Thursday, May 17, 2012

"TOK PEK".


Assalaamualaikum warahmatullahi wa barakaatuh…
Meh sini kakak, abang, adik, pak cik, mak cik, uncle, untie semua. Aku nak story skit. Bukan nak mengumpat ye. Jangan salah faham pulak. Just nak kongsi satu kisah tentang jiran aku ni. Sama-sama kita ambil pengajaran ye.
Ceritanya begini. Satu hari, time matahari terpacak atas kepala, kiranya tengah hari gitu, jiran aku ni datang la rumah. Nak beli minyak angin. Sambil-sambil tu bukak la cerita itu, ini. Maklumlah, adat bertandang, tak berbual tak sah la kan. Lepas satu cerita, cerita lain pulak yang keluar. Ntah bila nak habis pun tak tahu la.
Dalam dok ber’gebang’ sakan tu, keluar la cerita pasal orang gelar dia “tok pek”. Sebab apa? Sebab kaki dia “cepek”. Itu mengikut loghat orang utara. Atau dalam bahasa buku pulak, “tempang”. Kiranya macam sesi luahan perasaan la. Dia kata setiap kali orang panggil dia macam tu, dia hanya diam je. Tapi jauh di sudut hati, orang tak tahu. Kadang-kadang terasa hati juga dia. Dah nama pun manusia kan, mesti ada hati dan perasaan. Tahu rasa tersinggung, malu, sedih.
Bagi aku la kan, mungkin ada orang rasa menggelar si polan itu, ini sebagai satu perkara biasa. Sekadar gurauan barangkali. Ya. Aku akui bergurau tak salah. Sebab gurau senda boleh menceriakan hidup kita. Betul? Tapi yang salahnya kalau gurauan tu boleh melukakan hati orang lain. Kalau nak gelar orang sekalipun, berilah gelaran yang baik-baik. Yang elok-elok. Yang manis-manis dan yang sedap didengar. Cuba kita mencontohi Rasulullah SAW. Baginda menggelarkan sahabat-sahabat Baginda dengan gelaran yang baik-baik je, antaranya Saidina Umar r.a. yang digelar al-Faruq. Saidina Abu Bakar r.a. yang diberi gelaran as-Siddiq. Begitu juga dengan isteri Baginda sendiri iaitu Saidatina ‘Aisyah r.a. yang digelar ‘Humaira’ (kemerah-merahan). Malah Rasulullah SAW sendiri digelar al-Amin kerana sifatnya yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah.
Itulah akhlak Rasulullah SAW yang patut kita contohi. Beri gelaran yang baik-baik je kat orang. Jangan dok gelar orang pelik-pelik. Maksudnya pun bukan baik sangat. Bertambah dosa lagi ada la. Takut tak sempat nak mintak ampun kat si polan tu. Tak aman dalam kubur nanti. Nauzubillah


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!