Friday, December 3, 2010

Beli tiket


Lebih kurang jam 8.40 malam, aku mula bergerak menuju ke Hentian Duta menaiki kenderaan empat roda untuk membeli tiket balik ke kampung 6 haribulan nanti. Inilah pertama kali aku beli tiket di saat akhir. Kebiasaannya, lagi 2 hingga 3 minggu nak balik, aku dah beli. Mungkin sebab sekarang ramai pelajar IPT dah pulang ke kampung halaman masing-masing. So, aku tak perlu risau tentang kehabisan tiket bas.
Sampai saja di Hentian Duta, aku pun terus menuju ke kaunter tiket Mara Liner. Alhamdulillah tak berlaku kesesakan jalan raya sepanjang perjalanan. Tapi, abang yang kat kaunter rehat/solat pulak. Hampir sejam jugak aku tunggu. Sedang asyik menunggu, kawanku ternampak ada satu lagi kaunter yang jual tiket bas dari KL ke Pendang dan Kuala Nerang. Oh...itu lah bas ekspres baru yang sepupu aku selalu sebut. Bas Cosmic berwarna merah delima. So, aku pun ke kaunter tiket tersebut dan terus membelinya. Nasib baik ada kosong lagi pada hari tersebut. "Berapa harganya kak?", aku pun bertanya. "RM43 dik", jawab penjual tiket tersebut. Wah, murah sikit daripada Mara Liner! Cuma beza RM0.80 ja. Inilah 1st time aku naik bas lain selain Mara Liner pulang ke kampungku di negeri Kedah. Harap-harap semua berjalan dengan lancar.

Sorry yer Mara Liner. Bukan nak beralih kasih, tapi dah lama tunggu orang kat kaunter tak datang-datang jugak. So, aku pun beli la tiket bas lain. Dah memang rezeki company bas Cosmic.
Selama 7 semester aku belajar, hanya bas Mara Liner sahaja menjadi pilihan aku sebab ia satu-satunya bas ke destinasi yang paling dekat dengan rumah aku, Kuala Nerang. Uniknya bas ni, sebelum memulakan perjalanan, doa akan dibaca dengan tujuan perjalanan selama lebih kurang 5 hingga 6 jam selamat sampai ke destinasi.

TAMMAT


Tamatnya peperiksaan petang tadi, bermakna semester ke-7 pun dah selesai. Pelbagai dugaan dan cabaran yang telah aku tempuhi sepanjang 14 minggu kuliah (belum campur cuti). Suka dan duka bersama-sama rakan seperjuangan menimba ilmu di bumi UM membuat diriku lebih matang.
Selepas ni, aku akan bercuti selama 3 minggu. Masa cutiku akan aku habiskan di kampung. Bermula semula rutin kebiasaanku; mengemas rumah, cuci pinggan mangkuk, memasak dan sebagainya.
Di samping itu, sempena cuti persekolahan hujung tahun, memenuhi jemputan kenduri kahwin sudah menjadi kemestian. Kesedapan gulai kawah boleh membuatkan aku jadi mengidam. Ditambah pula dengan batang pisang (bahagian dalam batang yang lembut) yang dicampur dengan gulai daging, membuatkan sesiapa pun tidak akan melepaskan peluang menikmatinya sebab time kenduri kendara sahaja dimasak sebegitu. Nak masak harian kat rumah, alamatnya kempunan la. Bukannya apa, kena rajin banyak. Nak tebang pokok pisang lagi, nak proses ambil bahagian dalam batang yang lembut tu, memang amat-amat menguji kerajinan seseorang. So, bila ada jemputan kahwin, jangan lepaskan peluang ye. Perlu diingat, menghadirkan diri ke kenduri jiran merupakan satu kewajipan kita selain dapat mengeratkan silaturrahim sesama jiran tetangga.

Wednesday, December 1, 2010

Jom jadikan amalan


Minggu terakhir kuliah yang lepas, pensyarah aku telah memberi sedikit tazkirah atau dikatakan juga perkongsian ilmu yang bagiku cukup bermakna. Pensyarah aku namanya Dr Lukman seorang pensyarah di Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Orangnya kecil molek dan berasal dari Kelantan. Kata beliau : "Kita beri tazkirah sikit la sempena hari jumaat ni". Selepas mendengar katanya, kami semua tersenyum senang. Teruja kali.
Di sini aku dengan senang hatinya nak berkongsi dengan anda semua tentang apa yang aku dapat pada hari tersebut. Antara perkongsian yang diberi oleh ustaz ialah tentang amalan membaca surah al-Waqiah dan juga surah al-Kahfi :

1. Membaca Surah al-Waqiah di setiap malam Jumaat. Fadhilatnya, dia akan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.

2. Membaca Surah al-Kahfi selepas solat subuh pada tiap hari jumaat. Fadhilatnya, mukanya akan berseri-seri sehingga jumaat akan datang.

Walaupun, hanya sekelumit cuma, aku harap perkongsian ini akan memberi manfaat kepada semua. Sama-samalah kita menjadikan ia satu amalan harian disamping bacaan-bacaan ayat al-Quran yang lain, yang mana ianya mempunyai pelbagai keistimewaan.