Saturday, August 9, 2014

Ni la namanya orang perempuan.

Assalaamualaikum..

Orang perempuan kan memang tak boleh jalan sesama dengan orang perempuan. Nanti ada la benda yang di"kaut". Haha.

Yup! Memang la tak semua orang perempuan macam tu. Ada jugak yang boleh tahan nafsu dan ada jugak yang tak boleh. Contohnya macam aku ni ha. Huahua..


Pantang nampak kasut yang comel sikit. Mula la nak menerai. Menerai saja tak per gak. Ni siap "angkut" sepasang bawak balik rumah. Aduhh! Bocor wallet aku. Tak tau kenapa, tetiba je tengah hari tadi tak boleh tahan nafsu shopping aku ni. Apatah lagi ada geng plak. Kawan aku tu pun jenis kepala macam aku gak. Dia cakap, kalau aku beli, dia akan beli. Itu la orang pompuan kan. Memang tak leh jalan sesama pompuan. Ada je kedai yang nak disinggah. Padahal niat asal nak keluar makan bakso je pun. Hehe.

Tapi tak per, asalkan benda tu tak mahal. Sebab harganya boleh tahan la aku beli sepasang kasut comel ni. Harga asal 29 hengget 90 sen je. Tauke tu kasi kurang 90 sen. Jadi, harga last offer 29 hengget. Ok la tu kan. Berbaloi-baloi. 

Kasut tu bukannya nak pakai sekarang. Plannya nak pakai masa balik kampung bulan depan. Ni tak. Asyik pakai kasut coklat tu ja. Kali ni balik baru la semangat pakai kasut baru. Hehe. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!