Friday, October 4, 2013

Kueyteaw ladna..sedap dan sihat.

Assalaamualaikum...


Kueyteaw ladna ni memang superbbbb tau!!! Sekali makan nak beribu2 kali. Tak caya? Korang try masak sendiri....meh nak ajar.

Mula2 sedia bahan dulu....

3-4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 kiub ayam Knor
2 biji telur
1 1/2 sudu besar tepung jagung *bancuh dengan air biasa
1 biji cili besar * dihiris
Kueyteaw (utk 2 orang makan) *perap dengan kicap n serbuk lada hitam
Isi ayam yang dihiris (terpulang pada korang..nak letak daging pon boleh)
Air secukupnya
Sayur sawi, kubis n lobak
Minyak untuk menumis
Garam n gula seckupnya

Langkah 1 : Goreng kueyteaw yang diperap tadi. Kena letak minyak skit sebab takut melekat plak.


Langkah 2 : Tumis bawang sehingga garing.


Langkah 3 : Masukkan isi ayam. Gaul2 skit bagi air ayam tu kering.



Langkah 4 : Then, masukkan air secukupnya. Agak2 sendiri la ye.


Langkah 4 : Dah masuk air tu, masukkan kiub ayam, batang sayur sawi, lobak n cili. Masukkan jugak garam n gula secukupnya. Pastu biar mendidih sekejap.


Langkah 5 : Masukkan sawi n kubis. 

 
Langkah 6 : Bila kuah dah mendidih tu, masukkan bancuhan tepung jagung tadi. Kacau2 sehingga pekat skit. Last skali masukkan telur.


Pastu dah boleh makan dah. See! Senang je kan nak buat. Rasa pon sedap sehingga mangkuk licin berkilat aku makan. Hehe.

Selain kueyteaw, korang boleh jugak makan dengan mi, yee mee atau nasi. Mana2 pun sedap. Selamat mencuba ye!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!