solat. Kami guna sedikit masa khatam al-Quran. Amali solat ini adalah sebagai persedian untuk Kem Bestari Solat hari sabtu nanti. Macam-macam ragam dan cabaran nak ajar murid-murid di sini solat. Kalau amali wuduk, setakat ni alhamdulillah. Yang amali solat tu susah sikit. Kena banyak bersabar.

Sepanjang 3 hari (isnin, selasa dan rabu), aku sangat berpuas hati dengan amali solat murid tahun 1. Sebab diaorang ni dengar kata dan tak banyak kerenah. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Suruh solat, ikut saja. Lega sikit hati ustazah-ustazah nak mengajar.

Yang masalahnya apabila mengajar murid-murid yang dah besar. Aduh...banyak kerenahnya. Suruh buat amali solat tak mahu. Kalau amali wuduk ok la. Diaorang masih boleh ikut. Tapi, bila tiba amali solat, suruh berdiri mengadap kiblat, ada yang mahu dan ada yang tak mahu. Buat don't know je. Kena suruh jugak sebab ini untuk kebaikkan diaorang. Biasanya murid perempuan ok. Dengar kata. Murid lelaki tu susah sikit. Ikut mood. Masa amali solat tu, memang mood tak baik la sebab kena paksa solat. Tu bukan solat betul-betul, cuma amali sahaja dah tarik muka. Hati ni dah sakit dah. Tahan je sabar. Ajar jugak seperti biasa. Memang dia ikut, tapi cincai-cincai je.

Tu la cabaran mendidik di sini. Kalau tak ada asas agama dan nak belajar tak apa la. Ni malas dan tak mahu pula. Proses tarbiah tu lambat sikit. Tapi tak pe la kan. Mungkin kena ambil masa barangkali. Lama-lama diaorang akan terbiasa. Aku hanya mampu berdoa je moga-moga Allah lembutkan hati diaorang yang tak mahu dan malas tu. Amin...

Jom layan gambar-gambar anak murid aku yang kiut-miut ni...=)









No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!