Tuesday, November 12, 2013

Cerita awal pagi tadi.

Assalaamualaikum...

Pagi tadi masa tengah tunggu nak masuk kelas, guru besar ada edarkan satu nombor kepada setiap orang guru. Jadi aku pun dapat jugak nombor tu.



Lepas tu, guru besar suruh berkumpul kat dewan serbaguna sekolah bersama murid2. Bila dah semua berkumpul, guru yang bertugas pon edarkan satu borang kosong kepada setiap murid ni.



Cikgu2 plak diarahkan untuk berbaris sambil berdiri macam ni kat depan dengan mengikut susunan nombor 1 hingga 20. 




Lepas semua cikgu berkumpul, murid2 pun diminta untuk tick tiga nama guru yang diaorang suka berdasarkan nombor yang dipegang. Ekceli, nombor2 tu nak memudahkan diaorang pilih sebab ada murid yang tak tahu nama penuh cikgu2. Pastu, ada jugak yang tak reti nak eja nama cikgu2 diaorang ni.  Maklumlah, nama panjang2 belaka. 

Biasanya murid yang tak tahu tu murid tahun satu la. Diaorang kebanyakkannya tak ingat nama cikgu. Suka2 hati je panggil Cikgu PJ (bagi cikgu yang ajar pj kelas diaorang) atau Cikgu Cina (cikgu yang ajar bahasa cina). Tapi nama aku diaorang ingat sebab senang sebut. Hehe. Tiga suku kata KV je "MA-SI-HA". Untung aku sebab masa lahir dulu mak aku letak nama pendek2 dan senang disebut.

Keputusan undian tu nanti akan dikira dan diumumkan masa majlis anugerah cemerlang malam khamis ni. Aku tak harap sangat pun menang. Tapi, kalau dapat tu dikira rezeki la. Hadiahnya barang tupperware tau.

4 comments:

  1. Hehe..mmg menarik pun..idea guru besar yu

    ReplyDelete
  2. ,enariklah cara ni.. hihi.. sape lah yang paling disenangi murid yer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nnt mlm baru tau kak...esok kalau ada ms sy update..hehe

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!