Sunday, August 10, 2014

Fish Fillet Sweet Sour..menu orang bujang.

Assalaamualaikum..

Dah lama tak main masak2 di hujung minggu. Dah lama stop sejak Ramadhan lalu. Maklumlah, tak berapa nak ada selera makan sebab baru baik demam dah masuk bulan posa plak. Posa2 bukannya makan banyak mana pun. Lebih suka beli je sebab nak elak pembaziran. Lagipun tinggal sorang2 ni, mana best makan kalau masak gempaq2 pun. Cukup la resepi simple2 macam ni. 



Bahan-bahan fish fillet :

Sepaket fish fillet.
4 sudu besar tepung gandum.
1 sudu besar tepung jagung.
1 biji telur.
Sedikit garam, lada sulah dan air.

Bahan-bahan sos : 

1 labu bawang holland.
3 ulas bawang putih.
1 biji cili besar.
Sedikit halia.
1 biji tomato *dipotong dadu.
Bunga kubis, lobak merah, sayur campur.
1 sudu besar sos tiram.
3 sudu besar sos cili.
Sedikit garam.
* resepi asal letak sos tomato jugak. Tapi aku tak guna sebab sos cili pun dah rasa masam.

Cara-cara membuatnya :

1- Satukan tepung gandum, tepung jagung, telur, lada sulah, garam dan bancuh dengan air sehingga
pekat.
2- Celup fish fillet dalam bancuhan tepung dan goreng sehingga kekuningan. Kemudian, toskan.
3- Kurangkan sedikit minyak tadi. Kemudian, tumis bawang holland, bawang putih, cili dan halia sehingga naik bau. 
4- Masukkan lobak merah dan bunga kubis. Kemudian, masak sehingga layu. Tambah sedikit air supaya tidak kering.
5- Masukkan sayur campur dan tomato. Gaulkan.
6- Masukkan sos cili, sos tiram dan garam secukup rasa.
7- Dah siap, tuang kuah sos tadi atas fish fillet.
8- Sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!