Assalaamualaikum...hai guys!
Pagi td aku ada kelas LINUS jam 7.20 pg selama satu jam. Sebelum tu aku ada kelas bimbingan utk LINUS jugak. Lepas habis kelas awal pagi tu aku saja rehat2kan diri aku ni. Mana tak. Pagi2 terpaksa hadapi kerenah diaorang yang macam2 tu. hermmmm...
Sambil aku rehat2 tu, layan ngantuks budak2 LINUS aku masuk sorang demi sorang. Aku still relax2 lg. Nak bagi diaorang cool bah. Kalo terus belajar, nnti diaorg tunjuk fiil taknak belajar. Nak main. Ke sana sini ukur keluasan kelas tu. Pada masa yang sama aku ajak jgk dioarg borak2 dulu. Pada masa tu ternampak la sorang budak ni keluarkan pensil dan tunjuk kat kwn2 dia. Kununnya nak tayang pencil case dan pensil la. Tetiba ada sorg lagi budak jerit. Eh!!! Itu pensil cikgu. Aku tanya, cikgu apa. Diaorang kata, itu...itu...(budak tu telor nak ckp BM) pensil CIKGU STEM UP! Ha!!!!!!!! Ternganga aku u olls. Aku ulang tanya lg. Nak make sure betul ka apa yang aku dengar. Banyak kali gak aku tanya. Lastly aku dpt tangkap apa yang diaorg sebut. Rupa2nya..."Stand Up". Hehe..Pastu lak, diaorang siap bangun sambil kata "stand up, good morning teacher!!!" dengan penuh semangat wooo...
Diaorang ckp itu pensil CIKGU STAND UP. Ketawa aku dibuatnya. Ye la. Seingat aku mana ada cikgu nama mcm tu u olls. Aku pon amik la pensil tu dan belek membelek kat pensil tu. Maka terjumpa la sticker nama "CHONG"...Oh...rupa2nya CIKGU CHONG HUI NA. Memang patut la diaorang ckp Cikgu Stem Up. Cikgu tu ajar english dlm kelas diaorang...hehe. Macam2 la budak2 aku ni. Klo nakal tu, boleh pening cikgu. Skali kluar aksi mcm pg td, ketawa2 cikgu. So sweet!!!!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!