Thursday, August 2, 2012

Sekolah aku dekat dengan airport.

Assalaamualaikum...

Hai semua...pertama kali aku masuk mengajar di SJK Chung Hua, Marudi aku berasa lega sebab tak ada gangguan bising kenderaan-kenderaan yang lalu lalang berhampiran sekolah. Aman sikit masa mengajar. Tak sama masa aku praktikal dulu. Bangunan bilik darjah yang berdekatan jalan raya, mesti terganggu dengan bunyi bising kereta, bas, lori dan motor. Kena kuatkan suara lawan bunyi bising.

Walaupun tak ada gangguan bunyi motor, bas, lori dan kereta, tapi ada gangguan bunyi benda lain lak. Bunyi enjin MAS Wing! Tiap-tiap hari dapat dengar bunyi enjin MAS Wing sebab sekolah aku dekat dengan airport. Jadi, jarak MAS Wing dengan bumbung sekolah hanya beberapa cm je. Betul-betul hampir dengan bumbung sekolah. Dah setiap hari dengar, lama-lama aku dah biasa.


sumber google

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!