Tuesday, August 7, 2012

Eeerrrrkkkkkk!!!

Assalaamualaikum and good morning guyz...

Sekarang ni dah jadi tabiat plak bila nak call mak, mesti kol 7 malam lebih minit-minit gitu. Maksudnya lepas berbuka+solat maghrib+baca quran la sebab time tu mak aku dah siap masak memasak. Jadi, bila aku call mak aku sempat jawab. Tak kalut-kalut kat dapur.

Pastu, dengar je suara mak aku bagi salam, "errrrrrrrrrrrkkkk". Haha. Tak senonoh betul punya anak. Mak aku gelak je. Bukannya apa, saja aku nak eksyen. Boleh la aku eksyen macam tu sebab kat Marudi berbuka awal. Jam 6.43 petang dah masuk maghrib. Itu yang best berpuasa kat sini. Puasa kejap je dah berbuka.

Then, hari lain pun sama jugak. Cuma kali ni intronya lain skit. Aku terus baca doa selepas makan. Haha. Mak aku cakap : "Ang memang la. Setiap kali talipon, mesti macam tu. Buat-buat kenyang".

Dah habis eksyen, baru aku tanya, mak masak apa. Ayah mana. Biskut raya dah buat ka. Bla...Bla...sampai la mak aku kena tamatkan perbualan. Ada je topik nak borak.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!