Wednesday, August 6, 2014

Resepi Umai Ikan.

Assalaamualaikum..

Penah dengar atau makan umai?? Kalau korang nak tau, umai ialah sejenis makanan orang Sarawak. Guna isi ikan, isi udang atau obor2. Makan mentah gitu je. Ada yang geli kan. Hehe. Relax!! Ekceli, isi ikan ni bila kena air limau dia boleh masak sendiri tau. Hebat kan?? Huhu..Kawan aku ler yang cakap macam tu. Umai ni jugak sebenarnya lebih terkenal di Mukah. Area Sibu sana.

Mana yang tak penah makan tu boleh la cuba buat sendiri kat rumah. Senang je. Main campak n gaul2, dah siap. Selain tu, umai juga boleh dijadikan sebagai pembuka selera sebab rasanya yang masin, masam dan pedass giteww!! First time aku makan terus boleh jatuh cintan tau. Hehe. Maklumlah, masam2 n pedas ni memang kena sangat dengan selera aku. 


Bahan-bahan :
(Saiz hidangan 2 orang).

Sepaket isi ikan (fish fillet) -boleh jugak kalau nak guna isi udang atau obor-obor.
5 biji cili padi.
2 ulas bawang merah.
Sedikit halia.
2 biji limau nipis/kasturi.
Garam & gula secukup rasa.

Cara-cara membuatnya :

1- Hiris isi ikan menjadi kecil. Kemudian, hiris bawang, cili & halia. Satukan & biarkan selama 5 minit.
2- Masukkan jus limau, garam, gula dan gaul sehingga sebati.
3- Sedia untuk dihidang.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!