Thursday, June 28, 2012

"Cikgu tak ada rambut ka?"

Assalaamualaikum...

Sedar tak sedar, dah tiga minggu aku kat sini. Pada mulanya, aku ingat nak balik je. Susah nak sesuaikan diri dengan keadaan di tempat baru. Alhamdulillah. sekarang aku dah mula membiasakan diri dengan suasana tempat baru.

Ok guys...mengajar budak-budak sekolah rendah saaaaaaaaaaaangat memerlukan kesabaran yang tinggi. Lagi-lagi la kelas pemulihan. Waaaaa....banyak penat maaaa. Dalam kelas berlari-larian. Main sana. Main sini. Sikit pun diaorang tak takut aku sebagai cikgu. huhu. Kering tekak tu perkara biasa sebab banyak bercakap.

Tugas aku sekarang bertambah lagi. Aku kena mengajar kelas tambahan untuk program LINUS (pemulihan). Hari isnin dan selasa setiap minggu bermula jam 2.30 - 4.00 petang. Penat memang penat. Tapi memikirkan tanggungjawab aku sebagai pendidik. Aku ikhlaskan hati. Yang penting diaorang boleh membaca dan boleh menulis. 

Minggu ni aku mula mengajar budak-budak LINUS kumpulan satu. Nakal tu perkara biasa la. Budak-budak kan. Pastu sikit tak takut dengan aku. Aish...hairan maaa. Pada masa tu jugak, ada la sorang murid aku ni. Perempuan. Manisha namanya. Tau dia tanya apa kat aku? "Cikgu tak ada rambut ka?" amboi...!!! suka hati cakap cikgu tak ada rambut ya...aku senyum je. Aku pun jawab..."cikgu ada rambut la". hahaha. Dia tanya aku macam tu sebab aku kan pakai tudung. Mungkin dia ingat cikgu Masiha tak ada rambut kot. Kena pakai tudung sebab nak tutup kepala aku yang botak. haha. Hai....macam-macam la budak-budak ni.  

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!