Thursday, August 21, 2014

Guru pengiring bola jaring Karnival Bijak Prasekolah 2014.

Assalaamualaikum..

Kelmarin aku kena jadi guru pengiring murid2 pra sekolah ke pertandingan bola jaring sebab cikgu pra kena jaga budak2 lain kat sekolah. Tahun ni sekolah aku jadi tuan rumah untuk Karnival Bijak Prasekolah.


Ini antara pemain2 bola jaring sekolah sekitar Marudi. Korang bayangkan la ek budak 5-6 tahun main bola jaring macam mana. Haha. Dah la first time plak tu. Sesaper yang ada kat situ, masing2 akan sakit perut sebab banyak sangat ketawa. Memang klakar giler. Riuh rendah kat gelanggang cikgu2 bersorak. Cikgu yang excited lebih2.


Masa tengah main tu kan, ada yang aktif berebut bola n ada yang kaku berdiri kat situ je. Tegak macam patung. Takut2 nak berlari rebut bola. Bila cikgu masing2 bagi arahan supaya ambil n rebut bola tu, baru dorang bergerak. Paling teruk tu, boleh p bagi bola kat pihak lawan. Punggah!!! Habis semua pengadil n cikgu2 masuk campur. Hehe.



Yang tu PK HEM sekolah aku. Dia la yang latih budak2 ni main bola jaring. Bukan main semangat dia susun strategi.  


Akhirnya, alhamdulillah menang jugak team bola jaring sekolah aku. Menang tempat ketiga pun sebab lebih mata dengan pemenang tempat keempat. Kira ok la kan sebab first time dorang main. Tahniah cikgu ucapkan. Tahun depan kasi juara ok!


Walaupun masing2 keletihan, tapi tetap ceria bila cikgu ajak bergambar. Dorang ni kalau bab, memang tak mau kalah. Sama naik dengan cikgunya jugak. Hehe.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!