Thursday, August 7, 2014

Resepi Asam Pedas Sarawak.

Assalaamualaikum.

Ni kali kedua aku masak asam pedas Sarawak. Kali pertama masa bulan puasa hari tu. Kalau duk ulang masak yang tu ja, maknanya masakan tu dah jadi feberet aku. Sebab tu aku belajar masak sendiri. Lebih jimat. Boleh makan sebanyak mungkin. Haha.

Ekceli, orang sini panggil asam pedas je. Tapi aku sendiri yang suka2 hati tambah perkataan Sarawak kat belakang tu supaya dapat beza asam pedas yang femes di semenanjung dengan asam pedas di sini. Hehe. 

Asam pedas orang sini berbeza dengan asam pedas yang terdapat di semenanjung sebab bahan utama yang wajib ada ialah terung asam. Serius, masa aku mula2 tengok terung asam ni, jadi jakun jap. Hehe. Ye la. Mana la aku penah tengok benda alah ni sebelum ni.

Jadi bila guna terung asam tu, maka tak perlu lagi guna asam keping atau asam jawa sebab rasa masam terung tu akan keluar. 



Bahan-bahan :

2 ekor ikan borek (nak guna apa2 jenis ikan pun boleh).
2 biji terung asam saiz sederhana (dipotong).
* 1 labu bawang besar.
* 2 ulas bawang merah.
* 3 ulas bawang putih.
* 2 batang serai.
* 6 biji cili padi.
* sedikit halia.
* 2 cm kunyit hidup.
Sedikit ikan bilis ( ditumbuk halus).
Air secukupnya.
Garam & gula.
Sedikit minyak untuk menumis.

Cara-cara membuatnya :

1- Kisar kesemua bahan yang bertanda *
2- Tumis bahan yang dikisar & ikan bilis yang ditumbuk sehingga naik bau atau kering air.
3- Masukkan air & terung. Biarkan mendidih.
4- Apabila terung hampir masak, masukkan ikan.
5- Perasakan dengan garam & sedikit gula.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!