Saturday, August 30, 2014

Sambutan kemerdekaan peringkat sekolah.

Assalaamualaikum..

Malaysia..Di sini lahirnya sebuah cinta..
Itu tema kemerdekaan pada tahun ni..
Dah 57 tahun negara Malaysia merdeka..
Syukur alhamdulillah negara kita masih aman dan damai..


Sambutan kemerdekaan kelmarin, aku diberi tugas sebagai guru pengiring pra sekolah. Lau shí dorang amik CRK plak. Jadi, pengarah program cakap dia letak nama aku sebab tengok aku suka bila kena relief or sit in di pra sekolah. Hehe. Tu alasan dia bila aku tanya kenapa letak nama Masiha??


Acara bermula dengan menaikkan bendera Malaysia n bendera negeri Sarawak sambil menyanyikan lagu Negaraku n Ibu Pertiwi. Masa nyanyi lagu Negaraku, ok la..memang semangat menyanyi. Tapi, bila time nyanyi lagu Ibu Pertiwi, ngeeee..terus senyap sebab tak reti nak nyanyi la lagu negeri Sarawak. Dah 2 tahun lebih kat sini, tapi masih tak hafal2 jugak. Memang slow!


Perarakan kami akan dieskot oleh abang2 polis trafik Marudi. Abang polis dapat sijil sebagai tanda penghargaan dari pihak sekolah. Abang polis control macho tu. Haha. Mampusss aku kalau abang polis terbaca apa yang aku tulis nih..


Lepas acara penyampaian sijil tu, kitaorang pun meneruskan acara yang seterusnya iaitu perarakan kemerdekaan di sekitar Pekan Marudi. Aku macam biasa la. Jalan depan sekali sebab ikut budak2 pra ni ha. Untung2 dapat la muka aku masuk paper sebab masa ni wartawan pun join jugak. Hehe.


Yeah!! Masa ni PK HEM aku kata, hari ni jalan raya kita yang punya!! Haha. Budak2 ni kemahin hepi..cikgu dorang pun sama jugak. Huahua..


Sempat jugak ler aku merasa femes macam selebriti. Hehe. Ramai orang yang kat pekan tu pakat2 ambil gambar kitaorang. Ada jugak yang naik keta, berenti, snap gambar kitaorang. And aku..control..control..haha.


Hampir separuh jugak Pekan Marudi kami lewati sambil melaungkan merdeka.!! merdeka!! Ntah faham ke tidak budak2 ni maksud merdeka tu. 


Hari biasa tak berani aku jalan kat tengah2 jalan raya tu. Mau kena langgar dengan keter. Dah la keter kat sini besaq2 gedabak. Kes naya wooo!!


 Nun jauh di sana kelihatan rumah "banglo" aku tersergam indah. Haha. Berangan kaya!!


Lautan api sanggup ku renangi..gunung-ganang sanggup ku daki. Ehemm..sesaper yang naik bukit tinggi kat sebelah sekolah aku ni memang akan semput. Betapa tingginya bukit ni hanya orang yang penah daki je tau. Tapi, aku tak la..relax je. Hari2 pegi sekolah turun naik tangga..22 anak tangga sekolah n 19 anak tangga rumah. Ha...!! Kau hader?? 


Setengah jam lebih jugak la jalan2 makan angin, baru sampai sekolah. Masa ni matahari dah mula meninggi. Masing2 kehausan. Nasib baik budak2 pra tak buat perangai. Ada la 2 ke 3 orang kasut tercabut..


Sampai je sekolah, semua pakat minum ayaq. Nampak sangat dorang ni haus. Apa2 pun memang best la perarakan tadi. 


Cikgunya pun boleh kurus sikit. Jalan2 tadi boleh terbakar lemak2 kat dalam badan ni. Lain kali boleh buat lagi cenggini. Hehe. Cikgu suka!!!


Then, kami pakat menyanyi lagu-lagu patriotik reramai. Certengok betapa semangatnya dorang ni sebab ada kondukter yang semangat jugak. Aku ler teww..Hehe.


Sempat lagi bebudak ni main ye. Aderrr..Annessa..Syasya..apa la yang korang main tu..susun botol air bagai. Siap nak cucuk bendera tu plak..


Program ni diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang2 pertandingan mewarna Jalur Gemilang. Tiba2 ada sorang budak tanya denga muka sedih.."kenapa saya tak dapat hadiah"..aderrr..macam mana nak dapat sebab dia tak masuk contest tu. Kesian plak bila tengok muka dia macam tu. Tak dapek cikgu nak nolong..


Dah habis semua, aku bawak masuk semula budak2 ni dalam kelas dorang. PPM hidang nasi lemak n air bunga. Kemahin hepi dorang dapat makan nasi lemak. Hehe. Masa nak makan pun riuh rendah jugak. Pakat2 cari "perempuan" "lelaki". Erk!! Dorang ni buat hal lagi. Cikgu apa lagi, terpaksa la jadi raksasa hijau. Haha.

Nak tau apa yang "perempuan" n "lelaki" tu? Okkk..kalau korang beli minuman kotak kan, certengok kat bawah kotak tu. Kalau ada garis warna-warni tu, perempuan, maksudnya untuk perempuan n kalau ada garis2 warna hitam tu lelaki, untuk lelaki. Hehe. Aderrrr!! Macam2 la budak2 ni.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!