Thursday, September 20, 2012

Cikgu Masiha jadi raksasa!!!

Assalaamualaikum guyz...good morning!

Korang baca tajuk entri aku tak rasa gerun ke? Hahaha. Tak perlu gerun la kan. Walaupun aku tah bertukar jadi raksasa,tp still ayu comel2 gitu kan..haha. Boleh blah! Masuk bakul angkat sendiri.

Alkisahnya begini u all...setiap pg aku ada program anak angkat. Kelas bimbingan untuk budak2 linus. Tak ramai pon budaknya. Tp, kerenah tu terrrrrlalu banyak u all. Setiap hari mesti aku tension. Cam mana la nak buat diorang dengar ckp cikgu diaorang nih. Hermmmm....

Pagi tadi aku terpaksa bertempik lagi. Diaorang tak nak dengar arahan aku. Mintak bukak buku pun boleh ambil masa berminit-minit. Mana tak hangin. Aku bercakap, diaorang pun bercakap. Bersemabang. Ada saja cerita yg nak bgatu kawan2. Budak kumpulan 2 ni yg ada masalah cenggini. Kumpulan 1 alhamdulillah. Dengar kata. Seawal jam 7 pagi aku dah macam tu. Naik hangin btol. Adoii...lama2 macam ni boleh cepat tua maaa.. Muka pun cepat berkedut sebab tension!!!!

Penat tu tak usah kira la. Tiap2 hari balik sekolah, mata cepat kuyu je. Kadang2 tak perlu tggu balik umah, dalam kelas pun boleh meliuk lintuk kepala aku ni. Sampai satu tahap tu dah tak larat nak buka mata wooo...dahsyat betul kan. 

Penat layan kerenah budak2. Dah nama budak tahun 1, mesti nakal. Suka berlari-lari dalam kelas. Buat bising. Main itu. Main ini. Cikgu diaorang dah tak larat u all. Tapi, nak buat macam mana, tugas aku macam tu. Walaupun penat, walaupun terpaksa jadi raksasa, tugas tetap aku jalankan seperti biasa. Mendidik memerlukan kesabaran yang sgt tinggi klo situasi murid macam ni. Alhamdulillah, aku dapat control stress aku. Kalo tidak dah lama aku masuk hospital bahagia u all. Hahaha.

2 comments:

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!