Monday, March 3, 2014

MSSR Baram 2014.

Assalaamualaikum...

Hai allz! Jumaat n sabtu lepas telah berlangsung pertandingan bola keranjang daerah. Alhamdulillah dah selesai semua. Sekolah aku antara wakil Zon Baram Hilir.


Hari pertama aku ditugaskan sebagai penjaga masa. Mula2 tu aku memang takut. Maklumlah, ni first time aku terlibay dengan bola keranjang. Dah la format game tu aku tak tahu. Kalau silap naya budak2. Hehe. Tapi alhamdulillah cikgu sekolah banyak membantu.


Yang paling excited tu masa game berlangsung. Ditambah lagi dengan ketangkasan pemain, memang best sangat. Ada jugak match yang sangat sengit. Masing2 hebt bermain. Aku yang dok atas stage pun excited sampai tepuk2 tangan n menjerit nama pemain. Hehe. Hilang habis keayuan aku.


Gambar atas ni ialah skor Zon Baram Hilir bertemu Zon Tutoh Apoh pada hari kedua. Uishhh..memang hebat la. Perbezaan banyakkk kot. Sanggup aku datang sekolah semata-mata nak sokong pemain zon aku. Haha.


Habis je game petang tu aku balik rumah sebab dah nak masuk waktu maghrib. Lepas solat maghrib tu hati aku tak tenang. Nak jugak pegi sekolah tengok final. Tanpa berfikir panjang aku terus siap2 n datang ke sekolah. Hehe.


Memang berbaloi aku datang sekolah malam tu. Seronok sangat tengok budak2 main masa final. Sampai aku terbangun sambil tepuk tangan bila budak aku shoot bola. Hahaha.



Alhamdulillah Zon Baram Hilir juara bola keranjang MSSR 2014.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!