Sunday, February 6, 2011

Jantung Pisang Goreng Berlada




Cuti semester yang lepas, teringin nak makan jantung pisang goreng sebab ternampak ayah amik kat belakang umah. Boleh dijadikan menu tengah hari...sayur-sayur lain aku tak berapa nak makan...so, pertama kali cuba makan yang ini, terus jatuh cintan...huhu



RESEPI JANTUNG PISANG GORENG BERLADA :
Sumber : Masiha

BAHAN-BAHAN :

  • 1 biji jantung pisang - dihiris nipis2 (direndam dalam air supaya tidak menjadi hitam)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • Sedikit garam

BAHAN TUMBUK :

  • 2 ulas bawang merah
  • 3 tangkal cili padi
  • 1 genggam ikan bilis

CARA-CARA :

  • Tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
  • Masukkan jantung pisang yang telah dihiris.
  • Perasakan dengan garam.
  • Setelah masak, angkat untuk dihidangkan.

2 comments:

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!