Assalaamualaikum..
Hari minggu yang lepas, telah berlangsungnya Baram Regatta 2014 di Marudi. Acara tu hanya diadakan 3 tahun sekali je. Kiranya, kalau tahun tu ada world cup, maka akan ada la regatta Baram ni.
Ekceli, banyak acara yang dipertandingkan sejak hari jumaat lagi. Antaranya, pertandingan speed boat, bot kawalan jauh, lumba perahu, tarian tradisional, miss regatta n macam2 lagi la. Yang aku tahu tu je. Tapi, ada jugak acara yang aku miss terutamanya acara pada petang jumaat tu n acara yang diadakan pada waktu malam.
Pagi sabtu, lepas breakfast bakso n milky fruity jar dengan kawan, aku jalan sorang2 kat tapak ekspo. Kawan aku dah balik rumah sebab nak repair paip air. Masa tengah jalan2 tu, nampak la orang2 yang pakai pakaian tradisional suku kaum masing2. Wah, so excited okeh!! Masa ni la dapat tengok ramai orang yang pakai macam2 jenis baju tradisional n opkos la hanya ada di tanah borneo je.
Hari tu cuaca panas terik. Nak bawak payung macam tak best plak nak berjalan. Takut terlanggaq orang. Nasib baik ada topi pantai yang aku beli masa trip ke Miri. Hehe. Jadi, tak la terbakaq sangat kulit aku ni. Kalau tak, naya weh!
Masa ni dorang buat perarakan perahu2 panjang mengikut persatuan masing. Tersangatlah excited aiii ni. Hanya mampu berdiri kat tebing sungai tu je dengan masyarakat setempat. Kalau kat pentas VVIP tu tak layak ler aii ni. Yang tu YAB n YB je layak.
Meriah sangat tau. Rasa bangga pun ada. Walaupun negara kita terdiri daripada pelbagai bangsa, tapi dapat hidup aman dan harmoni. Semua saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
Yang tu simbolik upacara perasmian Baram Regatta 2014. Dorang lepas belon2 yg comel tu. Tapi tak tau la plak apa maksud belon-belon tu. Hehe.
Sebelah petang plak ada pertandingan lumba perahu. Macam2 kategori ada sampai aku tak dapat ingat satu pun kategori yang dipertandingkan. Hehe. Ekceli, aku tak ambil kisah sangat bab kategori ni. Yang penting dapat tengok dorang berlumba jadi la..
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!