Wednesday, September 25, 2013

Klip rambut dwi-fungsi.


Assalaamualaikum...

Aku sendiri pon tak sangka klip rambut yang kecik molek ni boleh digunakan dalam pelbagai fungsi. Biasanya, klip rambut dah tentu untuk hiasan di kepala je kan. Tapi, masa bangun pagi tadi tetiba ternampak ni.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Aduh...boleh buat tempat gantung pemotong kuku rupanya....dalam kepala ni dah pikir mesti keja si budak Fathin (anak murid aku) tu sebab dia ada main kat kawasan bedak2. Yang aku ni dah seriau kot takut bedak arab tu jatuh n pecah. Mau nangesssss okeh! Tapi kreatif jugak Si Fathin tu.

Tuesday, September 24, 2013

Resepi simple memasak charkueyteaw.

Asslaamualaikum...

Kali ni aku nak kongsikan satu resepi charkueyteaw yang sangat mudah n cepat...resepi daripada kawan kepada housemate aku...sekali sekala ubah selera apa salahnya kan..hehe. Kalo rasa malas nak kuar ke gerai, boleh masak sendiri. Rasa pon boleh tahan jugak. Tapi, tak la setanding yang kat gerai tu sbb tak der kicap charkueyteaw..

Sekarang, meh semak bahan2 dulu ok...

2 sudu besar cili boh.
1 biji telur.
4-5 ekor udang (utk satu hidangan@sorang makan).
Bawang putih n bawang merah utk menumis (bwg putih mesti banyk sikit drpd bwg merah)
Segenggam kueyteaw.
Taugeh, daun kucai, garam n gula sesedap rasa, kicap skit dan minyak utk menumis.
* kalo nak letak kerang pon boleh jugak. Tapi mesti rebus dulu la n kopek kulit...

Dah habis senarai barang, boleh ler masak...charkueyteaw ni kena masak skit2 baru sedap. Tak boleh masak banyak2 terus...nanti tak kaw...

Langkah 1 : Mula2 tumis bawang sehingga naik bau. Then, masukkan cili boh n gaul2



Langkah 2 : Masukkan air sesuka hati korang...biar mendidih sekejap.



Langkah 3 : Masukkan ler udang pat lima ekoq...masukkan kicap skit. pastu masak sekejap.



Langkah 4 : Masukkan kueyteaw...


....daun kucai n taugeh masukkan gak...



Langkah 5 : Pecah telur n kacau bagi telur hancur. 



Bila dah masak n puas hati rasa semua cukup, boleh la dihidangkan...selamat mencuba ok!


Friday, September 20, 2013

Cara mudah kemaskini iOS7.

Assalaamualaikum...

Baru2 ni Apple telah melancarkan produk baru iaitu iphone5c dan iphone5s bersama-sama dengan iOS7. Setiap kali ada produk baru kuar aku sebagai peminat tegar Apple tersangatlah excited nak miliki salah satu daripada iphone tu. Sejak tahun lepas lagi aku dah letak target 2013 mesti ada satu iphone. In sha Allah jika ada rezeki akan ku kaut satu iphone5s gold. Cewah!!! Hehe. Kena tunggu balik semenanjung dulu la..sini mana ada...huhu.

Dan semalam jugak Apple telah release iOS7 kepada umum secara rasmi. Kalo nak lebih info, korang baca kat sini. Mana2 pengguna Apple sama ada iphone, ipad atau ipod dah boleh kemaskini gajet masing2 ke iOS7.

Patut la malam semalam ramai kawan post kat fesbuk yang dah update iOS7. Bila pegi sekolah pagi tadi pon kawan aku tunjuk ipad mini dia dalam iOS7. Aisemen...dah tentu aku rasa tercabar weh. Terus amik ipad n update guna wifi sekolah. Hehe. Bila asyik error saja, petang pulak sanggup pergi ke sekolah semata-mata nak update iOS7 ni. Jam 5 petang baru balik tau. Alhamdulillah...berjaya juga akhirnya. Syukur!

Macam mana nak update? Eh, senang je. Meh sini aku ajar serba sedikit cara nak update...Tapi make sure wifi anda laju selaju-lajunya supaya korang tak perlu tunggu lama2. Paling cepat sejam kena tunggu...pastu pastikan bateri tip top..jangan dok nyawa2 ikan tunggu nak mati je okeh!

Mula2 bukak setting dulu...then, pegi kat general n klik software update.



Dah klik software update tu, klik download n install. Then, tunggu la dia update sampai habis. Bila dah habis, korang ikut la step by step yang apple suruh untuk hidupkan iOS7 tu...hehe.

Dah settle semua...maka home lama yang tak berapa macho ni....



.....akan berubah jadi tersangatlah macho....






Selamat mencuba ok. Peace no war!