Friday, May 16, 2014

Happy Teacher's Day.

Assalaamualaikum..

Ni namanya keje syok sendiri. Hari guru, tapi guru yang meraikan diri sendiri. Kira ok la tu kan. Saja nak hepi2. Hehe.


Nah kek sebijik. Kecik je. Ada la dalam 18 hinggit. Cukup la untuk 10 orang makan. Lagipun tak suspek ramai cikgu yang datang sekolah petang tadi sebab biasanya hari jumaat memang tak ada cikgu yang datang buat keje kat sekolah.


Ha! Ini je la yang ada. Kebetulan guru besar ada masa ni. Jadi meriahlah sikit parti kecil-kecilan petang tadi. Huhu. 


Tengok! Berebut-rebut nak potong kek. Haha. Sesi bergambar tak gempak la kalau tak buat gimik potong kek tu. Ekceli masa aku n kawan2 sampai kat sekolah, GB ingat kitaorang nak celebrate birthday. Hehe. 


Dah potong kek tu..tunggu apa lagi. Bedal la!!! Haha.


Sempat la snap beberapa gambar sebagai kenangan. Huh! Menjadi jugak plan on the spot kitaorang. 


Sebelum terlambat, aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar pendidik. Semoga kita terus sukses dalam mendidik anak bangsa.

"Guru : Pencetus kreativiti, penjana inovasi".

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!