Wednesday, January 5, 2011

23 tahun sudah berlalu

Tanggal 16 Ogos 1987/ 21 Zulhijjah 1407H, aku telah melihat dunia bersama-sama adik kembarku. Aku dilahirkan 10 minit lebih awal daripada adikku. Alhamdulillah, kami dilahirkan secara normal dan sihat walafiat dengan berat masing-masing 3 kg (aku) dan 2.85 kg (adikku). Pada detik itu, maka bermulalah episod kehidupan aku dengan kembarku.
Kami mula bersekolah tadika pada usia 6 tahun, kemudian sekolah rendah selama 6 tahun dan sekolah menengah selama 5 tahun. Sepanjang persekolahan aku dan adikku belajar dalam bilik darjah yang sama. Memang tidak boleh dipisahkan. Maklumlah, kembar. Semua nak sama. Pergi ke sekolah bersama-sama, pulang dari sekolah, ulangkaji pelajaran; semuanya bersama-sama sehinggalah aku dan adikku di tahun ke-3 pengajian di UM. Bermula tahun pertama kami di universiti, kami mula berpisah kuliah sebab kami berlainan jurusan. Tetapi, kami tinggal di kolej kediaman yang sama pada tahun kedua dan lebih menggembirakan lagi, kami juga tinggal satu bilik selama 4 semester (pelajar bebas memilih bilik).
Kini, aku sendiri menjalani kehidupan di kampus tanpa ditemani adik kembarku. Pada awal semester, sukar juga bagiku untuk menyesuaikan diri. Sebelum ni, mana-mana aku pergi mesti adikku juga ikut. Dialah peneman dan dialah sahabatku. Disebabkan berlainan jurusan, adikku telah menamatkan pengajian lebih awal daripadaku. Alhamdulillah, sebulan kemudian, aku boleh menyesuaikan diri tanpanya di sisiku sehingga kini. Aku redha kerana suatu hari nanti kami terpaksa berpisah jua. Dia akan membina keluarga sendiri dan berkejaya, begitu juga aku. Selepas 23 tahun bersama, akhirnya kami akan membawa haluan masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!