Friday, April 19, 2013

Anak didikku.

Asslaamualaikum...

Selain subjek Pendidikan Islam, aku jugak diamanahkan untuk mengajar Bahasa Malaysia tahun 1. Anak murid aku tak ramai. Semuanya empat orang saja. Tiga perempuan dan seorang lelaki.

Mengajar BM ni pada mulanya susah jugak sebab bukan bidang pengkhususan aku semasa di universiti dulu. Tapi, alhamdulillah lama kelamaan aku boleh melakukannya dengan baik.

Semasa mengajar pulak, sangat-sangatlah memerlukan kesabaran yang tinggi. Kadang-kadang suara aku meninggi jugak. Memang nakal-nakal diaorang ni. Dah nama pon budak-budak kan. Sabar je la. Jerawat pon dah banyak naik kat muka. Stress!

Paling aku tak tahan bila masing-masing mula bukak cerita. Penat aku nak melayan. Ada-ada saja yang nak diceritakan dengan aku. Sampai tahap aku cakap "dah..kita belajar pula". Hehe. Tapi aku hepi sebab tengok muka diaorang yang ceria tu. Comel-comel je. Alhamdulillah, setakat ni semua dengar kata cikgu.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!