Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan 1434H.

Assalaamualaikum...

Hai guyz! Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah syukur pada Allah sebab masih diberi peluang untuk menikmati Ramadhan pada tahun ini. Dan tahun ini juga merupakan Ramadhan kedua aku di Sarawak. Aduh! Rindu suasana berpuasa bersama keluarga tercinta dan sahabat-sahabat handai semasa study di UM dulu. Sungguh-sungguh rindu. 

Ketika itu, nikmat Ramadhan terasa sangat apabila sama-sama iftar jamaie di masjid dan jugak di kolej kediaman. Kemudian menunaikan solat sunat terawih bersama. Allah! Rindu! Betullah kata orang bahawa perkara lalu adalah kenangan.

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat meningkatkan dan men'top up'kan amalan-amalan mulia di bulan yang penuh barakah ini. Tanamkan azam bahawa setiap amalan yang kita lakukan akan berterusan sampai bila-bila, bukannya di bulan Ramadhan sahaja. Amin..

Monday, July 8, 2013

Kisah si kembar selepas graduat.


Assalaamualaikum...

Hai guyz! Sedang tengok2 fesbuk tu, terjumpa la gambar aku n kembar berkonvo. Huh! Tetiba memori lama muncul kembali. Hehehe. 

Sejak lahir sampai la study kat UM pernah sekali je terpisah lama dengan kembar aku ni sebab dia kena mengikuti PLKN selama 3 bulan. Ya ampun! Serius boring tahap cipan. Maklumlah selama ni buat apa pun berdua, pergi mana pun berdua. Nak kuar pekan pon tak perlu ajak geng sebab aku dah ada geng sejak dalam perut mak lagi. Hehe.

Lepas dapat offer sambung blajar kat asasi UM Nilam Puri, Kelantan, mula2 adik aku tak nak pegi sebab dia dapat kos usuluddin dan aku pulak pendidikan Islam. Aku yang dengar ni terus rasa sedih. Lepas mak n mak sedara aku bagi nasihat dan dorongan, akhirnya adik aku batalakan hasratnya untuk tidak pergi. Yahuuuuu!!!! Tak perlu aku pisah dengan dia. 

Habis 2 tahun, kitaorang sambung degree di universiti yang sama jugak. Cuma negeri je yang lain iaitu KL. huhu. Cabaran..cabaran...maklumlah bandar..!!! Lepas tahun pertama aku dah mula terfikir bahawa suatu masa nanti aku akan terpisah jugak terutama salah seorang sudah berkahwen. Hehe. Kena ikut suami daaa...

Walaupun sekarang kitaorang dipisahkan dengan Laut Cina Selatan, tetapi tetap berhubung setiap hari. Paling banyak pon kitaorang akan chat di imsg. Pastu kan, klo aku cuti sekolah, dia pon sibuk2 nak balik jugak. Nasib baik husband dia benarkan. 

Saturday, July 6, 2013

Anugerah perkhidmatan cemerlang.

Assalaamualaikum...

Hai selamat malam semua. Pagi tadi dengan segala hormatnya aku diminta untuk menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang a.k.a APC. Tetapi bukan sebagai penerima anugerah, hanya diberi tugas bahagian hadiah je. Hehe. Mana tau kot2 berkat pegang dulang, tahun-tahun akan datang aku plak dapat anugerah tu kan. Amin...hehe.