Thursday, September 19, 2013

Tips : Guna kerusi elak sakit tumit semasa iron baju.

Assalaamualaikum...

Walaupun aku ni perempuan a.k.a anak dara...(ehemmm..), tapi tak la rajin sangat bila masuk bab iron baju kerja sebab kena berdiri dalam masa yang lama. Aku ni kalo berdiri lama2, mula la sakit tumit. Bila sakit, mula la malas....huh!

So, nak elakkan diri aku malas tahap cipan, aku pon cari altenatif baru supaya tumit aku tak sakit berdiri lama-lama. Kebetulan ada kerusi merah ni kat umah sewa n terus amik bawak masuk dalam bilik. Sekarang ni kalo nak iron baju aku duduk la atas kerusi tu. Tumit kaki pon dah tak sakit2 lg.



Tuesday, September 17, 2013

Floral Mask by Dian Pixy

Asslaamualaikum..hai guyz!

Sebenarnya aku bukannya rajin sgt pon bila bab penjagaan muka ni. Apatah lagi muka aku yang banyak sgt white head n black head. Dulu memang rajin jgk aku buat mask guna putih telur n kapas muka, tapi tak la seminggu 2-3 kali. Mungkin setahun 3-4 kali je. Hahaha..nampak tak kerajinan aku di situ. 

So, sekarang aku dah jumpa satu produk yang sgt berkesan untuk buang white head n black head tu. Nak tau produk apa....tada!!!!! Floral Mask dari Dian Pixy...memang sgt2 berkesan...


Apa yang lebih best Floral mask ni kaler purple...bila pakai bau wangi je...kalo nak cuba boleh order kat sini k..

Thursday, August 1, 2013

Bubur pedas.


Assalaamualaikum...
Salam 23 Ramadhan! Di harap anda semua berada dalam rahmat Allah. Sama-samalah kita mencari malam lailatul qadar.

Dua hari lepas, ketika menunggu untuk berbuka puasa, datang seorang ibu kepada anak murid aku ke rumah. Suprise gitu! Rupa-rupanya dia datang nak bagi bubur pedas untuk juadah berbuka. Orang kat sini biasanya suka sebut perkataan "sedekah". Soalan yang dia tanya, pandai tak makan bubur pedas. Aku biasalah, bagi jawapan selamat, penah makan. Hehehe.

Bubur pedas ni memang makanan tradisi orang Sarawak. Tahun lepas first time aku makan. Hurmmm...not bad. Tapi biasalah, tekak aku susah nak terima makanan ni sebab banyak sayur. Haha. Dah aku ni jenis yang spesis kureng makan sayur. Bukan tak makan sayur...kureng makan je. 

Nak masak bubur ni kena guna rempah khas macam laksa Sarawak tu. Kalo kat sini, di bazar Ramadhan ada jual. So, sesiapa yang nak try, p cari kat bazar ok!