Thursday, October 3, 2013

Feri di Sungai Arang.

Asslaamualaikum..

Sebelum ni aku ada kongsikan tentang feri  Sungai Baram dalam entri lepas. Gambar pun jauh je kan. Tak jelas sangat. Ok...kali ni aku nak kongsikan lagi feri yang menjadi pengangkutan utama penduduk di sini bagi yang menggunakan jalan darat. Kebetulan masa tengah tunggu turn nak naik feri, aunty yang duduk sebelah aku nak turun p tandas. Jadi aku pun kena turun jugak la sebab aku duk tepi pintu. Masa tunggu aunty tu balik semula, aku pon jalan2 tepi sungai. Masa tu la aku amik gambar ni....


Korang nampak tak ada bot sebelah kiri tu. Ekceli masa ni enjin feri rosak. Jadi diaorang terpaksa guna bot untuk tolak feri tu supaya dapat gerak. Disebabkan tu jugak aku terpaksa tunggu 1 jam lebih untuk seberang sungai. Huh! Sangat la boring. Sempat tidur tau. 


Gambar atas ni plak aku amik masa perjalanan balik dari Miri. Masa ni feri tengah dok relax kat seberang sana sebab tak ada kenderaan. Jadi, bila nampak je 4x4 yang aku naik, terus terkedek2 datang. Hehe.

 
Yang ni pulak diaorang nak buat jambatan tak silap aku. Kalo ada jambatan lebih senang la orang2 Marudi nak ke Miri. Tak perlu naik feri bagai. Cuma feri di Sungai Baram je. 

Masa mula2 datang sini, memang agak terkejut jugak bila kena naik feri ni sebab tak terbayang pon fenomena macam ni. Tapi, nasib baik aku ni jenis yang tahan lasak n suka sesuatu yang baharu. So, tersangatlah excited kalo korang nak tahu. Huhu. 

So, sesiapa yang nak rasa pengalaman naik feri, naik 4x4 jalan berbukit-bukau, datang ler ke Marudi. Hehe. Ade beraniii???

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!