Thursday, March 13, 2014

Aktiviti Kelab Seni Visual.

Assalaamualaikum guyz..

Petang kelmarin Kelab Seni Visual sekolah telah mengadakan aktiviti mencipta origami berbentuk haiwan. Dalam masa 1 jam tu, kami hanya menyiapkan 2 jenis haiwan je iaitu siput n pinguin. Maklumlah, murid ramai kan. Sana sini panggil minta tunjuk ajar. Tak menang tangan cikgu. Nasib baik ada kawan aku sama2 tolong. 

Ekceli, kawan aku yang bg idea nak buat origami untuk aktiviti gerko petang tu. Dia la yg beri tunjuk ajar. Aku cuma guide murid2 je. 


Tengok tu..betapa khusyuknya diaorang tengok kwn aku buat demo. Huhu


Ada yang blur2 je bila kawan aku tunjuk cara lipatan..hehe. 


Yeay!!!! Akhirnya berjaya jugak. Sori ye pinguin sekor lagi tu dah tumbang kena tiup angin.


Habis buat pinguin diaorang buat siput plak. Sampel origami siput kat bawah ni cikgu2 diaorang ler yang buat. Ehem..amacam? Jadi dak?


Haaaa..yang ni plak hasil kerja murid. Kitaorang kumpul untuk pameran hujung tahun nanti.


Disebabkan terlampau khusyuk buat origami, tak sedar masa nak habis dah. Ada tu plak kawan2 dah balik, dia masih nak buat lagi. Siap minta tolong cikgu ajar. Bila dah dapat tu baru puas hati. Ok dah boleh balik dah. Hehe


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!